omniture

SKYWORTH "Menghampiri Realiti" dengan Barisan Baharu TV 4K dan Monitor Permainan di Upacara Pelancaran Produk Musim Luruh 2021

SKYWORTH TV
2021-09-25 04:19 418
  • SKYWORTH S82 ialah TV 4K OLED luar biasa yang membawa tahap baharu ketepatan warna yang tinggi serta wajah yang lebih nipis dan lebih menarik
  • SKYWORTH Q72 ialah TV SmartMiniLED 4K perintis yang menyampaikan kecerahan skrin dipertingkat, kontras gambar yang lebih baik dan pengalaman tanpa kerlipan

BEIJING, 25 September 2021 /PRNewswire/ -- SKYWORTH, jenama televisyen global yang terkemuka, hari ini melancarkan tiga model TV baharu dan monitor permainan baharu di acara Pelancaran Produk Musim Luruh tahunannya. Di bawah tema "Menghampiri Realiti" ("Closer to Reality"), jenama ini memperkenalkan SKYWORTH S82 serba baharu, TV 4K OLED yang menampilkan paparan luar biasa dengan penyelesaian warna unggul dan SKYWORTH Q72, TV SmartMiniLED 4K yang utama dalam industri yang menerobos sempadan teknologi untuk membawa teknologi pemalapan LED yang canggih. Memenuhi keperluan semua pengguna, SKYWORTH turut mengumumkan pelancaran SKYWORTH A20 Pro, TV 4K 120Hz tanpa kerlipan dengan panel ADS yang membawakan SoC unggulan serta SKYWORTH G90, monitor permainan 4K OLED yang direka khas untuk memenuhi keperluan peminat permainan.

Tony Wang di Upacara Pelancaran Produk Musim Luruh 2021 SKYWORTH
Tony Wang di Upacara Pelancaran Produk Musim Luruh 2021 SKYWORTH

Tony Wang, Pengerusi SKYWORTH TV berkata, "Di SKYWORTH, kami berbangga dengan inovasi produk terkini kami dan komitmen berterusan kami untuk menyampaikan kemajuan besar dari segi kualiti gambar dan audio. Perniagaan TV SKYWORTH menyaksikan pertumbuhan yang besar dalam separuh pertama tahun 2021; kami mencatatkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya dalam pendapatan jualan global iaitu 33.1%, dengan pendapatan jualan luar negara mencatatkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya yang mengagumkan iaitu 68%. Kami teruja untuk melihat portfolio produk kami diterima dan diiktiraf oleh pengguna global dan kami tidak sabar-sabar untuk pelanggan kami di seluruh dunia mengalami rangkaian penyelesaian hiburan rumah canggih kami yang terkini."

SKYWORTH S82: TV 4K OLED Yang Menakjubkan Menampilkan Ketepatan Warna Unggul untuk Pengalaman Hiburan Seperti Kehidupan Sebenar dan Imersif

Penambahan terkini dalam siri S SKYWORTH, SKYWORTH S82, mewarisi semangat reka bentuk "Tertinggi" ("Supreme") yang sama dalam barisan sedia ada, menampilkan paparan 4K OLED yang nipis dan kualiti gambar yang dipertingkat, bagi membawa pengalaman hiburan yang luar biasa kepada rumah-rumah di seluruh dunia:

  • Ketepatan Warna Unggul: Dilengkapi dengan ketepatan warna yang tinggi △E0.86[1] dan menyokong penukaran antara gamut warna sRGB/BT.709, BT.2020 dan DCI-P3, SKYWORTH S82 membawakan warna yang terang dan gambar yang kelihatan seperti kehidupan sebenar, memastikan pengguna dapat lebih mendekati realiti dan merasai setiap butiran dengan kejelasan yang mengagumkan.
  • Kualiti Gambar Dipertingkat untuk Pengalaman Menonton Terbaik: Disediakan dalam model 55" dan 65", SKYWORTH S82 menyampaikan kualiti gambar, kecerahan, kedalaman dan perincian yang hebat, tanpa mengira apa yang terdapat pada skrin, hasil daripada Versi 4K SKYWORTH AI PICTURE QUALITY ENGINE™, Dolby Vision® dan HDR 10. Ia juga mengguna pakai panel 4K 120Hz OLED V21 yang mempunyai kontras gambar yang luar biasa, sudut menonton yang luas serta kadar respons yang pantas.
  • Pengalaman Menonton yang Selesa dengan SKYWORTH EYE CARE: Menampilkan skrin OLED anti-silau, Sensor Cahaya Ambien (Ambient Light Sensor) ALS SKYWORTH dan Dolby Vision IQ™, S82 menyelaraskan kualiti gambar secara automatik berdasarkan kepada keadaan cahaya sekeliling, bagi memastikan pengalaman menonton yang luar biasa.
  • Badan Ultra-Nipis: Dengan memanfaatkan teknologi Nipis OBM (OBM Slim) SKYWORTH proprietari baharu daripada SKYWORTH, SKYWORTH S82 membawakan skrin ultra-nipis berukuran 3.9mm[2] sahaja, memastikan paparan yang menarik dan kompak tanpa mengira di mana TV tersebut ditempatkan di dalam rumah.
  • Audio Canggih untuk Pengalaman Rumah Sinematik: Badan nipis SKYWORTH S82 dapat menampung SKYWORTH AUDIO DRUM, subwufer terbina dalam yang dikuasakan oleh 20W dan dapat menghasilkan frekuensi serendah 50Hz. Digandingkan dengan audio imersif Dolby Atmos®, TV ini menyampaikan kualiti audio beraneka yang menyelubungi pendengar dalam gelombang bunyi, mengasyikkan anda menerusi hiburan kegemaran anda dengan kesan bunyi dramatik dan realisme yang mengagumkan di rumah.


