omniture

TerraPay bekerjasama dengan MOVii untuk membuka laluan pembayaran rentas sempadan yang lancar kepada penduduk dan diaspora Colombia di seluruh dunia

TerraPay
2021-09-22 22:59 77

THE HAGUE, Belanda, 22 September 2021 /PRNewswire/ -- Sebagai permulaan langkah pertama untuk memasuki wilayah Colombia bagi membolehkan pembayaran digital rentas sempadan, TerraPay, sebuah syarikat infrastruktur pembayaran global hari ini mengumumkan kerjasama strategik dengan MOVii, perkhidmatan dompet mudah alih terkemuka yang membolehkan rakyat Colombia yang mempunyai bank dan tanpa bank melakukan urus niaga kewangan daripada telefon bimbit mereka dengan mudah dan selamat.

Kerjasama ini dirancang mengikut fasa yang sejajar dengan objektif untuk mengubah cara penduduk dan diaspora Colombia di seluruh dunia mengirim dan menerima wang secara digital.

Fasa pertama kerjasama ini akan membolehkan diaspora Colombia yang menetap di negara-negara seperti Amerika Utara, Eropah termasuk di seluruh 153 buah negara rakan penghantaran rangkaian TerraPay untuk memindahkan pembayaran segera kepada keluarga dan rakan-rakan mereka di Colombia melalui pembayaran dompet mudah alih MOVii. Ini membuka peluang tambahan bagi menghubungkan pelanggan rakan dompet mudah alih TerraPay yang berjumlah lebih 500 juta di seluruh dunia dengan dompet mudah alih MOVii di wilayah ini.

Menyusuli pencapaian seterusnya pada bulan-bulan akan datang, TerraPay akan menyatukan platform saling kendali yang serupa untuk membolehkan penduduk Colombia menerima pemindahan wang segera daripada keluarga dan rakan-rakan mereka di seluruh dunia ke dalam pembayaran akaun bank. Rancangan kerjasama strategik ini masih dalam proses. Untuk terus memperkasakan penduduk Colombia untuk berasa bebas dan berdaya tahan, fasa ketiga ini akan membangunkan saluran pemindahan wang keluar ke 79 buah negara rakan penerimaan TerraPay yang kukuh.

Komited untuk mencapai matlamat utama SDG sejajar dengan visi pelabur - IFC untuk 'Menamatkan kemiskinan melampau menjelang tahun 2030' dan 'Meningkatkan kemakmuran bersama', kerjasama ini mendorong penyertaan kewangan, kebebasan dan ketahanan bagi pengguna MOVii berbangsa Colombia seramai 1.7 juta orang - iaitu penduduk dan juga diaspora di seluruh dunia.

Menyentuh tentang pelancaran kerjasama tersebut, Ricardo Madronero, Pengurus Serantau– wilayah LATAM, TerraPay menyatakan, "Kerjasama kami dengan MOVii merupakan usaha permulaan untuk mempercepat peluang yang semakin meningkat bagi kiriman wang daripada diaspora Colombia di seluruh dunia. Enjin saling kendali penanda aras industri TerraPay akan menghubungkan jumlah yang mengagumkan yang melebihi 1.7 juta pengguna dompet mudah alih MOVii untuk menerima dana segera dengan lancar dan boleh dipercayai. Laluan yang menarik di masa hadapan dengan lebih banyak kerjasama seperti ini untuk mempertingkat dan memperkukuh pelbagai hubungan saluran pembayaran dan penggunaan di seluruh dunia."

"Kami berbangga dapat bekerjasama dengan TerraPay dalam memperkasakan lagi pengguna dompet mudah alih sedia ada kami untuk melakukan pelbagai urusan lagi selain daripada urus niaga secara digital. Kini, mereka juga boleh menerima pemindahan wang rentas sempadan dengan segera daripada keluarga mereka yang tinggal di mana-mana negara pengirim dalam rangkaian rakan global TerraPay yang luas. Bagi diaspora, kerjasama ini memudahkan mereka untuk berhubung dengan keluarga dalam urusan penghantaran wang ke negara mereka dengan cara yang mudah dan menjimatkan kos," kata Hernando Rubio, Ketua Pegawai Eksekutif yang juga Pengasas Bersama MOVii.

TerraPay telah memantapkan kedudukan syarikatnya sebagai Rakan Niaga global kepada bank terkemuka, pengendali Pemindahan wang, Pengendali Dompet mudah alih dan Institusi kewangan untuk memudahkan urus niaga digital tanpa sempadan. Sebagai sebuah syarikat B2B, TerraPay bekerjasama dengan perniagaan lain dan membantu mereka memanfaatkan platform teknologinya yang tangkas, selamat dan boleh diskala untuk mempertingkat cadangan pelanggan mereka bagi urusan kiriman wang, pembayaran dan perbelanjaan rentas sempadan. TerraPay dikawal selia di lebih 15 buah negara di seluruh dunia. Antara pasaran utama syarikat ini termasuk; Negara Teluk (GCC); Afrika Utara, Selatan dan Tengah; Eropah dan Asia Tenggara; Amerika Tengah, Utara dan Selatan.

Tentang TerraPay 

TerraPay ialah penyedia penyelesaian dan infrastruktur pembayaran digital berlesen yang meneroka laluan pembayaran global. Asas yang kukuh dan teknologi platform inovatif syarikat ini berfungsi sebagai enjin saling kendali digital yang membolehkan pelanggan dan perniagaan di seluruh dunia untuk menghantar dan menerima pembayaran secara selamat, telus, cekap dan dalam masa nyata. Rangkaian yang tangkas ini menyokong pelbagai instrumen pembayaran dan jenis pembayaran sambil mematuhi peraturan dan piawaian pematuhan yang kompleks di pasaran yang berbeza.

Untuk maklumat lanjut, sila layari terrapay.com

Hubungan Media:
Anwesha Mukherjee,
+91-971-724-1606

Tentang MOVii 

MOVii ialah bank pencabar paling hebat di Colombia yang memberi tumpuan untuk merubah kategori perbankan dengan meningkatkan penyertaan kewangan terhadap golongan yang tidak pernah berada dalam sistem ini dan memberi mereka peluang untuk menguruskan wang mereka seperti yang mereka inginkan melalui aplikasi dan kad.

MOVii sedang bergerak maju dengan cadangan nilai terbaharu yang mudah yang berhubung dengan orang ramai melalui keperluan kewangan dan bertindak balas terhadap kekurangan akses mereka kepada perbankan. Melalui model ini, MOVii diunjurkan akan berkembang hingga mencecah 3 juta pengguna pada tahun 2021 dan menerajui perbankan digital di Colombia.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.movii.com.co

Hubungan Media:
Natalia Garcia Campo
natalia.garcia@moviired.co

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1629781/MOVii_Logo.jpg?p=medium600  
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1222771/TerraPay_Logo.jpg?p=medium600

Source: TerraPay
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Licensing/marketing agreements Financial Technology