omniture

Membentuk Sinergi, Perniagaan BRI Didorong Daripada, Oleh Dan Untuk Segmen Mikro Indonesia

PT Bank Rakyat Indonesia Tbk (BRI)
2021-09-24 18:03 102

JAKARTA, Indonesia, 24 September 2021 /PRNewswire/ -- Susulan penubuhan syarikat Ultra-Micro (UMi) Holding, PT Bank Rakyat Indonesia (Persero) Tbk (IDX:BBRI) ("BRI") mengukuhkan usahanya dalam sektor ultra-mikro. Bersama PT Pegadaian (Persero) dan PT Permodalan Nasional Madani (Persero) atau PNM, sinergi ini telah memperkukuh pertumbuhan mampan BRI, khususnya dalam kalangan pemegang kepentingan bagi menekankan penciptaan nilai terutamanya untuk ekonomi akar umbi.

SENYUM, Ultra Micro Service Center - BRI, Pegadaian dan PNM Co-location
SENYUM, Ultra Micro Service Center - BRI, Pegadaian dan PNM Co-location

Pembentukan sinergi dalam ekosistem ultra-mikro akan mengukuhkan sumber pertumbuhan mampan BRI bagi memberi nilai yang lebih besar kepada pemegang kepentingan, terutamanya kepada pemegang saham BRI. Pemegang saham BRI masa depan akan didorong oleh pemegang saham runcit, terutamanya daripada MSME dan pekerja BRI untuk mengukuhkan pertumbuhan perniagaan yang berasal dan diuruskan oleh ekosistem dalam segmen mikro yang memberi nilai tambahan.

Peningkatan pemilikan saham BBRI oleh kesemua pekerja adalah sangat penting untuk meningkatkan penglibatan pekerja demi memajukan syarikat. Sementara itu, pemilikan (saham) oleh pengusaha MSME mewujudkan kesetiaan pelanggan melalui pemerkasaan perniagaan Indonesia yang konsisten. Tumpuan dan kekuatan BRI dalam segmen Mikro disokong oleh pemerhati pasaran modal dan Pengasas Indonesia Superstocks Community Edhi Pranasidhi serta Fakulti Kanan Indonesian Banking Development Institute (LPPI) Trioksa Siahaan.

"Melihatkan potensi segmen ini yang memberi harapan, sinergi ini akan menambah lebih nilai kepada pelabur memandangkan sektor-sektor mikro terbukti menjadi sangat berdaya tahan semasa pandemik ini," kata Edhi Pranasidhi.

Susulan penubuhan UMi Holding, BRI, PNM dan Pegadaian akan menyediakan perkhidmatan pembiayaan yang komprehensif, terutamanya kepada pelanggan ultra-mikro yang tidak mempunyai akses kepada pembiayaan rasmi. Menonjolkan kekuatan setiap entiti, UMi Holding akan mewujudkan akses yang sama rata kepada penyimpanan, pembayaran dan pelaburan untuk perniagaan mikro dan ultra-mikro.

"Sinergi ini akan berpotensi meningkatkan pertumbuhan ekonomi kami sebanyak 0.2%-0.3% sekali gus meningkatkan rangkuman serta literasi kewangan di Indonesia," tambah Pranasadhi.

Pada bulan Jun 2021, jumlah keseluruhan pinjaman mikro BRI mencecah 39.44 peratus daripada semua pinjaman. Hasil daripada sinergi menerusi penubuhan Umi Holding, BRI menjangkakan bahawa jumlah keseluruhan daripada pinjaman mikronya akan mencecah sekurang-kurangnya 45% daripada portfolio pinjaman keseluruhannya menjelang tahun 2025.

Trioksa Siahaan, berkata, "Dengan asas pasaran yang lebih luas dan potensi dalam sektor perniagaan mikro, BRI memberi lebih penekanan kepada penjualan silang dan penggunaan pendekatan pangkalan data yang berpotensi."

BUKAN UNTUK TUJUAN SIARAN, PENERBITAN ATAU PENGEDARAN SECARA KESELURUHAN ATAU SEBAHAGIANNYA ATAU DI AMERIKA SYARIKAT, KANADA ATAU JEPUN

Source: PT Bank Rakyat Indonesia Tbk (BRI)
Related Stocks:
Jakarta:BBRI OTC:BKRKY
Keywords: Banking/Financial Service Retail New products/services