omniture

MSc HKBU dalam Pengurusan Perniagaan tersenarai dalam kedudukan 100 terbaik dunia oleh Financial Times buat kali ketiga

Hong Kong Baptist University
2021-09-17 02:49 80

HONG KONG, 17 September 2021 /PRNewswire/ -- Sekolah Perniagaan Hong Kong Baptist University (HKBU) telah meraih kedudukan 100 terbaik global untuk program Sarjana Sains dalam Pengurusan Perniagaan (MScBM) oleh senarai kedudukan Sarjana dalam Pengurusan (MiM) Financial Times, yang merupakan kali ketiga ia diberi pengiktirafan. Tahun ini, HKBU merupakan satu-satunya institusi Hong Kong yang menjadi wakil dalam senarai kedudukan MiM.

Senarai kedudukan MiM Financial Times menganalisis program pengurusan terbaik di seluruh dunia berdasarkan kepada faktor-faktor termasuk kepelbagaian sekolah, perkembangan kerjaya alumni dan pengalaman serta penyelidikan antarabangsa. Antara kriteria senarai kedudukan tersebut, program MScBM HKBU menduduki kedudukan ke-11 di seluruh dunia dari segi pencapaian alumni, dengan 83% alumni melaporkan pencapaian matlamat mereka setelah tamat program ini. Di samping itu, program ini menduduki kedudukan ke-31 di seluruh dunia untuk perkembangan kerjaya alumni serta kedudukan ke-33 bagi peratusan kenaikan gaji dalam tempoh tiga tahun pertama setelah tamat pengajian. Sekolah ini mendapat markah tinggi terutamanya untuk kepelbagaian, dengan proposisi keenam tertinggi bagi fakulti wanita (50%) dan proposisi kelima tertinggi bagi ahli lembaga wanita (53%).

"Bersempena dengan ulang tahun ke-65 HKBU, kami amat gembira kerana komitmen kami terhadap kecemerlangan akademik, pencapaian dan kepelbagaian diiktiraf oleh senarai kedudukan MiM Financial Times," kata Prof. Ed Snape, Dekan Sekolah Perniagaan HKBU. "Kemasukan kami dalam senarai kedudukan tahun ini mengesahkan lagi kedudukan kami sebagai sekolah perniagaan yang terkemuka dan merupakan bukti terhadap kerja keras fakulti, pelajar dan alumni kami yang berfikiran global. Program MScBM kami yang berorientasikan kerjaya melengkapkan pelajar dengan ilmu pengetahuan serta kemahiran yang dapat membantu mereka berkembang maju dalam dunia perniagaan yang pantas berubah. Sebagai contoh, untuk kekal seiring dengan disiplin yang baru muncul, baru-baru ini kami turut menambah pelbagai elektif yang berpandangan jauh termasuk kursus-kursus mengenai AI dan data raya."

Prof. Xu Huang, Pengarah program MScBM HKBU berkata, "Program ini berperanan sebagai pintu masuk ke dunia korporat rantau besar China dan Asia serta menawarkan pengalaman pembelajaran yang unik kepada pelajar kami termasuk akses kepada lebih 25 syarikat penaja di Hong Kong dan Kawasan Teluk Lebih Besar. Semua pelajar perlu membentuk pasukan projek dan meluangkan masa selama 6-8 bulan untuk membantu salah satu daripada syarikat ini menyelesaikan masalah sebenar menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari dari dalam bilik darjah. Pelajar juga mendapat banyak peluang untuk bertemu pemimpin perniagaan tempatan dan melawat syarikat-syarikat yang terkemuka di wilayah ini."

Latar Belakang Sekolah Perniagaan HKBU

Sekolah Perniagaan Hong Kong Baptist University (HKBU) merupakan antara 1% daripada sekolah perniagaan di seluruh dunia dengan tiga kali ganda akreditasi oleh: AACSB, AMBA dan EQUIS. Dikhususkan untuk pendidikan perniagaan seluruh individu, Sekolah ini merupakan antara 25 sekolah perniagaan terunggul di Asia-Pasifik yang diberi kedudukan oleh Financial Times yang menawarkan rangkaian penuh program peringkat siswa dan pascasiswazah (Sarjana, MBA, MSc, DBA dan PhD). HKBU menduduki kedudukan ke-23 dalam Senarai Kedudukan 2021 50 Bawah 50 Terbaik oleh QS dan kedudukan ke-32 dalam Senarai Kedudukan Impak Universiti 2021 – Pendidikan Berkualiti oleh Times Higher Education (THE). Maklumat lanjut disediakan di https://bus.hkbu.edu.hk atau LinkedIn.

 

Source: Hong Kong Baptist University
Keywords: Education Higher Education Awards