omniture

Hilton Honors Melanjutkan Faedah Kesetiaan Global dan Dedah Dasar 2022

Hilton Honors
2021-09-21 09:03 194

Menerajui industri hospitaliti, Hilton Honors mengumumkan dasar baharu yang membenarkan ahli menyimpan Status, mengekalkan Mata dan mencapai Status mereka dengan lebih mudah

SINGAPURA, 20 September 2021 /PRNewswire/ -- Tatkala orang ramai terus menavigasi perubahan dinamik pelancongan, Hilton tetap optimistik dan komited untuk menyediakan kefleksibelan kepada lebih daripada 118 juta ahli Hilton Honorsnya di seluruh dunia. Sekali lagi menerajui industri hospitaliti, Hilton Honors mengumumkan bahawa ahlinya boleh mengekalkan mata ganjaran mereka dan status elit untuk jangka waktu yang dilanjutkan dan memperoleh status dengan lebih mudah dalam tahun 2022.

Conrad Maldives Rangali Island - Sunset Water Villa (Pandangan Atas)
Conrad Maldives Rangali Island - Sunset Water Villa (Pandangan Atas)

Hilton Honors, program kesetiaan tetamu portfolio 18 jenama bertaraf dunia Hilton, telah melaksanakan perubahan faedah berikut untuk membantu ahli mengekalkan atau mencapai status elit, walaupun pelancongan masih terhad di beberapa bahagian dunia. Perubahan yang diumumkan hari ini merangkumi:

  • Melanjutkan status sehingga 31 Mac 2023, agar ahli dapat mengekalkan imbuhan dan faedah status mereka lebih lama.
  • Menghentikan tempoh tamat mata ganjaran sehingga 31 Disember 2022, agar ahli mempunyai lebih banyak masa untuk menggunakan Mata mereka pada penginapan percuma di lebih daripada 6,600 hotel Hilton, Pengalaman Hilton Honors yang eksklusif, acara langsung, derma amal dan banyak lagi.  
  • Melonggarkan kelayakan 2022 di sekeliling pemerolehan Status, Bonus Pencapaian, dan Penghadiahan Status daripada syarat-syarat 2019 untuk menjadikan faedah-faedah ini lebih mudah dicapai. Dalam tahun 2022, ahli Hilton Honors akan memperoleh yang berikut:
    • Syarat-Syarat Peringkat Status
      • Status Perak pada tujuh malam, tiga penginapan atau 17,500 Mata Asas
      • Status Emas pada 28 malam, 14 penginapan atau 52,500 Mata Asas
      • Status Berlian pada 42 malam, 21 penginapan atau 84,000 Mata Asas
    • Bonus Pencapaian
      • 10,000 Mata Bonus pada 30 malam.
      • 10,000 Mata Bonus untuk setiap 10 malam tambahan (setelah 30 malam).
      • Sekali 30,000 Mata Bonus pada 60 malam.
    • Penghadiahan Status Elit
      • Sekali hadiah status Emas untuk seorang teman atau ahli keluarga pada 40 malam, yang boleh ditingkatkan ke status Berlian pada 70 malam.
  • Melanjutkan Malam-Malam Pusingan untuk ahli-ahli setiap peringkat status, agar semua penginapan bermalam 2021 yang diselesaikan dipusing secara automatik dan menyumbang ke arah kelayakan peringkat 2022.

"Ketika kita kembali ke musim baharu pelancongan, kami ingin tetamu setia kami mengetahui bahawa kami membuat perubahan program ini dengan mengutamakan mereka," kata Jenn Chick, naib presiden dan ketua global, Hilton Honors & Penglibatan Pelanggan, Hilton. "Kami berbangga dapat memimpin industri hospitaliti dalam menyediakan kefleksibelan, sekali lagi, kepada ahli Hilton Honors yang bernilai kami untuk membantu mereka mencipta memori baharu apabila mereka bersedia untuk melancong semula."

Dari sekarang hingga 31 Disember 2021, semua ahli Hilton Honors yang berdaftar di seluruh Asia Pasifik dapat memanfaatkan promosi "Power Up" Hilton, dan memperoleh Mata Bonus berganda kerana melengkapkan penginapan yang layak semasa tempoh ini, yang sah di semua hotel dan resort di bawah portfolio jenama .

Di samping itu, tawaran jamuan selera "Like a Member" Hilton Honors juga kini tersedia di seluruh Asia Pasifik, menawarkan ahli dengan diskaun sehingga 25% dan peluang untuk memperoleh Mata Bonus di semua rangkaian luas outlet jamu selera yang diurus oleh Hilton di rantau ini.

