omniture

STL lancar Accellus - penyelesaian lengkap jalur lebar gentian dan tanpa wayar 5G

Sterlite Technologies Ltd. (STL)
2021-09-24 14:38 28

DALLAS, 24 September 2021 /PRNewswire/ -- STL (NSE: STLTECH), penyepadu rangkaian digital terkemuka dalam industri, hari ini melancarkan Accellus, penyelesaian utamanya untuk rangkaian boleh diprogramkan, terbuka dan sedia 5G. Barisan produk baharu ini meningkatkan kedudukan STL sebagai penyedia penyelesaian terbaharu untuk rangkaian Access dan Edge. Sepanjang 5 tahun yang lalu, STL telah melabur dalam R&D untuk memperluas keupayaannya dalam rangkaian bertumpu berasaskan jalur lebar gentian optik dan Rangkaian Akses Radio Terbuka (RAN Terbuka). 

Accellus
Accellus

Apabila permintaan data meningkat serta penggunaan lanjutan terhadap IoT, AI dan pengalaman mendalam berlaku, maka rangkaian digital perlu mengutamakan penyampaian lebar jalur ultra tinggi, kependaman rendah dan cerdas. RAN Terbuka membolehkan evolusi besar-besaran ini menjimatkan kos dengan berkesan. 

Accellus STL dibangunkan pada seni bina radio optik bertumpu yang terkemuka dalam industri ini. Syarikat ini menjangkakan penerimagunaan global bagi penyelesaian ini akan dipercepat pada kadar 250% tahun ke tahun (YOY), mendorong jumlah kos pemilikan (TCO) untuk para pelanggan dan margin kasar untuk para pemegang saham yang lebih baik. Accellus akan membolehkan empat manfaat teras kepada pencipta rangkaian - operasi yang tangkas dan boleh diskala, masa ke pasaran yang lebih pantas, TCO yang lebih rendah dan rangkaian yang lebih hijau.

Accellus akan memimpin peralihan industri daripada produk proprietari bersepadu yang ketat hingga vendor berkecuali serta penyelesaian rangkaian tanpa wayar & gentian bertumpu yang boleh diprogramkan. Ia menawarkan penyelesaian bertumpu tanpa wayar dan berasaskan gentian:

  1. Radio berbilang jalur 5G: Portfolio radio RAN Terbuka yang komprehensif dengan radio makro jalur tunggal dan berbilang. Dibangunkan bersama melalui kerjasama dengan Facebook Connectivity untuk membina ketersediaan umum terhadap radio berasaskan RAN Terbuka
  2. Sel kecil dalaman: Penyelesaian sel kecil 5G dalaman yang amat cekap tenaga dan patuh O-RAN dengan pemprosesan tahap 1 yang penting
  3. Penyelesaian Akses Wi-Fi 6: Penyelesaian radio Wi-Fi 6 luaran yang menyediakan kesalinghubungan awam kelas pembawa dalam persekitaran yang padat
  4. RAN Intelligent Controller (RIC): Sistem operasi untuk 5G RAN Terbuka yang membolehkan ekosistem RAN Terbuka menggunakan aplikasi pihak ketiga untuk penambahbaikan operasi dan penjimatan kos
  5. FTTx Boleh Diprogramkan (pFTTx) : Penyelesaian komprehensif yang membawa rangkaian yang ditentukan perisian dan boleh diprogramkan kepada rangkaian FTTH, perniagaan & tapak sel (FTTx) berskala besar

Mengulas tentang pelancaran Accellus, Philip Laidler, Rakan Kongsi merangkap Pengarah Perundingan STL Partners berkata: "Salah satu matlamat gabungan O-RAN ialah untuk memperluas ekosistem RAN dan menggalakkan inovasi daripada firma teknologi dengan lebih meluas di seluruh dunia. Pengumuman STL baru-baru ini menjadi petunjuk terkini bahawa matlamat ini sedang dipenuhi."

Mengulas tentang pelancaran Accellus, Chris Rice, Ketua Pegawai Eksekutif Penyelesaian Access STL berkata: "Rangkaian 5G dan FTTx terpisah berdasarkan piawaian terbuka semakin menjadi kelaziman untuk pelancaran kawasan belum dimajukan & kawasan bandar yang telah dimajukan. Rangkaian ini memerlukan kebolehskalaan & ketangkasan yang tiada tandingan, yang boleh dicapai melalui seni bina terbuka dan boleh diprogramkan. Accellus STL akan membuka peluang perniagaan kepada pelanggan kami dan memberikan pengalaman digital yang luar biasa di seluruh dunia."

Tentang STL 

STL ialah penyepadu rangkaian digital terkemuka dalam industri yang membantu syarikat telekomunikasi, syarikat awan, rangkaian warga dan syarikat perusahaan besar menyampaikan pengalaman yang dipertingkat kepada para pelanggan mereka. Baca lebih lanjut, Hubungi kami.

stl.tech |Twitter | LinkedIn | YouTube

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1487636/STL_Logo.jpg?p=medium600  

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1632208/Accellus.jpg?p=medium600

 

 

Source: Sterlite Technologies Ltd. (STL)
Related Stocks:
Bombay:532374 Bombay:STLTECH.BO India:EQSTLTECH India:STLTECH India:STLTECH.NS
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Wireless Communications New products/services