omniture

TV Laser Hisense Saksikan Pertumbuhan Pesat, Jualan Global TV Laser Melonjak Lebih 600% Berbanding Tahun Sebelumnya dari Januari hingga Ogos 2021

Hisense
2021-09-18 05:21 256

QINGDAO, China, 18 September 2021 /PRNewswire/ -- Forum Industri Paparan Laser Global Ketiga telahpun diadakan di Beijing pada 16 September 2021. Pakar TV Laser, ilmuwan dan beratus-ratus perusahaan huluan dan hiliran berhimpun bersama-sama untuk mencapai persepsi bersama bahawa industri paparan Laser pastinya telah menjadi suatu kelaziman bagi teknologi paparan generasi seterusnya. Ketika ini, terdapat 34 jenama TV Laser dalam pasaran Cina. "Setelah bertahun-tahun menjalankan ujikaji industri dan mendapat pengiktirafan pengguna, TV Laser akan menerajui industri paparan demi mencapai masa depan yang lebih baik," kata Naib Presiden Hisense Group Holdings Co., Ltd. Yu Zhitao.

Global Laser Display Industry Forum
Global Laser Display Industry Forum

Dengan CAGR 181% dari tahun 2015 hingga 2020 dan dijangkakan lebih 80% pertumbuhan berbanding tahun sebelumnya bagi tahun 2021, menurut AVC, industri TV Laser telah memasuki peringkat matang dari segi kecanggihan teknologi dan pengiktirafan pasaran. Ia telah menjadi kategori yang mengalami pertumbuhan pesat dalam industri paparan TV. Sementara itu, menurut Omdia, TV Laser Hisense menyumbang sehingga 53% daripada penghantaran global pada tahun 2020, yang membolehkan TV Laser menjadi salah satu produk yang paling popular dalam kategori TV keluarga.

Melalui inovasi teknologi, Teknologi TriChroma Hisense telah menerima pengiktirafan profesional dalam seluruh industri ini dan berjaya melancarkan TV Laser TriChroma dengan skrin berukuran antara 75 inci hingga 100 inci, menerajui industri TV laser berskala penuh menuju era TriChroma.

Hisense berusaha untuk menyediakan produk yang cemerlang melalui peningkatan kualiti gambar, menyampaikan ciri-ciri yang lebih baik dengan reka bentuk fungsian serta mencipta produk TV Laser yang lebih berpatutan, mesra alam, menjimatkan tenaga, selesa untuk mata dan imersif untuk pengguna di seluruh dunia.

TV Laser Hisense telah berkembang ke A.S, Australia, Jerman, Perancis, Timur Tengah, Afrika Selatan dan banyak negara. Dari Januari hingga Ogos 2021, jualan global TV Laser Hisense meningkat lebih 400% berbanding tahun sebelumnya manakala jumlah jualan meningkat lebih 600% berbanding tahun sebelumnya. TV Laser Hisense telah menjadi paparan yang terkenal serta salah satu produk yang sangat diperlukan untuk paparan rumah masa depan.

TV Laser ialah televisyen dan imej ruang diperibadikan serta penyelesaian paparan rumah semua-dalam-satu yang direka bentuk demi pengalaman menonton imersif pawagam di rumah yang unggul. Melalui inovasi teknologi Hisense, teknologi holistik dan kualiti produk TV Laser akan mengalami penaiktarafan pada tahun 2024. Ketika itu, saiz TV Laser akan dikurangkan kepada separuh daripada saiz ketika ini, menampilkan prestasi yang lebih baik serta produk yang lebih menjimatkan kos.

Hisense Laser TV L9
Hisense Laser TV L9

 

 

Source: Hisense
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Sales reports Trade show news