omniture

THAIGROOVE kembali lebih baik dan lebih berani

Pengalaman bilik pameran berbilang jenama maya menawarkan ciptaan hebat kepada dunia.
THAIGROOVE
2021-09-15 09:43 162

BANGKOK, 15 September 2021 /PRNewswire/ -- Dengan COVID-19 memasuki tahun keduanya, perniagaan dan perdagangan global dijalankan secara maya. Walaupun dengan pandemik ini, Thailand, salah satu sumber terbaik di dunia bagi produk yang hebat dan jenama yang mengagumkan, dibuka untuk perniagaan dan menawarkan produk kreatif.

Pengalaman bilik pameran berbilang jenama maya Thailand membawa ciptaan yang hebat kepada dunia.
Pengalaman bilik pameran berbilang jenama maya Thailand membawa ciptaan yang hebat kepada dunia.

Jabatan Promosi Perdagangan Antarabangsa (DITP), di bawah Kementerian Perdagangan, melancarkan THAIGROOVE.COM pada tahun 2020. Ia merupakan bilik pameran maya yang menghubungkan pembeli dari seluruh dunia dengan jenama serta pencipta Thai yang terbaik. Meneruskan kejayaannya, THAIGROOVE 2021 kini menawarkan lebih banyak jenama produk kreatif pada satu platform perdagangan yang lancar.

En. Nantapong Chiralerspong, Timbalan Ketua Pengarah, berkata: "Masa depan perdagangan adalah maya dan pengalaman perdagangan yang dirancang dengan baik merupakan kuncinya. Kami telah membawa THAIGROOVE.COM ke tahap yang lain, mempamerkan hampir 200 pencipta gaya hidup Thai terkemuka yang menawarkan koleksi produk yang terkini. Pembeli dan rakan dagangan antarabangsa akan dapat menemui jenama-jenama yang sempurna untuk memacu pertumbuhan bagi tahun 2021 dan seterusnya. Tiada pengakhiran bagi semangat kreatif Thai."

Dengan hampir 200 jenama Thai dipilih susun yang sedang menunggu, nikmatilah penemuan kreatif yang mengujakan di bawah tema "Let's GROOVE and Live Fully!" ("Ayuh BERGEMBIRA dan Jalani Kehidupan Sepenuhnya") menerusi peluang kerjasama baharu pada setiap pertemuan:

  • Jenama-jenama berkualiti yang terpilih dan diperakui bermula daripada makanan hingga kesejahteraan, perabot dan fesyen hinggalah pencipta gaya hidup yang bergaya.
  • Padat dengan kandungan beraneka yang indah.
  • Navigasi yang memberi inspirasi lagi mudah mengikut jenama, kategori atau koleksi.
  • Berhubung terus dengan pencipta jenama.

Jangan ketinggalan acara bertemu-pencipta selama 5 hari di THAITRADE.COM mulai 29 November hingga 3 Disember 2021. Temui hampir 200 pencipta dan jenama Thai mempamerkan hasil ciptaan terkini mereka. Kunjungi http://www.thaitrade.com untuk mendaftar.

Bilik pameran maya THAIGROOVE.COM akan mempamerkan jenama-jenama baharu yang menarik menerusi enam koleksi LIVE FULLY baharu pada 15 September 2021. Terokai enam koleksi konsep yang menonjolkan semangat untuk menjalani kehidupan sepenuhnya:

MINDFULLY: Menjaga minda penting untuk kesejahteraan. Koleksi Mindfully membawakan penyelesaian kesihatan yang akan mengembalikan keprihatinan dalam kehidupan orang ramai.

TASTEFULLY: Produk makanan Thai yang lazat bermula daripada rempah berperisa hingga makanan ringan yang sihat, madu asli dan kelapa serta hidangan siap.

JOYFULLY: Tambahkan percikan kegembiraan dalam kehidupan harian dengan barang-barang hiasan yang aneh, permainan dan barang mainan, fesyen yang menyeronokkan serta kraf berwarna warni.

BEAUTIFULLY: Barang kemas yang cantik bertemu ciptaan kesihatan yang indah, pakaian dalam serta aksesori seni bagi membawakan keriangan dan keindahan dalam kehidupan harian.

ARTFULLY: Koleksi ini menampilkan rekaan hiasan rumah yang unik, aksesori berseni, alat tulis dan tembikar yang mana kraf tradisional direka demi kehidupan termaju.

PURPOSEFULLY: Ciptaan yang memberi maklumat yang banyak namun mengambil serius terhadap bumi dan masyarakat. Bermula daripada fesyen hingga kesejahteraan dan hiasan rumah, kesemuanya dengan satu tujuan.

Kunjungi THAIGROOVE.COM - platform maya yang sentiasa bersedia untuk perniagaan dan dibuka untuk kerjasama perdagangan baharu yang menarik. Saksikan untuk penambahan jenama-jenama terpilih dan kandungan yang menarik. Sertai 'groove' tersebut dengan jangkauan yang benar-benar global dari Thailand ke seluruh dunia.

#THAIGROOVE #LETSGROOVE #GLOBALSHOWROOM #GLOBALMATCHING #DITP

Terokai enam koleksi dalam bilik maya THAIGROOVE & Jalani Kehidupan Sepenuhnya!
Terokai enam koleksi dalam bilik maya THAIGROOVE & Jalani Kehidupan Sepenuhnya!

 

Source: THAIGROOVE
Keywords: Art Banking/Financial Service Computer/Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet Retail New products/services Future Events