omniture

FII Institute Melancarkan Indeks Penyakit Berjangkit Global

FII Institute
2021-09-22 23:43 77

FII Institute melancarkan indeks global unik yang menggunakan teknologi terbaru untuk mengesan penyakit berjangkit dan mengubah cara dunia bertindak balas terhadap krisis masa depan.

Indeks Penyakit Berjangkit Global itu dibangunkan oleh FII Institute melalui kerjasama dengan Accenture dan Metabiota.

Program penyelesaian risiko Metabiota merupakan antara yang pertama menunjukkan jangkitan luar biasa di Wuhan pada bulan Disember 2019.

NEW YORK, 22 September 2021 /PRNewswire/ -- Future Investment Initiative (FII) Institute hari ini melancarkan Indeks Penyakit berjangkit Global; ia menggunakan satu alat kecerdasan buatan (AI) yang direka khas untuk mengesan patogen di seluruh dunia dan menyediakan data utama untuk membantu mempersiapkan dan memerangi penyakit berjangkit. Dicatatkan hampir dengan masa nyata, ia telah dibangunkan melalui kerjasama dengan perintis global dalam penyelesaian risiko penyakit berjangkit iaitu Metabiota dan firma perundingan teknologi terkemuka Accenture. Ia menjejaki sehingga 60 patogen, termasuk patogen yang menyebabkan COVID-19, Denggi dan Campak dan direka untuk meningkatkan kesedaran global tentang penyakit berjangkit termasuklah Tuberkulosis, Malaria dan HIV serta mengurangkan ancaman dan memberikan pandangan berharga untuk memacu pembuatan keputusan.

FII Institute CEO Richard Attias (right) speaks with Democratic Republic of the Congo President Félix-Antoine Tshisekedi Tshilombo about global collaboration on vaccine development at the FII Institute Health is Wealth roundtable in New York today, September 21.
FII Institute CEO Richard Attias (right) speaks with Democratic Republic of the Congo President Félix-Antoine Tshisekedi Tshilombo about global collaboration on vaccine development at the FII Institute Health is Wealth roundtable in New York today, September 21.

FII Institute melancarkan Indeks tersebut secara rasmi di perbincangan Health Is Wealth, yang telah diadakan sebagai acara sampingan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke-76 di New York, dengan kehadiran para pemimpin dunia serta wakil kerajaan dan sektor swasta. Indeks itu kini tersedia secara langsung dalam talian di www.globalinfectiousdiseaseindex.org 

Ketua Pegawai Eksekutif FII Institute, Richard Attias berkata bahawa beliau bangga dengan usaha kolaboratif yang dilakukan untuk memanfaatkan teknologi yang diperlukan untuk menyediakan analisis yang berharga ini. "Pandangan yang akan diberikan oleh Indeks itu akan mempersiapkan kerajaan dan perkhidmatan kesihatan untuk membuat keputusan berdasarkan maklumat yang akan membantu umat manusia," kata beliau. "Ia menghapuskan kerumitan data penyakit berjangkit dan memberi pandangan global yang mudah dan intuitif."

Indeks itu unik kerana ia akan menyediakan data bebanan penyakit endemik dan data ancaman penyakit epidemik dalam satu platform. Ia merangkumi lima penyakit endemik global yang paling berbahaya, di seluruh 204 buah negara dan wilayah serta menjejaki sehingga 60 patogen termasuklah Virus Korona. Data bersepadu juga merangkumi negara-negara yang tersenarai dalam Perbelanjaan Penjagaan Kesihatan Tertinggi (sebagai peratusan KDNK), jumlah orang setiap negara yang telah divaksin bagi setiap penyakit dan maklumat mendalam tentang profesional dan perkhidmatan perubatan.

Yang memimpin pembangunan Indeks tersebut ialah Pengarah THINK FII Institute dan Pemenang Hadiah Nobel, Lameen Abdul-Malik, yang menyatakan bahawa terdapat keperluan untuk menangani penyakit berjangkit yang membebankan negara-negara, ekonomi dan individu. "Data daripada indeks itu sepatutnya memberikan maklumat yang mendalam untuk membantu negara-negara merancang lebih awal untuk mengurangkan kesan pandemik di masa hadapan serta menangani penyakit endemik bagi membantu populasi mereka menjalani kehidupan yang lebih sihat dan lebih panjang," katanya. "Penyelesaian yang sedang dibangunkan untuk memerangi COVID-19 perlu dimanfaatkan untuk menangani ancaman penyakit berjangkit lain yang telah menjadi masalah selama bertahun-tahun."

Nota kepada editor: Untuk maklumat lanjut dan lembaran fakta tentang Indeks Penyakit Berjangkit Global, sila hubungi FII Institute. Perwakilan kami juga tersedia untuk temu bual media.

Tentang FII Institute (Future Investment Initiative Institute)

FII Institute ialah sebuah yayasan global bukan berkeuntungan dengan cabang pelaburan dan satu agenda: Impak Terhadap Kemanusiaan. Komited terhadap prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG), kami memupuk minda paling pintar dan mengubah idea menjadi penyelesaian dunia nyata dalam lima bidang fokus: Kecerdasan Buatan dan Robotik, Pendidikan, Penjagaan Kesihatan dan Kelestarian.

Kita berada pada kedudukan yang tepat pada masa yang tepat – apabila pembuat keputusan, pelabur dan generasi belia yang terlibat bersatu dalam aspirasi, bertenaga dan bersedia untuk perubahan. Kami memanfaatkan tenaga tersebut ke dalam tiga teras – THINK, XCHANGE, ACT – dan melabur dalam inovasi yang membawa perubahan kepada kehidupan di seluruh dunia.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1630968/FII_Institute_Roundtable.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1630846/FII_Institute_Logo.jpg?p=medium600 

www.Fii-institute.org 

Hubungan media: media@fii-institute.org 

 

 

Source: FII Institute
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Health Care/Hospital Infectious Disease Control New products/services Not for profit Data Analytics