omniture

Memperkenalkan Terbitan Hak, BRI bakal Bina Ekosistem Ultra-Mikro Terbesar di Indonesia

PT Bank Rakyat Indonesia Tbk (BRI)
2021-09-17 21:04 163

JAKARTA, Indonesia, 17 September 2021 /PRNewswire/ -- PT Bank Rakyat Indonesia (Persero) Tbk (IDX:BBRI) telah melancarkan terbitan hak pada 31 Ogos 2021 dengan sasaran transaksi hingga IDR 96 trilion. Hasil perolehan daripada Terbitan Hak akan digunakan untuk menubuhkan syarikat induk ultra-mikro yang melaluinya BRI akan memegang 99.99% daripada modal terbitan dan modal berbayar dalam PT Pegadaian (Persero) dan PT Permodalan Nasional Madani (Persero).

Left to right: PNM President Director Arief Mulyadi, PT Pegadaian President Director Kuswiyoto, Minister of State-Owned Enterprises of The Republic of Indonesia Erick Thohir, BRI President Director Sunarso, and BRI Deputy President Director Catur Budi Harto
Left to right: PNM President Director Arief Mulyadi, PT Pegadaian President Director Kuswiyoto, Minister of State-Owned Enterprises of The Republic of Indonesia Erick Thohir, BRI President Director Sunarso, and BRI Deputy President Director Catur Budi Harto

Berkaitan dengan Terbitan Hak, BRI menawarkan maksimum 28.2 bilion saham Siri B. Tempoh perdagangan Hak adalah dari 13-22 September. Sepanjang tempoh ini, Pemegang Saham yang layak akan dapat melaksanakan Hak mereka. Saham Hak akan diperuntukkan dan/atau diberikan kepada Pemegang Saham yang layak dari 15-24 September.

Pengarah Presiden BRI Sunarso berkata kira-kira IDR 54.7 trilion hasil perolehan daripada Terbitan Hak akan digunakan berhubung dengan Kombinasi Perniagaan Ultra Mikro, iaitu daripada langganan Kerajaan Republik Indonesia dalam bentuk sumbangan bukan wang (inbreng) daripada sahamnya dalam Pegadaian dan PNM sebagai bayaran modalnya untuk Hak ini.

Sunarso menambah bahawa hasil perolehan berbaki daripada Terbitan Hak, dalam bentuk wang tunai, akan digunakan untuk modal kerja BRI bagi membangunkan ekosistem ultra-mikro serta perniagaan mikro dan kecil-kecilan. Kombinasi Perniagaan Ultra Mikro dijangka akan mempercepatkan BRI untuk mencapai visinya untuk menjadi "Kumpulan Perbankan Paling Bernilai di Asia Tenggara" dan "Jaguh Keterangkuman Kewangan".

Ekosistem Mikro dan Ultra-Mikro Indonesia yang Semakin Berkembang

Ekosistem mikro dan ultra-mikro Indonesia telah memainkan peranan yang amat penting dalam menyokong pertumbuhan ekonomi negara ini dan BRI memainkan peranan yang proaktif dalam membangunkan sektor-sektor ini. BRI percaya bahawa terdapat 45 juta perniagaan ultra-mikro di Indonesia pada tahun 2019 dan BRI percaya bahawa di antaranya hanya terdapat kira-kira 20 juta perniagaan ultra-mikro yang mendapat akses kepada pembiayaan daripada sumber rasmi.

"Memfokuskan kepada ekosistem ultra-mikro, kami menyasarkan untuk menyediakan pelanggan ultra-mikro dengan kebolehcapaian yang lebih luas kepada institusi kewangan. Ini sejajar dengan visi syarikat kami untuk mengembangkan secara tekal sektor-sektor ultra-mikro dan MSME di Indonesia. Kami ingin menjemput pelabur-pelabur untuk memanfaatkan peluang ini dan mengambil bahagian dalam transformasi ekosistem ultra-mikro yang amat besar ini," kata Sunarso.

BUKAN UNTUK TUJUAN SIARAN, PENERBITAN ATAU PENGEDARAN SECARA KESELURUHAN ATAU SEBAHAGIANNYA ATAU DI AMERIKA SYARIKAT, KANADA ATAU JEPUN

Source: PT Bank Rakyat Indonesia Tbk (BRI)
Related Stocks:
Jakarta:BBRI OTC:BKRKY
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce New products/services Financial Technology