omniture

Kereta api pengangkut dari Qingbaijiang Chengdu rangsang perdagangan global

Qingbaijiang District Government of Chengdu
2021-09-17 20:48 219

CHENGDU, China, 17 September 2021 /PRNewswire/ -- Daerah Qingbaijiang di Chengdu, wilayah Sichuan barat daya China, telah mencapai keputusan yang luar biasa dalam sokongan Inisiatif Jalur dan Jalan dan pembangunan ekonomi serantaunya. Ia telah mencapainya dengan memanfaatkan sepenuhnya Pelabuhan Kereta api Antarabangsa Chengdu.

A China-Europe (Chengdu) Railway Express freight train departs Chengdu International Railway Port for Europe.
A China-Europe (Chengdu) Railway Express freight train departs Chengdu International Railway Port for Europe.

Setelah memulakan operasi dalam tahun 2013, China-Europe (Chengdu) Railway Express, berlepas dari pelabuhan kereta api tersebut, kini mengungguli banyak pesaingnya di China. Ia meletakkan Chengdu di barisan hadapan pembukaan dalam kalangan wilayah pedalaman negara ini.

Pelabuhan ini telah membina rangkaian rel antarabangsa yang berpusat di Chengdu yang menghubung ke Eropah, Mongolia, Rusia, Jepun, Korea Selatan dan Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara.

Kereta api yang berlepas dari pelabuhan telah menjelajah ke 65 bandar luar negara, termasuk Lodz di Poland dan Nuremberg di Jerman, serta 20 bandar Cina.

Dalam separuh pertama tahun ini, laluan Chengdu telah menghantar lebih daripada 2,800 kereta api pengangkut.

Perkhidmatan kereta api pengangkut China-Eropah ini telah diiktiraf sebagai saluran utama untuk menghubungkan pasaran global hasil daripada kecekapan dan kestabilannya yang tinggi, yang memberi faedah kepada lebih banyak syarikat multinasional berbanding sebelumnya.

Sejak 2016, TCL Technology Group, pengeluar peralatan rumah yang beribu pejabat di Huizhou, wilayah Guangdong, telah memindahkan sebahagian daripada kapasiti pengeluarannya ke Chengdu dan menghantar produknya ke Eropah melalui kereta api pengangkut China-Eropah. Dalam tahun 2020, TCL telah menyewa secara purata dua kereta api pengangkut setiap seminggu untuk mengangkut penghantarannya ke Eropah, bersamaan dengan jumlah lebih daripada 4,000 kontena produk di sepanjang tahun.

Setakat bulan lalu, pengeluar yang beribu pejabat di Sichuan, Changhong Group telah menyewa empat kereta api ke Eropah tahun ini, membawa peralatan rumah pintar seperti komponen peti sejuk dan televisyen LCD. Syarikat tersebut akan mengekalkan kekerapan satu atau dua kereta api penghantar dalam sebulan.

Pada 25 Jun, penghantaran pertama set TV Konka Group, pengeluar televisyen terkemuka China, telah dihantar ke Eropah melalui kereta api pengangkut China-Eropah. Eksportnya dianggarkan mengandungi lebih daripada 200,000 unit dan nilai jumlah output dijangka mencapai lebih daripada 100 juta yuan dalam separuh kedua tahun ini.

Dalam tahun 2020, laluan Chengdu mengangkut barangan bernilai 150.7 bilion yuan ke dalam dan ke luar China, benar-benar meransang perdagangan luar di Sichuan.

Tumpuan Pelabuhan Kereta api Antarabangsa Chengdu seterusnya adalah mengukuhkan peranannya sebagai pelabuhan darat utama dan meningkatkan rantaian bekalan antarabangsa.

Source: Qingbaijiang District Government of Chengdu
Keywords: Computer/Electronics Railroads and Intermodal Transportation Transportation