omniture

Local Motors meneruskan pertumbuhan dengan pelantikan Vikrant Aggarwal sebagai Ketua Pegawai Eksekutif

Local Motors
2021-09-22 22:47 78

Vikrant Aggarwal mengambil alih pucuk pimpinan ketika Olli menunjukkan peningkatan pasaran disebabkan penggunaan komersial di seluruh dunia.

CHANDLER, Arizona, 22 September 2021 /PRNewswire/ -- Local Motors hari ini mengumumkan bahawa Presiden merangkap Ketua Pegawai Operasi, Vikrant Aggarwal dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif syarikat tersebut. Perubahan ini dilakukan ketika Local Motors menunjukkan peningkatan pasaran disebabkan penggunaan komersial global di seluruh dunia terhadap Olli iaitu pengangkutan ulang-alik elektrik autonominya.

Sebelum menyertai Local Motors, Vikrant telah berkhidmat selama dua dekad di Cummins dalam pelbagai jawatan di bahagian kejuruteraan dan kepemimpinan, termasuk dalam kumpulan penjana kuasa dan mobiliti Cummins.  Ketika memimpin kumpulan Inkubasi Inovasi di Cummins, Vikrant bertanggungjawab dalam pembangunan teknologi canggih untuk rangkaian kuasa dan mobiliti.  Pada tahun 2019, Vikrant menyertai Local Motors sebagai Presiden merangkap Ketua Pegawai Operasi. Sebagai Presiden, Vikrant telah meningkatkan pertumbuhan platform Olli 2.0 secara komersial dan juga operasi.

Pada tahun 2021 sahaja, kenderaan Olli telah memberikan ribuan perjalanan yang selamat dalam persekitaran berkelajuan rendah di seluruh dunia. Syarikat ini memberi tumpuan kepada peningkatan pengeluaran bagi memenuhi permintaan dan menyampaikan kenderaan terbanyak dalam sebulan, dalam sejarah syarikat pada bulan Ogos 2021.

Minat terhadap kenderaan autonomi semakin berkembang di seluruh dunia yang menyaksikan undang-undang dan peraturan yang lebih baik serta peningkatan dalam penggunaannya pada kebanyakan keadaan.  Local Motors banyak melakukan pelaburan dalam menerapkan pembelajaran daripada penggunaannya untuk memberikan kenderaan autonomi yang selamat, boleh diakses, adil dan lestari ke pasaran.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Jay atas visi dan keusahawanan beliau. Melalui Local Motors, beliau telah mencabar pemikiran konvensional tentang cara mereka bentuk, membuat dan menggunakan penyelesaian mobiliti baharu. Jay merupakan perintis bagi kilang mikro dan pembuatan digital langsung [Pencetakan 3D] untuk industri automotif. Disebabkan inovasi ini, Local Motors berupaya menghasilkan kenderaan yang dibina khas," kata Vikrant Aggarwal, Ketua Pegawai Eksekutif Local Motors. "Pasukan kami telah membina asas yang hebat dan saya berharap dapat terus mengembang dan meningkatkan syarikat ini ketika kami memasuki fasa pertumbuhan yang seterusnya ini."

John (Jay) B. Rogers, Jr. akan beralih kepada peranan penasihat sebagai Naib Pengerusi Bukan Eksekutif Ahli Lembaga Pengarah.

"Berdasarkan kepemimpinan Vikrant yang hebat sebagai Presiden dan juga Ketua Pegawai Operasi sejak dua tahun yang lalu serta rekod prestasinya dalam mengetuai operasi perniagaan kami, saya tahu bahawa syarikat ini akan berada dalam tangan yang sangat berkebolehan di bawah kepemimpinannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.  Ia adalah hebat untuk melihat kemuncak peralihan ini dan Vikrant merupakan pemimpin yang tepat untuk fasa perjalanan syarikat ini yang seterusnya. Saya teruja untuk membantu menasihati syarikat ini melalui kerjasama rapat dengan Ahli Lembaga Pengarah dan Vikrant," kata Jay Rogers, Pengasas Bersama merangkap Naib Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah.

Tentang Local Motors

Local Motors ialah pembangun terkemuka bagi pengangkutan ulang-alik autonomi yang lengkap.  Olli iaitu platform semasa syarikat yang direka khusus untuk penggunaan berkelajuan rendah memberikan penyelesaian mobiliti yang luar biasa dengan pengalaman penumpang, pilihan dan keselamatan yang terkemuka dalam kelasnya. Dengan memanfaatkan pembuatan digital langsung (Pencetakan 3D) dan kilang mikro, LM dapat mengurangkan kos reka bentuk dan pembuatan serta memperkenalkan kenderaan baharu dalam masa beberapa bulan sahaja dan bukannya bertahun-tahun.

Ketahui lebih lanjut - localmotors.com

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
Kat Dransfield, Naib Presiden Produk dan Pemasaran Produk
+1 (480) 238-4326
kdransfield@local-motors.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/623895/Local_Motors_Logo.jpg?p=medium600  

Source: Local Motors
Keywords: Auto Transportation Corporate Expansion Personnel announcements