omniture

Pengeluaran dan Penjualan Kumulatif Log Pengorek XCMG sebanyak 200,000 Unit

Dua produk pengorek baharu dilancarkan: XE600 dan XE690 DK MAX
XCMG
2021-09-21 13:16 94

XUZHOU, China, 21 September 2021 /PRNewswire/ -- Jabatan Perniagaan XCMG Excavator Machinery, XCMG telah mengilangkan sejumlah 200,000 unit pengorek sejak penubuhannya pada tahun 2008, jenama OEM yang paling pantas mencapai tahap jualan ini dalam seluruh industri pembuatan kejuruteraan. Pengorek ke-200,000 yang dikeluarkan daripada barisan pemasangan ialah XE380DK.

XCMG Excavator Logs Cumulative Production and Sales of 200,000 Units.
XCMG Excavator Logs Cumulative Production and Sales of 200,000 Units.

Berdiri di atas pencapaian syarikat-syarikat gergasi terdahulu, XCMG Excavator mengukuhkan kedudukannya menjadi jenama pengorek yang terkenal di dunia. Setakat Julai 2021, jumlah eksport pengorek XCMG meningkat sebanyak 152 peratus berbanding tahun sebelumnya, iaitu yang tertinggi dalam industri ini.

"Mencapai pengeluaran dan penjualan 200,000 unit pengorek merupakan satu peristiwa penting untuk XCMG dan satu titik permulaan yang baharu," kata Wang Min, pengerusi dan Ketua Pegawai Ekseutif XCMG. "Perniagaan dalam pasaran luar negara akan menjadi hala tuju yang penting untuk pembangunan masa depan XCMG dan kami akan memperluaskan susun atur pengorek dan produk-produk jentera lain serta perkhidmatan kitaran penuh di Asia-Pasifik, negara-negara Inisiatif Jalur dan Jalan, Afrika, Amerika dan banyak lagi, bagi menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan."

XCMG menganjurkan acara khas pada 16 September bagi meraikan pencapaian penting dan pelancaran dua produk pengorek 60-tan yang baharu iaitu XE600 dan XE690 DK MAX, kedua-duanya direka bentuk untuk keadaan kerja perlombongan beban berat dengan sorotan utama yang berikut:

  • Menampilkan 28 teknologi teras, dilengkapi untuk beroperasi dalam enam keadaan kerja utama: penghancuran bahan, pemuatan/pemunggahan batu, penggalian tanah, penyekatan/penimbunan, perkecaian batu dan pengendalian bahan.
  • Prestasi utama dari segi keandalan, kecekapan mengorek/menimbun, kecekapan ekonomi, kebolehsesuaian, keselesaan operasi, kapasiti penghancuran dan kecerdasan termaju.
  • Kombinasi produk yang fleksibel cekap untuk memenuhi sebarang jenis keperluan operasi, pemadanan tepat dengan trak tuang perlombongan 60-80 tan;
  • Jaminan kestabilan hebat, XE690DK MAX khususnya, memiliki berat produk mesin paling berat daripada kelas yang sama, sesuai untuk pembinaan beban berat;
  • Prestasi kerja yang cemerlang, kemampuan untuk melengkapkan timba diperkukuh maksimum daripada kelas yang sama;
  • Daya tarikan berjalan tork tinggi dicapai dengan motor sesaran besar dan kotak pengurangan ketumpatan fungsian yang tinggi;
  • Kuasa pemadanan tertinggi bagi enjin sesaran besar, dengan XE600 mencapai tahap pengorek 65-tan dan XE690DK MAX mencapai 100-tan (juga merupakan satu-satunya produk yang dilengkapi dengan enjin 8-silinder);
  • Kekuatan menggali yang utama dalam industri dicapai dengan sistem hidraulik berkecekapan tinggi, dilengkapi dengan dengan pam hidraulik tugas berat yang berkecekapan tinggi.
  • Diuji dengan jayanya di bawah tiga keadaan melampau: altitud tinggi 4,500 meter, ujian sejuk pada suhu -40 darjah Celsius dan ujian suhu tinggi pada suhu 50 darjah Celsius.

Lapan buah syarikat menandatangani kontrak pembelian di acara pelancaran tersebut, berjumlah 100 unit bagi pengorek 60-tan baharu.

Sepanjang lima tahun yang lalu, jualan luar negara bagi pengorek XCMG telah mencapai pertumbuhan terpantas dalam seluruh industri ini dan nilai eksport tersenarai di kedudukan yang mantap antara tiga teratas.

"Sejak tahun 2008, menjadi misi XCMG untuk mencipta produk 'Canggih dan Tahan Lama' yang diiktiraf dan disegani dalam pasaran antarabangsa dan kami berusaha untuk mencapai puncak dalam industri pengorek bersama pasukan kami yang jujur, gigih dan inovatif," tambah En. Wang.

Source: XCMG
Related Stocks:
Shenzhen:000425
Related Links:
Keywords: Auto Machinery Mining/Metals Transportation