omniture

Xinhua Silk Road: Zoomlion China percepatkan pembangunan kluster jentera dengan pembinaan taman pembuatan dengan rancak

Xinhua Silk Road
2021-09-21 09:16 181

BEIJING, 21 September 2021 /PRNewswire/ -- Projek "bandar industri pintar" oleh Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. (000157.SZ; 01157.HK) yang berpangkalan di Hunan bermula dengan rancak pada hari Jumaat menerusi bangunan ibu pejabat, taman pembuatan jentera kren kejuruteraan, taman jentera pam konkrit dan taman jentera kerja udara memulakan kerja pembinaan.

China Zoomlion holds ceremony on September 17, kicking off constructions on the headquarters building, the hoisting machinery park, the concrete pumping machinery park, and the aerial-work machinery park of its "smart industry city" project.
China Zoomlion holds ceremony on September 17, kicking off constructions on the headquarters building, the hoisting machinery park, the concrete pumping machinery park, and the aerial-work machinery park of its "smart industry city" project.

Memerhatikan kluster jentera pembinaan global, projek bandar industri pintar dijangka dapat menjana kira-kira 100 bilion yuan nilai output setiap tahun apabila mula berfungsi.

Projek tersebut akan mempersiapkan Bandar Changsha dengan kelebihan pembuatan pintar berkualiti tinggi dan kedudukan tinggi untuk tapak pembuatan termaju, kata datuk bandar Changsha Zheng Jianxin.

Memandang ke hadapan, Zoomlion akan mempercepatkan transformasi pintar dan mesra alam serta pembangunan kluster untuk terus menyumbang bagi membina Bandar Changsha menjadi "ibu kota untuk jentera pembinaan," kata pengerusi Zoomlion Zhan Chunxin.

Projek tersebut terutamanya terdiri daripada empat taman dengan taman jentera penggalian telahpun beroperasi.

Nilai output tahunan keempat-empat taman tersebut dirancang mencecah antara 20-30 bilion yuan setiap satu, menurut naib presiden Zoomlion Fu Ling, menyatakan bahawa projek tersebut dijangka menjadi taman pembuatan pintar jentera pembinaan yang terbesar di dunia apabila siap.

Diketahui bahawa lebih daripada 260 robot, 57 barisan pengeluaran pintar dan empat "kilang automatik sepenuhnya" dirancang untuk taman jentera kren kejuruteraan. Bagi taman jentera pam konkrit, pengecaman visual, pembuatan keputusan AI, pengimbasan laser dan pemodelan 3D akan disediakan untuk mempersiapkan 32 barisan pengeluaran pintar untuk kimpalan, pemesinan, pengecatan dan pemasangan. Untuk taman pembuatan jentara kera udara, 620 set peralatan automasi dirancang dengan 27 barisan pengeluaran pintar.

Kecekapan merupakan satu lagi kata kuncinya, dengan projek berkenaan dijangka menyaksikan satu trak pam konkrit dikeluarkan daripada barisan pengeluaran setiap 30 minit, satu kren setiap 18 minit, satu produk platform kerja udara setiap 7.5 minit dan satu pengorek setiap 6 minit apabila digunakan.

Projek berkenaan turut mengamalkan falsafah yang mampan seperti perincian mesra alam seperti emisi rendah, kitar semula air, emisi VOC sifar dalam proses pembuatan yang sebahagiannya dikuasakan oleh solar PV, menurut penolong presiden Dong Jun.

Pautan Asal: https://en.imsilkroad.com/p/323890.html

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Environmental Products & Services Internet Technology Machinery Mining/Metals Publishing/Information Service Telecommunications