omniture

Penyelidikan Tahunan Acision Dedah Lebih 95% Pemilik Telefon Pintar Singapura guna Perkhidmatan Penghantaran Pesanan Berbilang Hari ini; Petanda Jelas Trafik Penghantaran Pesanan sedang Meningkat

Acision
2013-07-08 14:33 149

 

SINGAPURA, 8 Julai 2013 /PRNewswire/ --

Permintaan pengguna yang tinggi membuka jalan bagi para pembawa menawarkan perkhidmatan penghantaran pesanan lebih beraneka yang disatukan -- platform tunggal untuk menghubungi sesiapa, bila-bila masa, merentasi apa-apa rangkaian

  • 91% pengguna Singapura yang dikaji menggunakan perkhidmatan penghantaran pesanan berbilang setiap hari ini, yang dicetus oleh ciri-ciri beraneka dan kos yang lebih rendah.
  • 97% pengguna Telefon Pintar Singapura masih menggunakan dan bergantung kepada SMS sebagai perkhidmatan penghantaran pesanan.
  • 67% menyatakan kebergantungan terhadap perkhidmatan IM / OTT hari ini, serta 69% berkata mereka masih menggunakan SMS
  • 85% berminat terhadap perkhidmatan penghantaran pesanan beraneka pengendali seperti 'joyn™', jika dipakejkan pada harga yang berpatutan.

Penyelidikan baharu daripada Acision, peneraju penghantaran pesanan mudah alih global, hari ini mendedahkan bahawa daripada pengguna yang dikaji selidik hampir semua pengguna telefon pintar (95%) di Singapura hari ini menggunakan perkhidmatan penghantaran pesanan berbilang, termasuk aplikasi SMS, MMS dan IM/Over-the-top (OTT). Kebanyakan pengguna tersebut (91%) menyatakan bahawa mereka menggunakan perkhidmatan penghantaran pesanan berbilang sekurang-kurangnya sekali setiap hari.

Penerimaan besar-besaran perkhidmatan penghantaran pesanan IM dan OTT yang baharu ini jelas menunjukkan bahawa pengguna bukan sahaja mengidamkan penyelesaian penghantaran pesanan lebih beraneka untuk memenuhi semua keperluan penghantaran pesanan mereka, malah juga menunjukkan perpecahan dalam pasaran penghantaran pesanan masa kini.

Namun, apabila dipersembahkan dengan maklumat mengenai Perkhidmatan Komunikasi Beraneka GSMA (RCS), berjenama 'joyn™'yang diedarkan oleh pembawa secara global, kebanyakan pengguna yang dikaji selidik (85%) menyatakan minat terhadap perkhidmatan penghantaran pesanan tunggal yang disatukan jika dipakejkan pada harga yang berpatutan. Sambutan positif terhadap inisiatif joyn™ GSMA ini mewakili peluang besar bagi para pembawa untuk memberikan pengalaman penghantaran pesanan yang lebih beraneka dan sentiasa ada yang menggabungkan SMS, MMS, IM, penghantaran pesanan sosial, kumpulan borak, perkongsian fail media dan video pada sebuah platform tunggal.

Memberi komen mengenai keputusan penyelidikan itu, Michael Frausing, Naib Presiden Kanan dan Pengurus Besar Acision Asia Pasifik, menyatakan: "Tabiat penghantaran pesanan para pengguna Telefon Pintar ini digabungkan dengan minat mereka dengan 'joyn', menonjolkan peluang istimewa bagi para pengendali di seluruh rantau itu. Peluang mempercepat pengaturan pengalaman penghantaran pesanan beraneka lancar yang berfungsi secara global merentasi semua komuniti penghantaran pesanan, peranti dan rangkaian sangat menarik bagi para pengguna mereka. Dewasa ini, tiada satu pun perkhidmatan penghantaran pesanan yang berbuat demikian. Jika perkhidmatan penghantaran pesanan yang dipacu pengendali beraneka ini digabungkan proses analisis terhadap data pengguna dan maklumat yang dikumpul daripada rangkaian mereka, maka para pengendali boleh menyediakan nilai tambahan kepada para pelanggan mereka yang diperkukuh oleh platform penghantaran pesanan mereka sendiri bagi memacu pengewangan perkhidmatan dan hasil tambahan yang lebih baik."

Keputusan penting lain daripada kaji selidik itu menunjukkan bahawa mereka yang dikaji selidik:

  • Rakyat Singapura menggunakan perkhidmatan penghantaran pesanan OTT berbanding SMS kerana (tiga sebab utama):
    • Kebolehan menghantar pesanan kepada lebih satu orang atau kumpulan (ciri penghantaran pesanan beraneka) -- 54%
    • Kos (tanggapan bahawa perkhidmatan-perkhidmatan ini adalah percuma) -- 54%
    • Kebolehan berkongsi fail, imej dan video (ciri penghantaran pesanan beraneka) -- 51%
  • Rakyat Singapura akan menggunakan SMS dan bukannya perkhidmatan penghantaran pesanan OTT kerana (tiga sebab utama):
    • Penghantaran pesanan penting -- 48%
    • Keandalan -- 46%
    • Penghantaran pesanan berkaitan perniagaan / kerja -- 41%
  • Keandalan (40%) dan capaian (32%) merupakan dua sebab utama perkhidmatan penghantaran pesanan OTT kadangkala tidak menjadi pilihan para pengguna Singapura.
  • Tidak boleh berkongsi fail, imej dan video (43%) serta kos (40%) merupakan dua sebab utama perkhidmatan penghantaran pesanan SMS kadangkala tidak menjadi pilihan para pengguna Singapura.

