omniture

CCTV+: Sorotan ucapan Presiden Xi mengenai impian Cina

CCTV+
2021-09-23 20:32 57

BEIJING, 23 September 2021 /PRNewswire/ -- Festival Pertengahan Musim Luruh, iaitu hari ke-15 dalam bulan kelapan kalendar lunar Cina, jatuh pada hari Selasa tahun ini. Tahun 2021 merupakan ulang tahun ke-100 penubuhan Parti Komunis China (CPC) dan banyak pencapaian yang telah dilakar sepanjang abad yang lalu dalam merealisasikan penggiatan semula bangsa Cina juga berhak mendapat perayaan besar-besaran.

China telah menetapkan beberapa matlamat utama untuk menjadikan Impian Cina terhadap penggiatan semula negara suatu kenyataan. Mengungguli senarai ini ialah dua matlamat sekurun: untuk "membina masyarakat yang agak sejahtera dalam segenap aspek" menjelang tahun 2021 di sambutan keseratus tahun CPC untuk "membina sebuah negara sosialis moden yang makmur, kuat, demokrasi, maju dari segi budaya dan harmoni" menjelang tahun 2049, ulang tahun keseratus Republik Rakyat China.

"Kami telah merealisasikan matlamat ulang tahun keseratus yang pertama untuk membina sebuah masyarakat yang agak sejahtera dalam segenap aspek," seperti yang dinyatakan oleh Presiden Xi di majlis besar-besaran bagi menyambut ulang tahun ke-100 penubuhan CPC di Beijing pada 1 Julai 2021.

Presiden Xi yang mula-mula mengemukakan konsep "impian Cina" apabila beliau melawat pameran "The Road Toward Renewal" ("Jalan Menuju Pembaharuan") di Beijing pada 29 November 2012.

"Satu impian yang besar tidak akan dapat menjadi kenyataan dengan menunggu atau melaungkan slogan; ia direalisasikan dengan kerja keras serta kegigihan." Inilah apa yang dikatakan oleh Presiden Xi di perhimpunan agung bagi menyambut ulang tahun ke-40 pembaharuan dan pembukaan negara di Beijing pada 18 Disember 2018.

"Sejarah China merupakan sejarah perjuangan bangsa Cina dalam membasmi kemiskinan. Pembasmian kemiskinan ialah impian yang telah lama dihargai oleh warga Cina." Inilah apa yang dikatakan oleh Presiden Xi di perhimpunan agung di Beijing bagi meraikan kejayaan pembasmian kemiskinan negara ini dan memberi penghormatan kepada pejuang kemiskinan model pada 25 Februari 2021.

"Mengimbau kembali laluan yang telah kami tempuhi dan melangkah ke hadapan menuju perjalanan yang terbentang di hadapan, pastinya dengan kepimpinan teguh Parti dan perpaduan hebat penduduk Cina daripada semua kumpulan etnik, kami akan dapat mencapat matlamat untuk membina sebuah negara sosialis moden yang hebat dalam segenap aspek dan memenuhi Impian Cina terhadap penggiatan semula negara." Inilah apa yang dikatakan oleh Presiden Xi di majlis yang meraikan ulang tahun keseratus CPC.

Pautan: https://www.youtube.com/watch?v=fiHJ63Qs6EM

 

Source: CCTV+
Keywords: Internet Technology Publishing/Information Service Telecommunications