omniture

Blume Global Umum Pelaburan Baharu Bridgepoint

Blume Global
2021-09-15 22:20 81

Pelaburan terkini menilaikan peneraju rantaian bekalan dengan pertumbuhan tinggi ini pada $500 juta yang menyediakan modal untuk pengembangan berterusan dalam teknologi penyusunan dan kebolehlihatan rantaian bekalan

PLEASANTON, California, 15 September 2021 /PRNewswire/ -- Blume Global, penyedia teknologi kebolehlihatan dan pelaksanaan rantaian bekalan yang terkemuka, hari ini mengumumkan bahawa ia telah memperoleh ekuiti baharu daripada Bridgepoint Group yang berpangkalan di London. Pelaburan ini akan meningkatkan lagi usaha syarikat ini dalam membawa pendigitan rantaian bekalannya yang benar-benar inovatif dan transformasi kepada industri. Pembiayaan terkini ini menilaikan Blume Global pada $500 juta dan Bridgepoint menyertai dana yang diuruskan oleh gabungan Apollo Global Management dan EQT sebagai pelabur ekuiti dalam syarikat tersebut.

Dilancarkan pada tahun 2018, Blume Global menyediakan platform operasi pintar yang mengutamakan awan yang menyusun proses rantaian bekalan global melalui peta digital bagi dunia rantaian bekalan untuk ribuan pelanggan. Dengan pendigitan dan transformasi rantaian bekalan di seluruh dunia, ia membolehkan penghantar (pembeli dan pembekal), penyedia perkhidmatan logistik dan pengangkutan untuk bekerjasama pada platform bersama yang dipacu data bagi mengurangkan sisa dan ketidakcekapan melalui kebolehlihatan, automasi dan pengoptimuman.

Pada tahun 2021, Blume Global telah meneruskan trajektori pertumbuhannya yang tinggi dengan pertumbuhan tempahan tahunan dari permulaan tahun hingga hari ini (YTD) melebihi 100%. Syarikat ini telah menambah lebih 100 orang pekerja di Amerika Syarikat, Hong Kong, Eropah dan India sejak bulan Januari lepas. Dengan modal ekuiti baharu ini, Blume berharap dapat membuat pelaburan tambahan dalam fungsi R&D dan memasuki pasaran serta membolehkannya untuk terus menghasilkan platform yang benar-benar transformasi dan lestari bagi rantaian bekalan global.

"Apabila kami melancarkan Blume Global pada tahun 2018, kami melihat peluang untuk membangunkan platform operasi digital berasaskan awan bagi rantaian bekalan global yang memanfaatkan teknologi moden dan pembelajaran mesin dalam mengoptimum dan mengautomasikan operasi," kata Pervinder Johar, Ketua Pegawai Eksekutif Blume Global. "Sejak itu, kami hanya menyaksikan peningkatan permintaan berterusan terhadap platform penyusunan dan ketelusan rantaian bekalan yang sama seperti platform kami. Kami teruja dengan pelaburan baharu daripada Bridgepoint Group ini untuk membantu membiayai pertumbuhan berterusan kami."

Rohit Dhote, Pengarah Urusan Bridgepoint Credit mengulas: "Menyelesaikan kerumitan rantaian bekalan dan menyediakan kebolehlihatan pergerakan barangan adalah amat penting dalam perniagaan. Blume Global menjadi peneraju dalam mendayakan rantaian bekalan berbilang mod melalui pengurusan pesanan berasaskan awan miliknya yang terkemuka iaitu TMS dan penyelesaian kebolehlihatan masa nyata. Kami teruja dapat bekerjasama dengan Blume Global, pasukan pengurusannya, Apollo dan EQT untuk membantu syarikat ini melalui peringkat pertumbuhan seterusnya."  

Misi Blume Global untuk mengurangkan sisa rantaian bekalan global yang bernilai $1 trilion, mengurangkan pelepasan karbon dan mendemokrasikan teknologi kepada berjuta-juta perniagaan kecil hingga sederhana yang menjadikan fungsi rantaian bekalan global dijelmakan dalam industri ini. Terdapat lebih 10,000 syarikat pada platform Blume Global yang merangkumi beberapa syarikat penghantar, pengangkutan laut, kereta api dan penghantar barang global yang terbesar.

Justin Korval, Rakan Kongsi Apollo berkata, "Blume Global menyediakan syarikat dengan penyelesaian logistik dan rantaian bekalan yang penting serta memainkan peranan utama dalam mewujudkan rantaian bekalan global yang lebih lestari. Kami gembira dapat menyokong Pervinder dan pasukan Blume Global ketika mereka terus meningkatkan perniagaan ini dan mengalu-alukan para pelabur cip biru tambahan seperti Bridgepoint."

Dalam transaksi ini, J.P. Morgan Securities LLC bertindak sebagai satu-satunya ejen penempatan dan Cooley LLP sebagai penasihat undang-undang kepada Blume Global. Sidley Austin LLP bertindak sebagai penasihat undang-undang kepada Bridgepoint, manakala Paul, Weiss, Rifkind, Wharton & Garrison LLP bertindak sebagai penasihat undang-undang kepada Apollo Funds.

Tentang Blume Global  

Penyedia teknologi rantaian bekalan, Blume Global berhasrat untuk menghilangkan sisa rantaian bekalan global yang bernilai $1 trilion dengan menjadikan proses logistik lebih tangkas, boleh dipercayai dan lestari dengan penyelesaian kebolehlihatan dan pelaksanaan logistik yang inovatif. Platform digital Blume melangkaui pengurusan pengangkutan yang status quo dengan memperkasakan pengguna supaya boleh meramal kesan gangguan dan bertindak balas dengan cepat dalam masa nyata sebelum masalah kecil menjadi besar. Dengan salah satu rangkaian yang paling luas dalam kalangan penyedia teknologi logistik, ketersambungan langsung Blume Global dengan pengangkut di laut, udara, kereta api, bungkusan, muatan ringan (LTL) dan muatan trak yang digabungkan dengan penyelesaian dan data industri Blume Global selama 27 tahun memberikan kecerdasan yang diperlukan para pengguna untuk memaksimumkan perbelanjaan pengangkutan, meningkatkan perkhidmatan pelanggan dan mengurangkan pelepasan karbon.

Tentang Bridgepoint 

Bridgepoint Group PLC merupakan pelabur pertumbuhan aset swasta yang dianggap terkemuka di dunia yang memberi tumpuan kepada pasaran pertengahan dengan pengurusan aset (AUM) bernilai €27 bilion dan bertapak di AS, Eropah dan China. Kami mengkhusus dalam bidang ekuiti dan kredit swasta serta melabur di peringkat antarabangsa dalam enam sektor utama – Perkhidmatan Perniagaan, Pengguna, Perkhidmatan Kewangan, Teknologi Perubatan & Farmaseutikal, Industri Lanjutan serta Teknologi & Media. 

Tentang Apollo 

Apollo ialah pengurus aset alternatif global dengan pertumbuhan tinggi. Kami berusaha untuk memberikan pelanggan kami lebihan pulangan pada setiap peringkat di sepanjang spektrum ganjaran risiko daripada gred pelaburan hingga ekuiti swasta dengan fokus terhadap tiga strategi perniagaan: hasil, hibrid dan oportunistik. Melalui aktiviti pelaburan di seluruh platform kami yang bersepadu sepenuhnya, kami memberikan perkhidmatan dalam pendapatan persaraan dan pulangan kewangan yang diperlukan oleh para pelanggan kami dan menawarkan penyelesaian modal yang inovatif kepada perniagaan. Pendekatan kami yang sabar, kreatif dan berpengetahuan dalam pelaburan bersesuaian dengan para pelanggan kami, perniagaan yang kami laburkan, impak kami kepada para pekerja dan komuniti kami bagi memperluas peluang dan mencapai hasil yang positif. Setakat 30 Jun 2021, Apollo menguruskan aset bernilai kira-kira $472 bilion. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari www.apollo.com.

Sila hubungi:
Jon Ross
jon.ross@blumeglobal.com

Source: Blume Global
Keywords: Computer/Electronics Transportation Venture Capital