Faktor-faktor ini menunjukkan sebab-sebab utama penggunaan sesuatu perkhidmatan penghantaran pesanan berbanding yang lain dan menekankan bahawa para pengguna mempunyai gabungan keperluan merentasi kualiti perkhidmatan, ciri-ciri beraneka penghantaran pesanan dan kos; yang hanya boleh dipenuhi melalui penghantaran pesanan perkhidmatan berbilang.

Mike menyambung: "Penyelidikan tahunan edisi kedua Acision mengesahkan walaupun penggunaan perkhidmatan penghantaran pesanan OTT pada masa kini menyaingi tahap penggunaan SMS, khususnya dalam pasaran Singapura, SMS masih dianggap perkhidmatan yang andal oleh para pengguna bagi memastikan pesanan kritikal dihantar dengan selamat. Penerimaan platform penghantaran pesanan pengguna berbilang ini melalui pelbagai peranti merupakan suatu fenomena global, yang bukan sahaja dikenal pasti dalam kajian kami malah merentasi sumber data penganalisis dan industri. Para pengguna yang mahir teknologi sekarang mahukan 'kelebihan' -- yang hanya boleh dicapai oleh penggunaan perkhidmatan berbilang secara serentak. Dengan arah aliran baharu ini yang kian meningkat dalam pasaran, teknologinya kini tersedia untuk para pengendali melancarkan platform penghantaran pesanan tunggal yang disatukan hari ini. Sebuah perkhidmatan yang memberikan pengalaman penghantaran pesanan lancar kepada para pengguna dan membenarkan mereka mengawal semula revolusi penghantaran pesanan ini."

Jorgen Nilsson, Ketua Eksekutif di Acision menyatakan, "Jika para pengendali bertindak sekarang dengan melancarkan perkhidmatan penghantaran pesanan beraneka atau RCS mereka, mereka boleh membentuk pengalaman perkhidmatan yang menggabungkan semua unsur pengguna dan mempertingkat kepuasan pengguna, jerapan dan penjanaan hasil tambahan melalui tambahan perkhidmatan baharu. Acision berada pada kedudukan yang membolehkannya memainkan peranan peneraju industri bagi mempercepat penyediaan perkhidmatan penghantaran pesanan IP yang beraneka dan memastikan para pengendali mampu menyediakan pengalaman lancar dan unggul kepada semua."

"Platform penghantaran pesanan disatukan Acision menggabungkan kemampuan terkini dengan teknologi masa hadapan, untuk menyediakan perkhidmatan komunikasi yang benar-benar telus,cepat dan mudah untuk diatur, berfungsi merentasi semua platform dan membolehkan para pembawa memenuhi janji mencapai "sesiapa, di mana jua, melalui apa-apa peranti," Nilsson menyimpulkan.

Para penyelidik di Informa Telecoms and Media meramalkan bahawa hasil penghantaran pesanan mudah alih global boleh meningkat sehingga $195.9 bilion menjelang 2016, dengan trafik penghantaran pesanan daripada perkhidmatan baharu ini mungkin sekali berganda dalam tempoh tiga tahun hadapan. Acision menawarkan portfolio yang kukuh untuk produk dan perkhidmatan bagi membantu para pengendali menyesuaikan diri dengan pasaran penghantaran pesanan yang kian berubah dan melancarkan perkhidmatan baharu yang mengubah corak perniagaan.

Mengenai Acision

Sebagai peneraju penghantaran pesanan mudah alih, Acision menghubungkan dunia melalui pemacuan perkhidmatan penghantaran pesanan lancar, yang memperkaya pengalaman komunikasi mudah alih dan mewujudkan peluang baharu untuk para pembawa dan perusahaan di serata dunia. Untuk maklumat lanjut, sila lawati Acision di http://www.acision.com

Penyelidikan Acision

Dikendalikan oleh Vanson Bourne pada April 2013, penyelidikan ini merupakan kaji selidik menyeluruh kedua Acision terhadap landskap penghantaran pesanan mudah alih Singapura. Ia berdasarkan temu ramah dengan 500 pengguna Telefon Pintar di Singapura.

Mengenai Vanson Bourne

Vanson Bourne, sebuah pakar rundingan yang dipacu penyelidikan, menjalankan penyelidikan pengguna dalam konteks teknologi. Syarikat ini menemu ramah pembuat keputusan kanan yang mewakili pelbagai fungsi, merentasi pelbagai industri, dalam pertubuhan yang terkecil hinggalah yang terbesar, dalam pasaran di serata dunia. Para klien Vanson Bourne termasuklah syarikat yang baru bermula dan juga syarikat terkemuka yang memerlukan bimbingan pakar, memberikan analisis berasaskan penyelidikan yang kuat dan andal.

Sumber: Acision

Source: Acision
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Mobile Entertainment Telecommunications Survey, Polls & Research