omniture

CCTV+: Gala Festival Pertengahan Musim Luruh CMG persembahkan perayaan visual luar biasa

CCTV+
2021-09-23 06:06 126

BEIJING, 23 September 2021 /PRNewswire/ -- Gala Festival Pertengahan Musim Luruh China Media Group (CMG) yang amat dinanti-nantikan telahpun disiarkan pada Selasa malam, mempersembahkan perayaan visual yang luar biasa kepada penonton global dengan hampir 30 persembahan artistik yang indah.

Gala ini terdiri daripada tiga bahagian, menawarkan campuran antara unsur tradisional dan teknologi canggih, bagi mempersembahkan gambaran panoramik budaya dan sejarah Cina. Ia disiarkan secara serentak di luar negara buat julung kalinya.

Bahagian pertama gala ini, bertema "Bulan terbit sempena Pertengahan Musim Luruh," menarik minat audiens dengan pebagai unsur budaya tradisional Cina. Ini termasuk lagu-lagu puisi tradisional Cina mengenai Festival Pertengahan Musim Luruh dan lagu-lagu moden yang diintegrasikan dengan gaya tradisional Cina bagi menunjukkan rasa cinta terhadap negara dan keluarga serta lagu-lagu yang memuji pengejar impian.

Bahagian kedua, bertemakan "Bulan dan Kampung Halaman" melibatkan 12 buah lagu untuk menunjukkan nostalgia orang ramai, sentimen yang telah berakar umbi dalam semangat bangsa dan cinta kepada tanah air. Dalam bahagian ini, sebuah lagu berjudul "Nostalgia" memperlihatkan kerinduan setiap orang Cina.

Bertemakan "bulan purnama dan realisasi impian," bahagian ketiga daripada gala TV ini termasuk persembahan nyanyian dan tarian serta kehadiran juara-juara Sukan Olimpik serta hadiah dari angkasa.

Gala tiga bahagian ini dirakamkan pada awal bulan ini di Xichang, ibu kota Wilayah Autonomi Liangshan Yi di Wilayah Sichuan, barat daya China dan tempat letaknya Pusat Pelancaran Satelit Xichang dan dipersembahkan di pentas 360-darjah, yang terbesar seumpamanya dalam sejarah acara ini.

Pentas utama diinspirasikan oleh Big Dipper, buruj dengan tujuh bintang yang paling terang daripada buruj yang lebih besar Ursa Major dan sistem satelit navigasi global milik China, BeiDou, dinamakan bersempena asterisme Big Dipper, melambangkan harapan terbaik untuk kebahagiaan, penyatuan semula, persahabatan dan kewujudan bersama.

Menampilkan unsur angkasa, ia menyoroti individu yang telah menumpukan perhatian mereka terhadap pembangunan industri aeroangkasa China.

Memandangkan gala ini mula disiarkan secara langsung oleh China Central Television (CCTV) pada tahun 1991, ia teah menjadi sangat popular dalam kalangan diaspora Cina dan kini merupakan salah satu rancangan televisyen perayaan yang paling popular dengan ratusan juta penonton tahunan di seluruh dunia.

Festival Pertengahan Musim Luruh jatuh pada hari ke-15 dalam bulan ke-8 kalendar lunar Cina iaitu tanggal 21 September pada tahun ini.

Pautan: https://youtu.be/f3pnOi7aaXc

Source: CCTV+
Keywords: Art Entertainment Internet Technology Publishing/Information Service Telecommunications Television