omniture

Dataiku Diiktiraf sebagai Pilihan Pelanggan GartnerⓇ Peer Insights 2021 untuk Platform Sains Data dan Pembelajaran Mesin

Dataiku
2021-09-17 20:24 104

Kepujian Pilihan Pelanggan Gartner Peer Insights Adalah Berdasarkan Maklum Balas dan Penilaian Daripada Ahli Profesional Pengguna Akhir Yang Mempunyai Pengalaman Membeli, Melaksanakan dan/atau Menggunakan Dataiku

NEW YORK, 16 September 2021 /PRNewswire/ -- Dataiku, platform untuk AI Harian, hari ini mengumumkan bahawa mereka dinamakan sebagai Pilihan Pelanggan Gartner Peer Insights 2021 untuk Platform Sains Data dan Pembelajaran Mesin. Organisasi-organisasi yang menggunakan Dataiku mengangkat kakitangan mereka (sama ada teknikal dan bekerja dalam kod atau di sisi perniagaan dan kod rendah atau tanpa kod) ke tahap luar biasa, melengkapkan mereka dengan keupayaan untuk membuat keputusan sehari-hari yang lebih baik dengan data.

"Kami berasa teruja dinamakan sebagai Pilihan Pelanggan Gartner Peer Insights 2021 untuk Platform Sains Data dan Pembelajaran Mesin yang menonjolkan komitmen kami untuk memastikan agar setiap pelanggan mendapat pengalaman sebaik mungkin dalam membina perisian kami dan bekerjasama dengan pasukan kami," kata Kurt Muehmel, Ketua Pegawai Pelanggan di Dataiku. "Kami percaya bahawa mana-mana syarikat dapat memperoleh manfaat daripada strategi AI yang mana data merupakan sebahagian daripada operasi harian, tanpa mengira saiz atau industri dan kami bersyukur atas maklum balas yang dikongsi oleh pelanggan kami di Gartner Peer Insights; maklum balas ini membantu kami memastikan platform dan perkhidmatan kami memberi impak dan nilai sebenar."

Dalam 'Suara Pelanggan' Gartner Peer Insights 2021: Platform Sains Data dan Pembelajaran Mesin, kepujian Pilihan Pelanggan Dataiku merangkumi Penilaian Keseluruhan tertinggi (4.8/5.0 setakat Jun 2021, berdasarkan 132 ulasan) yang mengukur sejauh mana pelanggan sedia ada berpuas hati, dengan 95% penilai bersedia untuk mengesyorkan Dataiku. Di samping itu, Dataiku merupakan satu-satunya vendor Pilihan Pelanggan untuk segmen saiz syarikat Perusahaan Global ($10B+) untuk segmen wilayah Amerika Utara dan untuk segmen rantau Eropah, Timur Tengah serta Afrka.

Dataiku, ditubuhkan pada tahun 2013, membolehkan lebih 450 syarikat di seluruh dunia memanfaatkan satu platform hujung-ke-hujung untuk mereka bentuk, menggunakan dan mengurus aplikasi AI serta analitik. Bulan lalu, syarikat ini mengumpul sebanyak $400 juta pada nilai $4.6 bilion dalam pusingan pendanaan Siri E, bagi mempelopori gelombang AI yang seterusnya. Dataiku bertapak dengan kepercayaan bahawa mana-mana syarikat dapat berjaya dalam pasaran mereka melalui AI Harian — AI yang begitu tertanam dan bergabung jalin dengan tugas harian yang mana ia telah menjadi sebahagian daripada perniagaan. Dataiku turut memudahkan penggunaan komponen prabina dan automasi di mana sahaja yang mungkin untuk menyelaraskan proses kerja serta pengurusan dan tadbir urus yang konsisten dalam pasukan serta projek bagi menghasilkan program AI dan analitik yang telus, boleh diulang dan boleh diskala. Dapatkan salinan percuma 'Suara Pelanggan' Gartner Peer Insights 2021: Platform Sains Data dan Pembelajaran Mesin di sini.

Latar Belakang Peer Insights:

Peer Insights ialah platform dalam talian bagi penilaian dan ulasan terhadap perisiaan dan perkhidmatan IT yang ditulis dan dibaca oleh golongan profesional IT serta pembuat keputusan teknologi. Matlamatnya adalah untuk membantu pemimpin IT membuat keputusan pembelian yang lebih berwawasan dan membantu penyedia teknologi memperbaiki produk mereka dengan menerima maklum balas yang objektif dan tidak berat sebelah daripada pelanggan mereka. Gartner Peer Insights merangkumi lebih daripada 215,000 ulasan yang disahkan dalam lebih daripada 340 pasaran. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.gartner.com/reviews/home.

'Suara Pelanggan' Gartner Peer Insights: Platform Sains Data dan Pembelajaran Mesin, Penyumbang Rakan Setara, 20 Ogos 2021. Gartner ialah cap dagangan berdaftar Gartner, Inc. dan/atau rakan gabungannya di A.S. dan di peringkat antarabangsa dan digunakan di sini dengan izin. Hak cipta terpelihara. Gartner tidak mengendors mana-mana vendor, produk atau perkhidmatan yang digambarkan dalam penerbitan penyelidikannya dan tidak menggalakkan pengguna teknologi untuk memilih hanya vendor-vendor yang memiliki penarafan tertinggi atau designasi lain. Penerbitan penyelidikan Gartner terdiri daripada pendapat organisasi Penyelidikan & Penasihat Gartner dan tidak seharusnya ditafsirkan sebagai penyataan fakta. Gartner menafikan semua jaminan, tersurat atau tersirat, berkenaan dengan penyelidikan ini, termasuk sebarang jaminan kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu. Pilihan Pelanggan Gartner Peer Insights membentuk pendapat subjektif ulasan, penilaian dan data pengguna akhir individu yang diaplikasikan berdasarkan metodologi yang didokumentasikan; ia tidak mewakili sama ada pandangan mahupun membentuk pengendorsan oleh, Gartner atau rakan gabungannya.

Latar Belakang Dataiku

Dataiku ialah platform yang terkemuka di dunia untuk AI Harian, mensistemkan penggunaan data demi hasil perniagaan yang luar biasa. Lebih daripada 450 pelanggan dalam bidang perbankan, insurans, farmaseutikal, pembuatan, peruncitan dan banyak lagi menggunakan Dataiku untuk mengangkat kakitangan mereka ke tahap luar biasa, melengkapkan mereka dengan keupayaan untuk membuat keputusan sehari-hari yang lebih baik dengan data.

Dataiku ditubuhkan pada tahun 2013 dan telah mendapat pujian daripada penganalisis industri kerana menerajui usaha dalam pendemokrasian AI sejak itu. Paling terkini, syarikat ini mengumpul sebanyak $400 juta dalam pusingan pendanaan Siri E pada tahun 2021 dan memperluaskan pasukan menjadi lebih daripada 750 kakitangan di seluruh dunia. Dataiku disenaraikan dalam Forbes Cloud 100 pada tahun 2019 dan 2020 serta Forbes AI 50 pada tahun 2020 dan 2021. Silicon Republic menetapkan Dataiku sebagai salah satu daripada "7 syarikat pemula sains data yang mengubah AI dan analitik" pada lewat tahun 2020 manakala CB Insights menyenaraikan Dataiku ke dalam AI 100 2021 sebagai salah satu syarikat pemula yang paling inovatif. Dataiku tekal dimasukkan ke dalam senarai "syarikat terbaik untuk bekerja" termasuk senarai daripada Forbes and Inc.

Source: Dataiku
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)