omniture

SHEIN Mengumumkan SHEIN X ROCK THE RUNWAY Dengan Menampilkan Koleksi FW2021

SHEIN
2021-09-21 02:56 67

Diiringi Persembahan Istimewa daripada Saweetie, The Chainsmokers, Darren Criss dan Ramai Lagi!

LOS ANGELES, 21 September 2021 /PRNewswire/ --

SHEIN
SHEIN

SIAPA: E-peruncit global SHEIN serta Saweetie, The Chainsmokers, Darren Criss, Thuy, Willie Gomez, Riley Clemmons, Blu DeTiger dan ramai lagi.

APA: Jenama beli-belah e-dagang dalam talian antarabangsa, SHEIN, menampilkan SHEIN X ROCK THE RUNWAY 2021– acara hibrid khas yang menarik yang merupakan gabungan konsert muzik dan tarian yang dikoreografi secara inovatif dalam sebuah pertunjukan fesyen yang berbeza daripada kelaziman. Sebagai destinasi sehenti untuk para fesyenita, SHEIN berhasrat untuk mewujudkan destinasi sehenti bagi menikmati muzik indie, bintang-bintang global, koreografer tarian dan hiburan melalui acara fesyen yang menakjubkan ini. ROCK THE RUNWAY SHEIN akan turut membantu menyokong dan meningkatkan kesedaran serta sumbangan untuk National Action Network yang merupakan salah sebuah organisasi hak sivil terkemuka di negara ini dengan pelbagai cawangan di seluruh Amerika Syarikat dan Youth Emerging Stronger demi membina masa depan yang cerah kepada para belia gelandangan dan anak angkat. SHEIN mendermakan $350,000 untuk kedua-dua badan amal ini.

Acara maya ini akan merangkumi 5 segmen yang sama dengan setiap satunya memperagakan koleksi SHEIN Fall-Winter 2021 (Musim Luruh-Musim Sejuk 2021) yang terkini, bergaya dan unik sambil menampilkan persembahan dinamik daripada barisan para pemuzik jemputan yang terkenal. Bagi meraikan SHEIN X Challenge (dengan pusingan akhir yang akan ke udara pada 12 September 2021 melalui YouTube), acara ini akan turut menampilkan rekaan daripada 5 finalis terbaik semasa Segmen SHEIN X.

Persembahan Muzik Istimewa

Saweetie

The Chainsmokers

Darren Criss

Thuy

Willie Gomez

Riley Clemmons

Blu DeTiger


Koreografer Istimewa

RETRO REVIVAL: WILLIE GOMEZ

PEMBANTU KOREOGRAFER:

KOREOGRAFER - CALVIT HODGE

ANTHONY KIN

PEMBANTU KOREOGRAFER: SARA BIVENS

WHITNEY BEZZANT


EMERI KIN

EASY CHIC: RILEY CLEMMONS 

JASON PETERS

KOREOGRAFER - ALEX CHUNG 

JAMES HERRON

PEMBANTU KOREOGRAFER: JASMINE MASON

SAM MCWILLIAMS



SKI PARTY: SAWEETIE

LA ROLLERS GIRLS

KOREOGRAFER: BRYA WOODS

KOREOGRAFER: CRYSTAL ALYSIA

PEMBANTU KOREOGRAFER:

CHAINSMOKERS

AAHKILAH CORNELIUS

KOREOGRAFER - TAYLOR THOMAS



SHEIN X: BLU DE TIGER

CITY SLEEK x 2: DARREN CRISS

KOREOGRAFER - TABITHA AND

KOREOGRAFER - ALEX CHUNG

NAPOLEON DUMO "NAPPYTABS"

PEMBANTU KOREOGRAFER:


JASMINE MASON, JOE TULIAO

BILA:  26 September 2021 jam 2:00 PTG PST 

DI MANA: Aplikasi percuma SHEIN  serta YouTube, Twitter, Instagram dan Facebook rasmi SHEIN

Tentang SHEIN:
Ditubuhkan pada tahun 2008, SHEIN ialah e-peruncit fesyen pantas dengan rangkaian global yang merangkumi 220 buah negara dan wilayah. Di SHEIN, kami meletakkan premium bukan pada pakaian kami tetapi pada pilihan. Itulah sebabnya kami mengeluarkan 1,000 item fesyen baharu setiap hari yang menyediakan pelanggan kami dengan pelbagai pilihan pakaian wanita terkini yang amat menarik dan membolehkan mereka menggabung serta memadankan pakaian mengikut citarasa mereka. Kami melakukannya kerana kami percaya bahawa pakaian yang kita pakai mencerminkan keperibadian kita dan kami ingin memperkasakan wanita hari ini untuk meneroka dan menampilkan keperibadian mereka. Dengan pelbagai pilihan yang kami sediakan, para pelanggan kami dapat mereka penampilan tersendiri yang sempurna yang menggambarkan keperibadian unik mereka. Ringkasnya, kami membantu anda menampilkan keperibadian anda. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang SHEIN, ikuti kami di shein.com, instagram.com/sheinofficial dan youtube.com/shein.

Tentang Youth Emerging Stronger (YES):
Sejak tahun 1985, Youth Emerging Stronger (YES) telah membantu para belia yang berusia 12-24 tahun dengan memastikan mereka mempunyai kemahiran dan pola fikir tingkah laku yang sesuai bagi merealisasikan minat dan impian mereka dalam bidang pendidikan, pekerjaan serta mendapatkan tempat tinggal yang selamat dan stabil; di samping turut menyediakan terapi kesihatan mental yang berterusan.  YES memperkasakan mereka untuk membanteras ketidaksaksamaan sistemik yang telah menyebabkan cabaran yang tidak seimbang terhadap keluarga mereka serta memberikan mereka kebolehan untuk berkembang dan menjadi ahli komuniti yang berdikari. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang YES, sila layari www.YouthEmergingStronger.Org.

SHEIN
SHEIN

 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1629035/shein.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1629036/shein1.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1590321/Shein_Logo.jpg?p=medium600  

Source: SHEIN
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Electronic Commerce Entertainment Fashion Household/Consumer/Cosmetics Music Retail Broadcast feed announcements Corporate Social Responsibility Future Events