omniture

CGTN: Gala Festival Pertengahan Musim Luruh 2021 CMG gabungkan kemodenan dan tradisi

CGTN
2021-09-23 04:03 132

BEIJING, 23 September 2021 /PRNewswire/ -- Festival Pertengahan Musim Luruh jatuh pada hari ke-15 dalam bulan lunar kelapan yang mana tahun ini jatuh pada tanggal 21 September. Gala Festival Pertengahan Musim Luruh 2021 China Media Group (CMG) disiarkan di luar negara buat julung kalinya pada malam Selasa, bermula jam 8:00 malam (BJT).

Perayaan audiovisual ini diadakan di Taman Tanah Lembap Tasik Xingyue di Xichang, ibu kota Wilayah Autonomi Liangshan Yi di Wilayah Sichuan, barat daya China. Lokasi ini dipilih untuk memberi penghormatan kepada mereka yang telah menyumbang kepada industri aeroangkasa China memandangkan bandar tersebut juga merupakan tempat letaknya Pusat Pelancaran Satelit Xichang.

Acara ini turut mempersembahkan budaya dan adat etnik Yi China.

Sebuah kumpulan muzik "bergaya China", Zide Guqin Studio – yang telah menjadi terkenal di media sosial Cina kerana bermain alat muzik tradisional Cina dengan cara baharu – mempersembahkan lagu klasik "Wishing We Last Forever" bersama pelakon Liu Shishi dan Jing Boran. Penghibur Peking Opera yang terkenal Wang Peiyu dan Zheng Qiyuan menyanyikan lagu "Great Beauty" bersama-sama sebagai sebahagian daripada perayaan ini.

Ketika berlangsungnya gala, penonton dihiburkan dengan kombinasi antara muzik pop dan budaya tradisional Cina termasuk simfoni dengan gaya etnik Yi. Penonton dari seluruh dunia dipersembahkan dengan pemandangan alam semula jadi Liangshan yang indah serta landskap budaya etnik Yi yang mana lagu rakyat diturunkan secara turun temurun dari satu generasi ke generasi lain dan mencerminkan semangat Yi yang lama dan baharu.

Pengacara CMG Kang Hui, Sa Beining dan lain-lain turut mengadakan persembahan hebat yang berjudul "The Ordinary Road."

Selain daripada penyanyi dan pelakon, gala ini turut mengundang beberapa tetamu istimewa. Antaranya ialah juara kuadrupel dayung skull wanita Sukan Olimpik Tokyo 2020 Chen Yunxia, Zhang Ling, Lv Yang dan Cui Xiaotong serta juara luncur laju Sukan Olimpik Musim Sejuk Sochi 2014 Zhang Hong, yang menyanyikan lagu "Running to You with All My Heart."

Chen Yunxia, Zhang Ling, Lyu Yang dan Cui Xiaotong memenangi pingat emas dalam peringkat akhir kuadrupel skull acara dayung wanita pada 28 Julai 2021, mendayung menuju kemenangan dengan 6:05.13 di hadapan Pasukan Poland (6:11.36) dan Pasukan Australia (6:12.08), masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga di Sea Forest Waterway di Tokyo Bay.

Penampilan para atlet Sukan Olimpik Cina mengingatkan orang ramai dengan hari mereka memenangi pingat emas, membawa suasana pesta malam ke tahap baharu. Kehadiran juara luncur laju Sukan Olimpik Musim Sejuk 2014 Zhang Hong turut mengingatkan orang ramai bahawa Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 sudah hampir.

Ketika malam semakin melabuhkan tirainya, Zhou Shen, penyanyi Cina dengan suara yang merdu, menghiburkan penonton. Zhou sangat terkenal dengan lagu beliau "Big Fish." Lagu ini telah dinyanyikan semula berkali-kali oleh penyanyi di dalam dan luar negara. Menerusi program Music Voyage CMG yang dilancarkan awal tahun ini, penyanyi British Katie Sky yang terkenal dengan lagu popular beliau "Monsters," menyampaikan ucapan kepada peminat muzik Cina secara maya dan berkongsi lagu yang dinyanyikan semula oleh beliau "Big Fish" Zhou Shen semasa festival muzik ini.

Xichang sentiasa menjadi tapak yang penting dalam industri angkasa China. Dengan kejayaan misi Shenzhou-12, industri angkasa China telah membuka lembaran baharu. Semasa berlangsungnya gala ini, tiga angkasawan Cina atau 'taikonaut', iaitu Nie Haisheng, Liu Boming dan Tang Hongbo, turut menyampaikan ucapan mereka kepada penonton melalui video.

Zhou menyanyikan sebuah lagu mengenai angkasa dan bintang bagi memberi penghormatan kepada wira-wira industri ini.

Gala ini, bertemakan perjumpaan, teknologi, unsur dan budaya Cina, berakhir dengan persembahan lagu serta tarian yang kreatif. Teknologi canggih seperti realiti imbuhan digunakan untuk mencipta pengalaman yang imersif buat penonton. Sementara itu, realiti maya dan kecerdasan buatan digunakan bagi membawakan perayaan visual kepada penonton.

https://news.cgtn.com/news/2021-09-21/CMG-s-2021-Mid-Autumn-Festival-Gala-combines-modernity-and-tradition-13K4ISRneAU/index.html 

 

Source: CGTN
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Broadcast feed announcements