omniture

Samtrade FX Tandatangani Perjanjian Penajaan Dengan Pasukan La Liga, Valencia CF

Samtrade FX
2021-09-18 05:27 178

KINGSTOWN, St. Vincent dan Kepulauan Grenadines, 18 September 2021 /PRNewswire/ -- Broker perdagangan global Samtrade FX telah menandatangani perjanjian penajaan "VCF Back of Shirt" selama 3 tahun dengan Valencia Club de Fútbol ("Valencia CF"). Perjanjian bersama Valencia CF ini menyampaikan pernyataan yang mantap terhadap keinginan dan hasrat strategik Samtrade FX untuk berkembang ke dalam pasaran Eropah yang lebih luas.

Samtrade FX - rakan kongsi rasmi VCF Back of Shirt Valencia CF
Samtrade FX - rakan kongsi rasmi VCF Back of Shirt Valencia CF

Sebagai Rakan Kongsi VCF Back of Shirt Valencia CF, Samtrade FX akan membolehkan logo, jenama dan warna korporatnya dipaparkan pada kit bermain dan latihan, serta pada iklan di Stadium Mestalla – di skrin gergasi, kanvas gergasi, bas rasmi, kawasan latihan di Paterna, di acara institusi Kelab dan kesemua aset digitalnya: laman sesawang, aplikasi dan rangkaian sosial rasmi Valencia CF.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Samtrade FX, Sam Goh, mengulas mengenai perkongsian ini, "Perkongsian ini merupakan satu peluang yang menarik untuk menghimpunkan dua jenama yang menikmati pengiktirafan global atas komitmen mereka terhadap kecemerlangan. Kami dapat melihat persamaan yang hebat antara platform Samtrade FX yang sepantas kilat dan andal serta permainan Valencia CF yang pantas dan tepat di padang."

Mengulas mengenai penajaan tersebut, Presiden Valencia CF – Anil Murthy berkata:  

"VCF amat gembira dapat menjadi kelab La Liga pertama yang menandatangani perjanjian penajaan dengan Samtrade FX, broker perdagangan dalam talian yang memenangi anugerah. Perjanjian baharu ini sejajar dengan matlamat kami untuk mengembangkan jenama VCF dan kumpulan peminat di peringkat antarabangsa terutamanya dalam pasaran sepenting Asia." 

Matlamat Samtrade FX iaitu "Menjadikan keutamaan anda sebagai keutamaan kami" dicetuskan oleh sekumpulan penasihat dan kakitangan khidmat pelanggan yang komited ke arah menyokong pelanggan sepanjang perjalanan perdagangan mereka. Komitmen yang berterusan kepada komuniti ini merupakan satu lagi nilai yang dikongsi bersama antara Valencia CF dan Samtrade FX.

LATAR BELAKANG SAMTRADE FX 

Samtrade FX ialah broker perdagangan dalam talian yang menyediakan perkhidmatan perdagangan tukaran mata wang asing (forex) dan perkhidmatan berkaitan yang lain, dengan lebih daripada 200,000 pelanggan. Ia ditubuhkan dengan objektif untuk menyediakan pedagang dengan akses yang selamat, mudah dan berkos rendah terhadap pasaran pertukaran asing. Pengasas dan rakan kongsi Samtrade FX kesemuanya merupakan pedagang dan mempunyai pengalaman perdagangan yang luas dalam tukaran mata wang asing serta kontrak perdagangan perbezaan. Lembaga Penasihatnya melibatkan golongan profesional yang berpengetahuan dan berpengalaman yang mampu memberi nasihat profesional yang tiada tandingan kepada pelanggan.

Samtrade FX diperbadankan di Saint Vincent dan Kepulauan Grenadines di bawah nombor pendaftaran 25290 IBC 2019 oleh Pendaftar Syarikat Perniagaan Antarabangsa. Samtrade FX juga merupakan ahli The Financial Commission. Samtrade FX didaftarkan dan dikawal selia oleh FINTRAC (Financial Transactions and Reports Analysis Center of Canada) di bawah Money Services Business (MSB) dengan nombor pendaftaran: M19977589. Ahli gabungannya, S.A.M. Trade (Asia) Pte Ltd didagangkan secara terbuka di Pasaran OTC di Amerika Syarikat dengan simbol (OTCMKTS: SMFX).  

Hubungan Media
Heidi Chan
Marketing@samtradefx.com

 

Source: Samtrade FX
Keywords: Banking/Financial Service Sports Sports Equipment & Accessories Contracts