omniture

ZTE menang bahagian terbesar dalam bidaan seksyen 4 pemerolehan terpusat penghala atasan China Mobile

ZTE Corporation
2021-09-18 12:04 201

SHENZHEN, China, 18 September 2021 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763. HK / 000063.SZ), penyedia bertaraf antarabangsa yang utama bagi penyelesaian telekomunikasi, perusahaan, dan teknologi pengguna untuk internet mudah alih, hari ini mengumumkan bahawa ia telah memperoleh 50% bahagian dalam seksyen 4 pemerolehan terpusat penghala/suis atasan 2021-2022 China Mobile, di kedudukan No. 1 yang disumbang oleh penghala canggihnya, ZXR10 M6000-18 S dan ZXR10 M6000-8S Plus. Seksyen ini merupakan bahagian yang terbesar dalam pemerolehan terpusat penghala canggih China Mobile, mengandungi jumlah peralatan yang terbesar.

ZTE akan menyediakan penghala untuk memainkan peranan sebagai SR (Service Router (Penghala Perkhidmatan)) dan PE (Provider Edge (Pinggiran Penyedia)) dalam senario seperti rangkaian peribadi awan, awan rangkaian, UPF (User Plane Function (Fungsi Satah Pengguna)) 5G, rangkaian peribadi IP dan MAN (Metropolitan Area Network (Rangkaian Kawasan Metropolitan)). Di samping itu, ZTE akan menyediakan peralatan yang diperlukan untuk rangkaian IP China Mobile di masa hadapan, terutama sekali rangkaian peribadi awan dan rangkaian pengangkut 5G.

Berdasarkan kepada ROSng, sistem operasi penghala dengan hak milik intelek bebasnya, penghala ZXR10 M6000-S atasan ZTE menyokong SR/EVPN/SRv6/BIER dan menggalakkan evolusi rangkaian IP ke arah kesederhanaan dan kecerdasan. Penghala ini menggunakan NP (Network Processor (Pemproses Rangkaian)) dalaman untuk satu slot prestasi 1T, dan mencapai standard terkemuka industri dalam penghantaran prestasi, penjimatan tenaga dan SDN (Software Defined Network (Rangkaian Tertakrif Perisian)).

Dalam bulan Jun 2021, penghala atasan ZXR10 T8000 dan ZXR10 M6000-3S ZTE berada di kedudukan No. 2 dalam penilaian yang menyeluruh, dan masing-masing terpilih untuk membida seksyen 3 & 5 pemerolehan ini. Di samping itu, dalam pemerolehan terpusat penghala atasan 2019-2020, ZXR10 M6000-S ZTE berada di kedudukan No.1 dalam seksyen 2 (untuk penghala atasan 2T) dan No.2 dalam seksyen 3 (untuk penghala atasan 400G). Setakat ini, ZXR10 M6000-S berada di kedudukan 2 teratas dalam bahagian pasaran negara.

Sebagai pendorong ekonomi digital, ZTE komited untuk menyampaikan penyelesaian infrastruktur digital yang terkemuka. Dengan inovasi berterusannya, syarikat telah meningkatkan daya saing teras dalam paten standard, teknologi utama dan penyelesaian produk untuk mempercepatkan pembinaan rangkaian 5G.

Bergerak ke hadapan, ZTE, dalam kerjasama dengan China Mobile, akan terus menginovasi teknologi rangkaian 5Gnya, dan mempercepatkan pelaksanaan komersial rangkaian 5G untuk menerima masa depan digital.

Hubungan Media:
Margaret Ma
ZTE Corporation
Tel: +86 755 26775189
Emel: ma.gaili@zte.com.cn 

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 OTC:ZTCOY Shenzhen:000063
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment