omniture

Terus mengecas, berhenti menukar: Crown bawakan teknologi ion-litium V-Force baharu

Crown Equipment Pty Ltd
2021-09-20 14:20 183

SINGAPURA, 20 September 2021 /PRNewswire/ -- Crown Equipment Corporation, salah sebuah syarikat pengendalian bahan yang terbesar di dunia, melancarkan penyelesaian berjenama V-Force™ miliknya sendiri untuk pelanggan yang berusaha untuk meningkatkan prestasi forklift elektrik bateri dengan menggunakan teknologi ion-litium. Sistem Penyimpanan Tenaga (ESS) V-Force Crown termasuk bateri dan pengecas ion-litium dan kini disediakan untuk seluruh portfolio trak forklift Crown.

Terus mengecas, berhenti menukar: Crown bawakan teknologi ion-litium V-Force baharu
Terus mengecas, berhenti menukar: Crown bawakan teknologi ion-litium V-Force baharu

Untuk pengurus pengangkutan, kemampuan untuk bergantung pada satu pembekal yang dipercayai untuk trak forklift mahupun teknologi bateri adalah penting. Bagi menyediakan pelanggan dengan perkhidmatan sumber tunggal dengan kualiti tertinggi yang dikhususkan untuk teknologi ion-litium, kini Crown melancarkan bateri dan pengecas V-Forcenya sendiri. Seluruh sistem disokong oleh jaringan perkhidmatan dan sokongan Crown yang komprehensif. Juruteknik servis yang berkelayakan tinggi melawat premis pelanggan untuk membantu memastikan forklift, pengecas dan bateri berada dalam keadaan operasi yang betul.

"Bateri ion-litium V-Force dapat bertahan sehingga tiga kali ganda lebih lama daripada bateri asid-plumbum; ia juga menawarkan pengecasan yang lebih pantas, peluang pengisian pengecasan dan masa beroperasi yang lebih lama," jelas Henry Larsen Pengurus Produk Kuasa Motif dan Penyelesaian Teknologi di Crown. "Bateri mengecas dan menyahcas dengan lebih cekap dan memberi prestasi tinggi yang berterusan sepanjang pengecasannya. Memandangkan anda dapat mengecas semula bateri bila-bila masa yang anda suka, anda boleh melanjutkan masa hidup forklift dalam tempoh 24 jam. Ini bermakna anda boleh menggunakannya untuk satu atau lebih syif tanpa perlu menukar bateri."

Sistem ion-litium menawarkan kelebihan yang begitu banyak berbanding bateri asid-plumbum, terutamanya dalam operasi berbilang syif. Penyelenggaraan bateri secara rutin tidak lagi diperlukan dan bateri tidak lagi perlu diganti atau diisi airnya. Memandangkan bateri ion-litium tidak menghasilkan emisi semasa mengecas semula, bilik pengecasan bateri yang berasingan tidak lagi diperlukan. Ringkasnya, peningkatan kecekapan bateri dan kos servis yang lebih rendah dari masa ke masa memberi kelebihan yang ketara kepada pelanggan.

Bateri V-Force Crown mematuhi piawaian antarabangsa IEC 62619 untuk digunakan dalam aplikasi industri.

Bateri V-Force Crown direka bentuk untuk memenuhi piawaian automotif antarabangsa dan menggunakan secara tempatan piawaian industri dari segi keselamatan yang ekstrem serta kemudahan penggunaan, seterusnya menawarkan lebih keupayaan berbanding banyak bateri ion-litium yang lain dalam pasaran. Dilengkapi dengan berbilang sistem keselamatan lewah, setiap bateri membawakan seni bina keselamatan berbilang peringkat yang menggabungkan, sebagai contoh, pelbagai fius berserta pemantauan suhu dan voltan sel individu. Sistem keselamatan yang dibangunkan dalam bateri ini membantu melindungi daripada pemanasan lampau, litar pintas, pengecasan lampau atau penyahcasan mendalam. Lebih baik lagi, pelbagai fungsi perlindungan yang aktif dapat mengelakkan kesilapan pengendali daripada merosakkan bateri.

Pilihan tepat untuk keperluan pengecasan bateri anda: Pengecas V-Force Crown

Pengecas kekerapan tinggi Siri V-Force V-HFM3 Crown menyampaikan kuasa yang diperlukan oleh sistem penyimpanan tenaga ion-litium anda. Prestasi pengecas Crown adalah sangat baik hasil daripada proses pengecasan yang pantas. Pengecas V-Force menggunakan teknologi kekerapan tinggi bagi mencapai kadar pengecasan sehingga 1C. Ini bermakna ia dapat mengecas bateri sepenuhnya dengan kapasiti sehingga 400 Ah dalam tempoh kurang daripada 60 minit dengan menyampaikan arus pengecasan yang stabil sehingga 400 A. Angka-angka ini merupakan antara yang terbaik dalam industri ini. Pengecas mesra pengguna ini dapat mengendalikan voltan bateri bermula daripada 24 hingga 96 volt untuk V-HFM3. Bagi mengesan kelas voltan setiap bateri secara automatik dan mengecas bateri tanpa memerlukan pra-tetapan manual, pengecas berhubung secara langsung dengan sistem pengurusan bateri melalui bas CAN. Semasa proses pengecasan, antara muka pengguna yang besar dan bermaklumat memaparkan gambaran keseluruhan yang luar biasa jelas mengenai status pengecasan dan operasi bateri.

Latar Belakang Crown Equipment Corporation 

Crown ialah salah sebuah syarikat pengendalian bahan yang terbesar di dunia dengan reputasi untuk reka bentuk produk yang memenangi anugerah, kejuruteraan dan teknologi termaju serta perkhidmatan selepas jualan yang unggul. Falsafah perniagaan Crown memanfaatkan proses-proses yang bersepadu secara vertikal untuk mereka bentuk, mengeluarkan dan mengedarkan penyelesaian berpandangan jauh yang inovatif yang dapat meningkatkan produktiviti dan kecekapan pengendalian pelanggan. Crown mengeluarkan pelbagai jenis forklift serta teknologi pengautomatan dan pengurusan pengangkutan.

Ibu pejabat global syarikat ini terletak di New Bremen, Ohio, AS, dengan ibu pejabat serantaunya terletak di Australia, China, Jerman dan Singapura. Bilangan kakitangannya melebihi 15,100 orang di seluruh dunia. Crown mengendalikan jaringan perkhidmatan dan pengedaran yang melebihi 500 lokasi jualan di lebih 80 negara. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai idea-idea Crown bagi membantu pelanggan memajukan produktiviti operasi mereka, kunjungi crown.com

Source: Crown Equipment Pty Ltd
Related Links:
Keywords: Auto Machinery Mining/Metals Transportation New products/services