omniture

De Tomaso Mengalu-alukan Carmen Jorda

De Tomaso Automobili
2021-09-16 18:38 22

MODENA, Itali dan NEW YORK, 16 September 2021 /PRNewswire/ --

  • De Tomaso secara rasminya mengumumkan bahawa Carmen Jorda telah menyertai keluarga De Tomaso sebagai Pemandu Perlumbaan Scuderia De Tomaso dan Pembangunan kilang 
  • Carmen Jorda, seorang pelumba dan ikon fesyen, bersama-sama dengan pasukan De Tomaso akan mengembalikan kisah percintaan dunia automotif 
  • Sebagai seorang peminat automotif sepanjang hayat, Carmen telah berlumba dalam Formula 3, American Indy Lights Championship, GP3 Series dan juga merupakan salah seorang daripada beberapa orang calon wanita yang terpilih sebagai pemandu rasmi pasukan Formula 1 
  • Kisah De Tomaso ialah sebuah hikayat cinta. Kisah yang menceritakan percintaan hebat antara Alejandro dan pasangan yang juga rakan perniagaannya, Isabelle 
  • P72 bukan sahaja menyatukan semangat Itali, Argentina dan Amerika, malah turut menghargai semangat Isabelle serta mengiktiraf peranannya dalam sejarah kami. Itulah sebabnya kami menamakan homogolasi prototaip ini mengambil sempena nama beliau - 'Isabelle' 
  • Semangat Isabelle kini diteruskan melalui Carmen Jorda, kerana kedua-duanya mempunyai semangat dan kisah yang sama 

 

Carmen Jorda, De Tomaso factory Development and Scuderia De Tomaso Racing Driver.
Carmen Jorda, De Tomaso factory Development and Scuderia De Tomaso Racing Driver.

 

Rakan-rakan yang kami kasihi, 

Apabila kami memulakan kebangkitan semula ini, kami berjanji untuk menceritakan kisah De Tomaso yang tersimpan. Hari ini, kami berbangga kerana dapat berkongsi kisah permulaan asal-usul legasi kami. Kisah kami merupakan sebuah kisah cinta. Kisah cinta yang hebat antara Alejandro de Tomaso dan pasangan yang juga rakan perniagaannya, Isabelle. 

Bagi memberi penghormatan yang sewajarnya, kami bukan sahaja menamakan homologasi prototaip P72 baharu kami dengan nama beliau, malah telah mencipta sebuah filem pendek bertajuk, Meet 'Isabelle'. 

Sepanjang hidupnya, Isabelle mengingkari harapan rakan-rakan, ahli keluarga dan lawannya; dengan menempuh jalan hidupnya sendiri serta meneruskan minat beliau terhadap perlumbaan.  Beliau berlumba dengan para pelumba lelaki di Amerika dan seterusnya di Eropah, tempat beliau bertemu, berkahwin dan berlumba dengan Alejandro. 

P72 kami bukan sahaja menyatukan semangat Itali, Argentina dan Amerika, malah turut menghargai semangat Isabelle serta mengiktiraf peranannya dalam sejarah kami. 

Meet 'Isabelle' 

Carmen Jorda Menyertai De Tomaso Secara Rasmi 

Dengan segala sukacitanya kami mengumumkan bahawa Carmen Jorda telah menyertai keluarga De Tomaso secara rasmi sebagai Pemandu Perlumbaan Scuderia De Tomaso dan Pembangunan kilang. 

Sebagai seorang pemandu perlumbaan dan juga usahawan wanita yang hebat , Isabelle juga merupakan perintis pada era beliau — dan semangatnya kini diteruskan melalui Carmen kerana kedua-duanya memiliki semangat dan kisah yang sama serta unik. Sebuah kisah tentang mengingkari harapan, menentang kritikan dan menempuh jalan hidup sendiri untuk memecahkan tradisi. Hanya untuk menjadi sebahagian daripada sesuatu yang lebih besar berbanding dirinya sendiri. Suatu gerakan , perjalanan, kebangkitan semula bagi sebuah jenama bersejarah serta peluang untuk mencipta sejarah automotif yang sebenar. 

Carmen, anak perempuan kepada bekas pelumba José Miguel Jorda, telah pun memulakan ujian kenderaan pembangunan P72 kami di atas jalan raya dan trek. Sebagai seorang peminat automotif sepanjang hayat, Carmen telah berlumba dalam European Open Formula 3 Championship (memperoleh tiga podium), American Indy Lights Championship dan GP3 Series. Beliau merupakan salah seorang daripada beberapa orang wanita yang dipilih untuk menjadi pemandu rasmi pasukan Formula 1. 

"Sejak awal lagi, tenaga Carmen selari sepenuhnya dengan pasukan kami dan kemahiran unik beliau telah terbukti menjadi pelengkap kepada program pembangunan kami. Apabila kami membuat keputusan untuk memberi penghormatan kepada Isabelle dan menyampaikan kisah yang tersimpan ini, tidak dapat dinafikan bahawa tiada orang lain yang memiliki ciri-ciri utama, semangat dan bakat Isabelle melainkan Carmen.  Kami berbangga mengalu-alukan kedatangan beliau sebagai sebahagian daripada keluarga kami yang semakin berkembang dan peranan beliau akan terus meningkat pada tahun-tahun akan datang." - Ryan Berris, Ketua Pegawai Eksekutif/Ketua Pegawai Pemasaran - De Tomaso Automobili 

"Saya sangat bersyukur kerana berpeluang menyertai keluarga De Tomaso; ini bagaikan sebuah mimpi.  Jenama De Tomaso mempunyai sejarah yang panjang dan saya benar-benar berbesar hati untuk meneruskan semangat Isabelle yang memberi inspirasi ini.  Visi yang sejati dan minat kami yang sama telah mencipta peluang sekali seumur hidup untuk menghidupkan kembali kisah cinta ini kepada dunia automotif di atas jalan raya dan di trek.  Perjalanan kami penting pada masa hadapan sambil kami terus melakar babak seterusnya dalam kisah De Tomaso dan sejarah automotif." - Carmen Jorda, Pemandu Perlumbaan & Pembangunan Kilang - De Tomaso Automobili 

Nota kepada Editor: 

Satu siri aset kreatif mengiringi keluaran ini tersedia untuk dimuat turun di laman web akhbar De Tomaso Automobili : www.detomaso-automobili.com/press/ 

Akhbar 

Laman web akhbar: www.detomaso-automobili.com/press 
Laman web: www.detomaso-automobili.com 
Facebook: www.facebook.com/detomaso.official/ 
Instagram: www.instagram.com/detomaso_official 
Twitter: www.twitter.com/_DeTomaso 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1626795/Carmen_Jorda.jpg?p=medium600  
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1626794/Carmen_Jorda_racer_and_fashion_icon.jpg?p=medium600

 

Carmen Jorda, racer and fashion icon
Carmen Jorda, racer and fashion icon

 

Source: De Tomaso Automobili
Keywords: Auto Transportation Trucking and Road Transportation Personnel announcements