omniture

Asia dan Australasia Tunjang Perusahaan Minyak dan Gas Global

Global Pacific & Partners
2013-07-08 08:30 121

SINGAPURA, 8 Julai 2013 /PRNewswire/ --

Minggu Minyak Asia ke-19 2013 di Singapura mendedahkan peluang perniagaan baharu

Dengan pembukaan sempadan baharu oleh banyak negara, peluang perniagaan yang lebih luas bagi sebilangan syarikat minyak bebas yang sedang meningkat dan syarikat minyak negara yang pesat berkembang, Asia dan Australasia membuktikan mereka tunjang utama dalam perusahaan minyak dan gas global yang penting untuk masa hadapan ekonomi rantau itu. Minggu Minyak Asia ke-19 akan mendedahkan peluang perniagaan eksplorasi, pengeluaran dan pembangunan baharu dalam pasaran yang cergas ini.

Minggu Minyak Asia ke-19 di Singapura, sebagai acara penting industri eksplorasi Asia, mengumpulkan para penyampai ucapan dasar dari seluruh dunia dan kira-kira 200 eksekutif kanan syarikat minyak super-major, bebas, kerajaan dan kebangsaan untuk bersua muka, membentuk rangkaian dan berunding tawaran.

Persidangan Huluan Asia ke-19, pada 3 dan 4 Oktober 2013 di Hotel Goodwood Park di Singapura, membincangkan sempadan memuncul Asia dan potensi huluan. Fokus utamanya terletak pada peluang huluan, potensi Gas-LNG, masa hadapan laut dalam, polisi-polisi kerajaan, pusingan bida baharu dan peluang perluasan ekar, risiko dan pelaburan, potensi sempadan baharu dalam gas/minyak syal dan CBM-CSM dan syarikat Australia dalam pasaran huluan Asia.

Pada 2 Oktober, sebelum persidangan itu, ketika Taklimat Strategi Petroleum Asia ke-22, pengerusi Dr. Duncan Clarke daripada tuan rumah Persidangan iaitu Global Pacific & Partners menyediakan pemeriksaan mendalam mengenai strategi minyak huluan dan gas-LNG yang kompetitif bagi eksplorasi dan pembangunan Asia. Taklimat ini merupakan taklimat strategi yang paling lama berlangsung di Asia dan seluruh dunia.

"Perusahaan minyak dan gas Asia memasuki bidang baharu, dengan negara pengeluar dan pemain korporat yang mapan meneliti strategi yang telah disemak. Sesetengahnya memikirkan usaha niaga global, sesetengah yang lain memikirkan sempadan yang ditemui semula merentasi rantau yang luas ini, dari Pakistan ke New Zealand," Clarke menyatakan. "Syarikat bebas sekarang telah membuka perusahaan baharu dan syarikat minyak negara telah membentuk strategi eksplorasi global, sementara agensi pelesenan negara dan Kementerian-kementerian sekarang mencari lebih wang eksplorasi dalam pasaran penuh persaingan secara global."

Banyak kerajaan dan peneraju syarikat minyak/tenaga telah mengesahkan lebih 30 pembentangan – termasuk daripada entiti minyak/tenaga negara di Indonesia, India, Sri Lanka, New Zealand, Timor Leste. Tumpuan-tumpuan khas terletak pada Myanmar, Asia Tenggara, Australia, Filipina, Malaysia, Jepun, China, PNG dan Thailand.

Maklumat lanjut: http://www.globalpacificpartners.com

Sumber: Global Pacific & Partners

Source: Global Pacific & Partners
Keywords: Oil/Energy Utilities Trade show news