omniture

ICCPP Bawakan Teknologi Pengatoman "Tanpa-serbuk" dengan Teras Seramik GENE TREE Generasi Seterusnya

ICCPP
2021-09-21 08:54 265

SHENZHEN, China, 21 September 2021 /PRNewswire/ -- ICCPP, sebuah syarikat pengatoman global telah memperkenalkan jenama teknologi teras seramik yang pertama seumpamanya GENE TREE di Persidangan Pelancaran Dalam Talian Global Teras Seramik Teknologi-Nano 2021 pada 16 September. Pelancaran GENE TREE merupakan satu revolusi dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) pengatoman elektrik di samping turut memperkenalkan generasi produk teras seramik yang baharu ke dalam industri ini.

2021 Nano-tech Ceramic Core Global Online Launch Conference
2021 Nano-tech Ceramic Core Global Online Launch Conference

Bertema "Masa Depan Teras", persidangan tersebut menekankan pembangunan dan inovasi yang berterusan terhadap teknologi pengatoman elektronik serta menunjukkan keazaman ICCPP untuk membentuk masa depan industri ini. Produk teras seramik teknologi-nano GENE TREE baharunya berjanji untuk meningkatkan kecekapan dan kestabilan pengatoman dan meningkatkan jangka hayat produk.

"GENE TREE ialah kemuncak daripada R&D selama berjam-jam lamanya dan pengalaman selama hampir sedekad dalam teknologi pengatoman elektrik. Kami teruja untuk melancarkan pencapaian kajian perintis kami bersama komuniti antarabangsa dan membawakan masa depan teras seramik," kata Ketua Pegawai Eksekutif ICCPP EVEREST Zhao.

ICCPP menubuhkan pasukan R&D 300 orang yang mantap. Produk teras seramik teknologi-nano GENE TREE direalisasikan oleh pasukan ini setelah menghabiskan masa selama lebih 1,000 hari mengulangi penerokaan teknikal dan ujikaji saintifik serta menghabiskan masa selama puluhan ribu jam menyempurnakan seribu set formulasi bahan teras seramik. Di samping itu, pasukan R&D dapat mengatasi beberapa cabaran pengeluaran teknikal bagi memastikan teras seramik yang dikeluarkan secara besar-besaran berada pada peringkat bertaraf dunia dari segi kekonsistenan rintangan dan penampilan.

GENE TREE Ceramic Cores
GENE TREE Ceramic Cores

Dengan konsep "tanpa-serbuk", produk GENE TREE memanfaatkan bahan-bahan mentah yang diperbuat daripada bahan mineral baharu yang mesra alam yang beralih dan berbaur menjadi rangka seramik rangkaian tiga dimensi pada suhu yang tinggi. Berikutan proses ini, struktur-mikro butiran dibina semula dan struktur kewujudan bersama berbilang fasa meningkatkan kekukuhan seramik. Sementara itu, penyerakan tersebar dalam rangka seramik tiga dimensi untuk membentuk lapisan matriks lipofilik yang dapat meningkatkan kelipofilikan dan penyimpanan minyak seramik berliang. Ujian pengatomatan telah menunjukkan bahawa suhu permukaan pemanasan seramik dan pengatoman kekal stabil antara empat hingga 11 watt.

Tidak seperti produk-produk lain, julat kuasa operasi selamat GENE TREE juga dapat ditingkatkan daripada 8 watt kepada 11 watt untuk memenuhi sepenuhnya keperluan produk-produk yang berbeza. Filem pemanas kekal stabil dalam suhu dan GENE TREE menyokong pengatoman yang berterusan selama 4000 saat – meningkatkan jangka hayatnya sebanyak lima kali ganda berbanding dengan produk kebiasaan yang lain.

Sebagai produk teras seramik yang pertama daripada ICCPP, GENE TREE meraih perhatian yang luas daripada industri ini sejak pelancarannya. Dengan rancangan untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran dan jualan kepada pelanggan B2B, GENE TREE mengukuhkan kedudukannya sebagai pengusaha penting secara sekali gus selain peneraju dalam teknologi pengatoman elektrik.

Latar Belakang ICCPP 

ICCPP ialah sebuah kumpulan teknologi bertaraf global dengan pengalaman selama hampir sedekad dalam penyelidikan dan pembangunan teknologi, reka bentuk produk, pembuatan, pembinaan jenama dan bidang-bidang lain. Produk dan perkhidmatannya diedarkan di lebih daripada 70 negara dan wilayah, dengan kira-kira 30 juta pengguna.

Tingkai Xu
kai@voopootech.com
+86-15957944779

Source: ICCPP
Keywords: Computer/Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics Nanotechnology Retail MAT (Mature Audience)