omniture

CHIMEI Selesaikan Penghantaran Butadiena Neutral-karbon Pertama Dunia

CHIMEI
2021-09-23 02:36 186

TAIPEI, 23 September 2021 /PRNewswire/ -- Demi merealisasikan visi alam sekitar "Bersih & Hijau" dan selaras dengan trend global menuju pengurangan dan keneutralan karbon, CHIMEI Corporation menyelesaikan penghantaran butadiena neutral-karbon yang pertama di dunia bersama pembekal butadienanya Braskem. Penghantaran ini meninggalkan Brazil dengan kapal tangki Clipper Hermod dan tiba dengan selamat di Pelabuhan Anping pada 7 Ogos lalu.

Penghantaran kargo butadiena CHIMEI membebaskan kira-kira 1,819 tan metrik CO2e dan emisi ini diimbangi melalui penarikan kredit. Kredit diperoleh melalui REDD+ (Pengurangan Emisi daripada Pembasmian Hutan dan Kemerosotan Hutan) -- progran perlindungan hutan antarabangsa yang terbesar di dunia yang disokong oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sementara kredit disahkan oleh Verra, sebuah pertubuhan bukan untung yang memberi piawaian kredit karbon yang utama di dunia, VCS (Piawaian Karbon Disahkan), Program perlindungan hutan antarabangsa REDD+ untuk Kawasan Simpan Biodiversiti Rimba Raya di Indonesia menyokong untuk mengurangkan emisi daripada pembasmian hutan dan kemerosotan hutan serta telah membantu melindungi hutan paya gambut seluas 65,000 ekar di dalam kawasan simpan daripada pembasmian hutan. Program ini dianggarkan dapat mengurangkan emisi karbon sebanyak lebih 130 juta tan metrik secara keseluruhan. Dengan menyumbang kepada projek ini, CHIMEI menunjukkan keazamannya untuk mencipta masa depan rendah karbon dan lestari.

CHIMEI sentiasa menganggap perlindungan terhadap alam sekitar sebagai satu keutamaan, dengan mendukung visi "Bersih & Hijau", syarikat ini komited untuk mencari jalan yang inovatif untuk menggalakkan pembuatan mesra alam dan mengurangkan kesan negatif ke atas alam sekitar. CHIMEI juga berusaha dengan aktif untuk bekerjasama dengan rakan kongsi, pembekal dan pelanggan untuk menyumbang ke arah kelestarian alam sekitar. Menggunakan pengimbangan berasaskan alam semula jadi bukan sahaja menonjolkan tumpuan mantap CHIMEI terhadap ESG, tetapi juga menunjukkan perhatian dan usahanya yang belum pernah dibuat sebelum ini terhadap isu global emisi sifar-bersih.

Latar Belakang CHIMEI 

CHIMEI ialah sebuah syarikat bahan prestasi berpangkalan di Taiwan yang mereka bentuk dan mengeluarkan bahan polimer termaju, getah sintetik dan bahan kimia khusus. Syarikat-syarikat global mencari CHIMEI untuk mencapai peningkatan prestasi produk yang diinginkan oleh mereka dan dalam masa yang sama meminimumkan impak mereka terhadap alam sekitar.

Sejak penubuhannya, CHIMEI telah mengusahakan Xingfu: Kesejahteraan Melalui Sumbangan, prinsip yang menyumbang kepada masyarakat yang menjurus kepada kejayaan dan pencapaian. Kepercayaan ini telah membimbing CHIMEI sejak hari pertama lagi untuk menumpukan segala usaha terhadap kebaikan yang lebih besar

Ketahui bagaimana CHIMEI membantu perniagaan meletakkan matlamat yang lebih tinggi dan meningkatkan tanggungjawab globalnya di www.chimeicorp.com.

Source: CHIMEI
Keywords: Alternative Energies Chemical Environmental Products & Services Green Technology Maritime/Shipbuilding Oil/Energy Transportation Utilities