omniture

bolttech meningkatkan pendanaan pusingan Siri A kepada US$210 juta

bolttech
2021-09-21 14:30 248

Syarikat mengalu-alukan dua pelabur strategik baharu dalam siri A untuk mempercepatkan pengembangan antarabangsa:

  • pelabur global dari Singapura, EDBI
  • Alma Mundi Insurtech Fund, Sepanyol

SINGAPURA, 21 September 2021 /PRNewswire/ -- bolttech, salah sebuah syarikat unikorn teknologi insurans (insurtech) bertaraf antarabangsa dengan perkembangan yang terpantas, mengumumkan peningkatan pendanaan pusingan siri A bernilai US$180 juta yang telah diumumkan baru-baru ini yang dipimpin oleh Activant Capital Group, jumlah pendanaan siri tersebut ditingkatkan kepada US$210 juta hari ini. Pusingan Siri A yang terbesar untuk syarikat teknologi insurans kini menambah dua pelabur strategik yang baharu dalam bolttech, iaitu pelabur global yang berpangkalan di Singapura, EDBI ("EDBI") dan Alma Mundi Insurtech Fund, Sepanyol ("Mundi Ventures").

Dengan rangkaian penuh keupayaan digital dan berpandukan data, bolttech memperkasa hubungan antara syarikat insurans, pengedar dan pelanggan untuk memudahkan pembelian serta penjualan produk insurans dan perlindungan dengan lebih cekap. bolttech telah membina jejak global yang menawarkan perkhidmatan kepada lebih daripada 7.7 juta pelanggan dalam 26 pasaran merentasi 3 benua iaitu Amerika Utara, Asia dan Eropah.

Modal tambahan akan membantu bolttech mendayakan lagi rakan kongsi dan pelanggannya dengan keupayaan teknologi serta digital yang dipertingkatkan. Dengan pelabur-pelabur strategik yang baharu ini juga akan membantu mengukuhkan kehadirannya di Asia Tenggara, Eropah dan pasaran-pasaran sedia ada yang lain ketika perniagaan ini menggiatkan strategi pertumbuhan antarabangsa.

Rob Schimek, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan bolttech, berkata, "Kami teruja untuk mengalu-alukan pelabur strategik yang berkaliber tinggi seperti ini. Mereka membawa jaringan yang luas dan kepakaran mendalam dalam pasaran masing-masing yang akan membantu mendorong pertumbuhan dan menyokong inovasi untuk rakan kongsi serta pelanggan kami di seluruh dunia. Dengan  perkongsian ini, kami berharap dapat mempercepatkan pertumbuhan antarabangsa dan merealisasikan visi kami untuk menghubungkan lebih ramai orang di serata dunia dengan cara untuk melindungi sesuatu yang mereka hargai."

Cik Chu Swee Yeok, Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden EDBI, berkata "Dengan pertukaran insurans didayakan teknologi dan rangkaian pengedaran yang luas, bolttech bersedia untuk menerajui transformasi digital dalam sektor insurans Asia Tenggara. EDBI berharap dapat bekerjasama dengan Rob dan pasukan beliau untuk mengukuhkan kedudukan hab inovasi mereka di Singapura dan menyokong pertumbuhan perniagaan mereka di wilayah ini."

Javier Santiso, Ketua Pegawai Eksekutif dan Rakan Kongsi Am Mundi Ventures, berkata, "Kami menghargai rakan-rakan pelaburan seperti bolttech yang sanggup mengubah industri insurans dengan teknologi dan inovasi produk yang baharu, terutamanya model pengedaran baharu yang mengubah keadaan pasaran. Kami berharap dapat bekerjasama dengan Rob dan pasukan beliau yang bertaraf dunia ketika mereka mengukuhkan kehadiran dan kerjasama mereka di Eropah."

Latar Belakang bolttech

bolttech ialah syarikat teknologi insurans bertaraf antarabangsa dengan misi untuk membina ekosistem didayakan teknologi yang terkemuka di dunia untuk perlindungan dan insurans. bolttech menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan dalam 26 pasaran di seluruh Amerika Utara, Asia dan Eropah.

Dengan rangkaian penuh keupayaan digital dan berpandukan data, bolttech memperkasa hubungan antara syarikat insurans, pengedar dan pelanggan untuk menjadikannya lebih mudah dan lebih cekap membeli serta menjual produk insurans dan perlindungan.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.bolttech.io

Latar Belakang EDBI

Melabur sejak tahun 1991, EDBI ialah pelabur global yang berpangkalan di Singapura dalam sektor-sektor teknologi dengan pertumbuhan tinggi yang terpilih bermula daripada Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT), Teknologi Baru Muncul (ET), Rawatan Kesihatan (HC) dan PKS Singapura yang berpotensi dalam industri-industri strategik. Sebagai pelabur yang mencipta nilai, EDBI membantu syarikat-syarikat mencapai matlamat mereka yang bercita-cita tinggi dengan memanfaatkan rangkaian, sumber dan kepakaran luas kami. Dengan modal pertumbuhan kami, EDBI menyokong syarikat-syarikat yang berusaha untuk berkembang di Asia dan seluruh dunia melalui Singapura.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi https://www.edbi.com 

Latar Belakang Mundi Ventures

Mundi Ventures ialah sebuah firma Modal Teroka bernilai €200 juta yang memfokuskan syarikat Teknologi Insurans dan syarikat teknologi. Ibu pejabat dana ini terletak di Madrid dan memiliki kehadiran operasi di Barcelona, London dan Tel Aviv. Merupakan pelabur teknologi insurans terutamanya di Eropah yang disokong oleh syarikat insurans terkemuka dan pasukan pelaburan yang terbukti dan berpengalaman yang sebelumnya melabur dalam syarikat-syarikat unikorn Eropah,  antaranya Farfetch, Auto1, Skyscanner dan lain-lain. Portfolio ini kini melabur dalam Wefox, syarikat teknologi insurans yang terbesar di Eropah dan melibatkan pelaburan di Paris, London, Berlin, Stockholm, Amsterdam, Tel Aviv, Madrid, Barcelona, Palo Alto dan New York. 

Hubungan media:

Pertanyaan media bolttech: 
James Jarman, FTI Consulting
James.Jarman@fticonsulting.com 
+65 8202 3725

Pertanyaan media EDBI:
Mark Teo, EDB Investments
Marc_TEO@edbi.com 

Pertanyaan media Mundi Ventures: 
Yago Montenegro, Mundi Ventures
yago@mundiventures.com 

Pertanyaan hubungan pelabur bolttech: 
ir@bolttech.io 

Source: bolttech
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Insurance Corporate Expansion Joint ventures Venture Capital Financial Technology