Untuk meningkatkan pengalaman tetamu, Hilton Honors akan terus melaksanakan penyesuaian program global di sepanjang tempoh pandemik ini dan menawarkan ahli dengan ketenangan fikiran melalui penawaran inovatif seperti ketibaan tanpa sentuh melalui aplikasi Hilton Honors yang terkemuka dalam industri dan Confirmed Connecting Rooms by Hilton. Sebaik ahli bersedia untuk percutian mereka yang seterusnya atau perjalanan perniagaan seterusnya, mereka dapat pergi dengan yakin mengetahui Mata ganjaran dan status Hilton Honors akan menanti mereka.

Untuk maklumat terkini mengenai penyesuaian program Hilton Honors, tempahan, keselamatan perjalanan dan banyak lagi, kunjungi covid.hilton.com/#honors. Untuk menyertai Hilton Honors, daftar secara percuma di HiltonHonors.com.

*Imej beresolusi tinggi dapat diakses di sini.

Latar Belakang Hilton

Hilton (NYSE: HLT) ialah sebuah syarikat hospitaliti global yang terkemuka dengan portfolio 18 jenama bertaraf dunia yang merangkumi lebih daripada 6.600 hartanah serta lebih daripada sejuta buah bilik di 119 negara dan wilayah. Berdedikasi untuk menunaikan visi penubuhannya untuk memenuhi dunia dengan keceriaan dan kemesraan hospitaliti, Hilton telah menerima lebih daripada 3 bilion tetamu sepanjang sejarahnya selama lebih daripada 100 tahun, meraih kedudukan tertinggi dalam senarai Tempat Kerja Terbaik Dunia 2020 dan dinamakan sebagai Peneraju Industri Global 2020 bagi Indeks Kelestarian Dow Jones. Pada tahun 2020, Hilton CleanStay telah diperkenalkan, untuk membawakan piawaian kebersihan yang menakrif industri ke hotel-hotel di seluruh dunia. Melalui program kesetiaan tetamu Hilton Honors yang memenangi anugerah, seramai lebih daripada 118 juta ahlinya yang menempah terus dengan Hilton boleh memperoleh Mata untuk penginapan dan pengalaman hotel yang tidak dapat dibeli dengan wang. Dengan aplikasi Hilton Honors percuma, tetamu dapat menempah penginapan, memilih bilik, mendaftar masuk, membuka pintu mereka dengan Kunci Digital dan mendaftar keluar, kesemuanya daripada telefon pintar mereka. Kunjungi newsroom.hilton.com untuk mendapatkan maklumat lanjut dan berhubung dengan Hilton melalui FacebookTwitterLinkedInInstagram dan YouTube.

Latar Belakang Hilton Honors

Hilton Honors ialah program kesetiaan tetamu yang memenangi anugerah untuk 18 jenama Hilton yang bertaraf dunia yang merangkumi lebih daripada 6,600 hartanah di 119 negara dan wilayah. Ahli Hilton Honors yang menempah terus melalui saluran pilihan Hilton mendapat akses kepada faedah serta merta, termasuk gelangsar bayaran fleksibel yang membolehkan ahli memilih hampir sebarang gabungan Mata dan wang untuk menempah penginapan, diskaun ahli yang eksklusif serta WiFi Standard yang percuma. Ahli juga mendapat akses kepada teknologi tanpa sentuh secara eksklusif melalui aplikasi Hilton Honors yang terkemuka dalam industri, yang membolehkan ahli mendaftar masuk, memilih dan mengakses bilik mereka menggunakan Kunci Digital. Hilton Honors menawarkan beratus-ratus cara untuk memperoleh dan menebus Mata termasuk dengan kad kredit jenama bersama terpilih kepada lebih daripada 118 juta ahlinya. Ahli dapat menebus Mata mereka untuk penginapan bermalam percuma, pembelian di Amazon, sumbangan amal dan banyak lagi. Program ini boleh disertai secara percuma dan pengembara boleh mendaftar secara dalam talian dengan mengunjungi hiltonhonors.com. Ketahui lebih lanjut mengenai Hilton Honors di newsroom.hilton.com/hiltonhonors, dan ikuti Hilton Honors di FacebookTwitter dan Instagram.

Source: Hilton Honors
Related Stocks:
NYSE:HLT
Keywords: Entertainment Hotels and Resorts Travel New products/services