CHENGDU, China, 23 September 2021 /PRNewswire/ -- Singapura menjadi Negara Tetamu Kehormat (GCH) di Pameran Antarabangsa China Barat (WCIF) ke-18 yang diadakan di Chengdu, Sichuan mulai 16-20 September, di bawah tema "Era Baharu China, Peluang Baharu untuk China Barat". Acara ini dijangka dapat menarik minat lebih 50,000 pempamer dan pengunjung dari 66 negara dan wilayah yang hadir ke tapak pameran atau secara dalam talian. Sejak perasmiannya pada tahun 2000, WCIF telah berjaya diadakan sebanyak 17 kali. Sepanjang 17 sesi terdahulu, sejumlah 12,000 perjanjian pelaburan telahpun ditandatangani dan kawasan pameran terkumpul melebihi 2 juta meter persegi dengan lebih daripada 60,000 pempamer. Justeru itu, WCIF bertindak sebagai enjin ekonomi yang mantap untuk mendorong pembangunan yang berkualiti tinggi di China barat.
Singapura ialah negara Asia Tenggara pertama yang menjadi GCH di WCIF. Ini menunjukkan bahawa Wilayah Sichuan meletakkan kepentingan yang besar terhadap pengantarabangsaan dan mengetengahkan hasrat wilayah ini untuk meninjau peluang kerjasama dengan negara-negara Asia Tenggara. Ini juga menunjukkan persahabatan yang mendalam antara Singapura dan Wilayah Sichuan.
Di Majlis Perasmian WCIF ke-18, Dr Tan See Leng, Menteri untuk Tenaga Manusia & Menteri Kedua untuk Perdagangan dan Industri Republik Singapura telah diberi kepercayaan oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong untuk menyampaikan ucapan video, lantaran impak pandemik COVID-19. En. Lui Tuck Yew, duta Singapura ke China, memimpin delegasi untuk menghadiri pameran tersebut. Pada 17 September, wakil daripada Penguasa Pembangunan Media Infokomunikasi (IMDA) Singapura berucap di Forum Antarabangsa China Barat mengenai Aplikasi dan Kerjasama Ekonomi Digital 2021. Pada hari yang sama, Singapura dan Sichuan bersama-sama menjadi tuan rumah bagi mesyuarat Jawatankuasa Perdagangan dan Pelaburan Singapura-Sichuan (SSTIC) ke-22 yang diadakan melalui telesidang-video.
Singapura telah memberi perhatian yang teliti terhadap pembangunan China barat. SSTIC, salah satu jawatankuasa ekonomi dan perdagangan terawal yang ditubuhkan antara wilayah Singapura dan Cina, telahpun ditubuhkan di Chengdu dan Taman Inovasi Teknologi Tinggi Singapura-Sichuan merupakan antara pencapaian yang paling signifikan. Menuju ke hadapan, Singapura dijangka akan memperkukuh kerjasama dan pertukaran bersama Chengdu dan Chongqing dalam bidang teknologi tinggi serta pengajian tinggi.