omniture

Neopets Melancarkan Koleksi NFT Pertamanya - Koleksi Metaverse Neopets

Neopets
2021-09-23 00:18 75

EL SEGUNDO, California, 23 September 2021 /PRNewswire/ -- Neopets teruja untuk mengumumkan perkongsian dengan Raydium, pembuat pasaran automatik (AMM) dan landasan pelancar yang dikuasakan oleh Solana, untuk membawakan satu koleksi NFT berdasarkan watak-watak daripada sejarah dan pengetahuan Neopia selama 20 tahun.  Komuniti Neopets yang lebih besar kini akan mempunyai akses kepada memorabilia digital daripada jenama mereka yang sayangi.

Neopets Launches its First NFT Collection – The Neopets Metaverse Collection (CNW Group/Neopets)
Neopets Launches its First NFT Collection – The Neopets Metaverse Collection (CNW Group/Neopets)

"Sepanjang tempoh 20 tahun yang lalu, hampir 100 juta orang telah melibatkan diri dengan watak-watak Neopets dalam permainan tersebut serta melalui barang dagangan dan barangan berjenama yang lain.  Memperluaskan NFT memberi peluang kepada pengguna serta pengumpul NFT untuk menikmati dan memiliki sebahagian daripada sejarah Neopets" kata Jim Czulewicz, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif JumpStart Games, Inc., syarikat yang memiliki Neopets."Bagi kami, ini merupakan satu lagi peluang untuk mengembangkan jenama ini ke pasaran baharu dan kepada pengguna baharu dalam format yang moden dan dihargai."

Pengumpul dan peminat akan berpeluang untuk memperoleh salah satu daripada 20,500 NFT Neopets yang sama unik dan dihasilkan secara algoritma dengan latar belakang, aset, pakaian dan personaliti yang berubah-ubah – 7 kategori sifat yang berbeza.  Tarikh pelancaran rasmi akan dikongsi apabila semakin dekat tetapi jangkaannya adalah pada awal hingga pertengahan bulan Oktober.

Neopets berasa gembira dapat bekerjasama dengan DropZone Raydium sebagai salah satu yang pertama berada di platform tersebut.  DropZone Raydium ialah satu inisiatif Raydium untuk mempromosikan pertumbuhan NFT pada Solana sambil menyokong pasukan projek seperti Neopets dengan infrastruktur yang diperlukan untuk melancarkan koleksi tersebut.

Tentang Neopets
Dimiliki oleh JumpStart® Games, peneraju dalam mewujudkan pengalaman keluarga interaktif yang menghibur dan mendidik. JumpStart® mencipta permainan dan pengalaman mudah alih dan multi-pemain di bawah jenama utamanya - JumpStar®, Jumpstart Academy®, School of Dragons®, Zoo Guardians® and Math Blaster®. Selama lebih daripada 20 tahun, Neopets telah membolehkan pengguna mencipta dan menjaga haiwan peliharaan digital yang dikenali sebagai "Neopets" di samping meneroka dunia maya Neopia dan berkongsinya dengan rakan-rakan dan komuniti mereka pada penyemak imbas web atas meja dan mudah alih. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.neopets.com

Tentang Raydium
Raydium ialah pembuat pasaran automatik (AMM) yang dibina pada blok rantai Solana yang memanfaatkan tempahan pesanan pusat bursa bagi pertukaran tidak berpusat Serum (DEX) untuk membolehkan perdagangan pantas kilat, kecairan bersama dan ciri-ciri baharu bagi memperoleh hasil. DropZone ialah satu inisiatif oleh Raydium untuk mempromosikan pertumbuhan NFT pada Solana di samping menyokong pasukan projek dengan infrastruktur yang diperlukan untuk melancarkan koleksi baharu. DropZone akan berfungsi sebagai landasan pelancar untuk projek NFT Solana yang paling popular untuk meningkatkan modal, mengedarkan koleksi NFT dengan lancar dan membina komuniti mereka.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1631732/Neopets_Neopets_Launches_its_First_NFT_Collection___The_Neopets.jpg?p=medium600

 

Kassandra O'Brien, kobrien@chizcomm.com

 

Source: Neopets
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Entertainment Household/Consumer/Cosmetics Multimedia/Online/Internet New products/services Blockchain