omniture

Kem Pembangun Remaja & Bengkel Guru Jalur dan Jalan ke-5 dilancar secara rasmi

Children & Youth Science Center of CAST
2021-09-23 05:59 126

BEIJING, 23 September 2021 /PRNewswire/ -- Diadakan mulai September hingga November 2021, Kem Pembangun Remaja & Bengkel Guru (Teenager Maker Camp & Teacher Workshop) Jalur dan Jalan ke-5 ditaja bersama oleh China Association for Science and Technology (CAST), Kementerian Sains dan Teknologi Republik Rakyat China (MOST), Kerajaan Rakyat Perbandaran Chongqing dan Kerajaan Rakyat Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, menerusi sokongan padu daripada IAP SEP, ECOSF, NASAC, ALECSO serta ANSO. Kem ini merupakan aktiviti pertukaran antarabangsa percuma yang dibuka kepada pelajar-pelajar daripada sekolah menengah rendah dan sekolah menengah atas serta para guru. Acara besar-besaran ini terdiri daripada pelbagai jenis aktiviti dalam talian yang menarik seperti kursus sains dalam talian, forum pendidikan sains, ceramah oleh para saintis, siaran langsung oleh universiti Cina, sekolah menengah dan institut penyelidikan, bengkel sains dan pertunjukan sains, penyiaran pelancaran roket dan persembahan kebudayaan dari negara-negara berbeza. Laman sesawang rasmi acara ini ialah https://2021.brmakercamp.cyscc.org.cn

 

Source: Children & Youth Science Center of CAST
Keywords: Computer/Electronics Education Higher Education Internet Technology Telecommunications STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)