omniture

Comviva melancarkan MobiLytix™ Marketing Studio generasi seterusnya

Comviva
2021-09-24 15:45 24

Pelancaran Platform Pemasaran saluran omni dipacu AI generasi seterusnya dengan penyelesaian pemasaran digital serta kesetiaan & ganjaran baharu yang dipertingkat 

NEW DELHI, 24 September 2021 /PRNewswire/ -- Comviva, peneraju global dalam penyelesaian mobiliti, hari ini mengumumkan keupayaan baharunya yang menarik bagi membantu Penyedia Perkhidmatan Komunikasi (CSP) menyampaikan pengalaman pelanggan yang diperibadikan pada skala besar serta memacu pertumbuhan.

Pelancaran baharu ini menandakan pemecutan langkah industri Telekomunikasi ke arah suatu platform bersepadu berpandukan teknologi yang digunakan untuk mengendalikan penglibatan digital dan nilai sepanjang hayat pelanggan - yang telah pun menjadi pengubah utama dalam industri lain.

Pengumuman penyelesaian baharu ini merangkumi:

  • Pelancaran MobiLytixTMMarketing Studio generasi seterusnya – portfolio penyelesaian pemasaran bersepadu yang merangkumi Pemasaran Masa Nyata, Pemasaran Digital, meja kerja Ganjaran & AI (AIX)
  • Pengenalan penyelesaian MobiLytixTM Digital Marketing - platform automasi penglibatan pelanggan untuk saluran digital
  • Pengukuhan utama penyelesaian MobiLytixTMRewards - platform untuk menyampaikan program kesetiaan dan ganjaran yang menarik kepada pengguna akhir, perusahaan dan pekerja.

Platform MobiLytixTM Marketing Studio Comviva yang baharu ini menyediakan keupayaan sehenti kepada Penyedia Perkhidmatan Komunikasi (CSP) untuk melaksanakan program pemasaran saluran omni berimpak tinggi bagi meningkatkan pendapatan dan nilai sepanjang hayat pelanggan. Dengan penyelesaian Digital Marketing (Pemasaran Digital) baharu, platform Ganjaran dan kesetiaan yang diperkukuh, AI dibuktikan hasil dan keupayaan produk Pemasaran Masa Nyata, platform Comviva baharu ini memperkasakan perniagaan untuk mengawal sepenuhnya penglibatan pelanggan di seluruh kitaran hayat dan memberikan pengalaman digital masa nyata yang mempunyai kelainan pada skala yang besar.

Mengulas tentang pencapaian ini, Manoranjan 'Mao' Mohapatra, Ketua Pegawai Eksekutif Comviva berkata, "Strategi kami untuk memanfaatkan pengalaman digital yang diperibadikan pada skala besar memberikan nilai dan pertumbuhan yang amat menakjubkan kepada para pelanggan kami. Saya amat teruja untuk mengumumkan pelancaranMobiLytix™ Marketing Studio generasi seterusnya yang menyampaikan pengalaman digital dipacu AI dengan lancar kepada pelanggan di seluruh saluran. Ini adalah masa yang menarik dan kami berbangga dapat menjadi peneraju pembentukan agenda pengalaman pelanggan terbaik dalam industri."

Amit Sanyal, Naib Presiden Eksekutif & Ketua Pegawai Operasi Penyelesaian Nilai Pengguna Comviva berkata, "Menyampaikan pengalaman digital kontekstual yang diperibadikan dalam masa nyata dan pada skala besar merupakan kejayaan seterusnya bagi para pemasar. Kami gembira dapat mengambil langkah ke hadapan dalam hala tuju ini. Dengan MobiLytix™ Marketing Studio, kami mewujudkan keupayaan dan penanda aras baharu untuk memaksimumkan pengalaman digital dalam masa nyata melalui teknologi. Setiap penyelesaian yang digunakan sama ada secara bersendirian atau bergabung akan membantu perniagaan memacu hasil perniagaan yang memberi impak."

MobiLytix™ merupakan salah satu platform pemasaran terkemuka di seluruh dunia yang menyatukan penglibatan pelanggan, sains data dan keupayaan automasi dipacu AI pintar dalam satu platform untuk melaksanakan kempen masa nyata dan pada skala besar. Dengan melibatkan pelanggan menggunakan mesej yang betul, pada masa yang tepat, di seluruh saluran, organisasi boleh meningkatkan pengalaman dan nilai sepanjang hayat pelanggan serta memacu pertumbuhan pendapatan. Dengan lebih 200 juta pangkalan pelanggan dan klien yang digunakan yang mencapai peningkatan pendapatan melebihi 8%, MobiLytix™ mempunyai rekod prestasi kejayaan pelanggan yang terbukti.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi: 
Sundeep Mehta
Perhubungan Awam & Komunikasi Korporat
Comviva Technologies Ltd.
E-mel: pr@comviva.com

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/995982/Comviva_Logo.jpg?p=medium600

Source: Comviva
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Telecommunications Wireless Communications New products/services