SKYWORTH Q72: Teknologi Cahaya Belakang MiniLED Canggih Menampilkan Inovasi Perintis dalam Teknologi Pemalapan

Di bawah siri Q (Kualiti), SKYWORTH memperkenalkan TV SmartMiniLED yang terkini, SKYWORTH Q72. Dengan kerjasama BOE, sebuah syarikat penyelesaian paparan yang terkemuka, ia mengguna pakai teknologi MiniLED CoG (cip-pada-kaca), membawakan 20,736 cahaya belakang dalam 2,304 zon untuk meningkatkan pemalapan setempat[3], memastikan kualiti gambar yang halus, terang serta prestasi paparan termaju.

SKYWORTH Q72 dilengkapi dengan Pengalamatan Matriks Aktif (Active Matrix Addressing) yang membolehkan setiap zon pemalapan dikawal oleh IC (litar bersepadu) bebas. Ia memastikan setiap zon cahaya belakang sentiasa terang, lalu menyampaikan pengalaman tontonan tanpa kerlipan. Disokong oleh teknologi Pemalapan Matriks AI (AI Matrix Dimming) SKYWORTH yang dibangunkan sendiri, SKYWORTH Q72 menggunakan algoritma AI untuk memberi kawalan cahaya yang lebih tepat, meningkatkan nisbah kontras kepada 1,000,000:1 dan kecerahan puncak hingga 1500nit bagi memastikan penonton dapat merasai pengalaman hiburan gambar sempurna sama ada permainan atau mengikuti siri TV terkini yang popular pada masa ini.

Membawakan padanan tona warna sinematik kepada penonton untuk filem, SKYWORTH Q72 membawakan teknologi Warna Asal Super (Super Original Colors) SKYWORTH yang baharu, menyokong 115% DCI-P3 dan persembahan kedalaman warna 10bit, membolehkan paparan menghasilkan lebih satu bilion warna untuk pengalaman menonton yang terang dan seperti kehidupan sebenar. Ia turut disokong oleh Fungsi 3D LUT, Dolby Vision dan HDR10.

Menyampaikan bunyi tertinggi, SKYWORTH Q72 mempunyai SKYWORTH AUDIO SPEAKER SYSTEM 2.1.2, yang memuatkan dua saluran audio pencetus depan, dua saluran audio pencetus ke atas dan satu subwufer tanpa wayar luar. Digandingkan dengan Dolby Atmos dan DTS:X, ia menyampaikan pengalaman audio yang imersif.

Dikuasakan oleh 8K SoC unggulan terkini yang mengintegrasikan CPU berbilang teras, GPU dan unit pemprosesan AI (APU) khusus, SKYWORTH Q72 bersedia untuk membawa hiburan ke tahap serba baharu.


Memperkenalkan SKYWORTH A20 Pro dan SKYWORTH G90 

Dapat memenuhi setiap bajet, SKYWORTH turut mengumumkan SKYWORTH A20 Pro dan SKYWORTH G90, bagi memenuhi keperluan penggemar hiburan dan juga peminat permainan di seluruh dunia.

  • SKYWORTH A20 Pro: TV LCD 4K 120Hz dengan panel ADS dan nisbah skrin-kepada-badan ultra tinggi 99%, menampilkan Versi 4K SKYWORTH AI PICTURE QUALITY ENGINE™, MEMC (anggaran gerakan dan kompensasi gerakan), VRR bermula daripada port hinggalah SoC terkini, dan kepada skrin, Sensor Cahaya Ambien ALS SKYWORTH, mod penjagaan mata, kesan bunyi sinematik JBL, Dolby Atmos dan sambungan HDMI 2.1 serta Wi-Fi 6 untuk pengalaman pengguna yang premium tanpa kerlipan.
  • SKYWORTH G90: Monitor permainan OLED 4K 120Hz 48-inci dengan nisbah skrin 16:9, menampilkan VRR bermula daripada port hinggalah SoC, dan kepada skrin, teknologi pelarasan warna 3D LUT, sudut ultra luas 178°, Dolby Atmos, sambungan HDMI 2.1 serta Wi-Fi 6, teknologi anti-silau dan mod penjagaan mata, bagi memastikan pengguna dapat menikmati pengalaman permainan yang pantas, lancar dan imersif sepanjang hari dengan selesa.

Ketersediaan produk dan maklumat harga

TV dan monitor baharu SKYWORTH pada mulanya akan dilancarkan di Tanah Besar China dengan rancangan pelancaran luar negara akan diumumkan apabila tiba waktunya:

  • SKYWORTH S82 didatangkan dengan 55 inci pada harga CNY 13,999 (kira-kira USD 2,165), 65 inci pada harga CNY 24,999 (kira-kira USD 3,866) dan boleh didapati mulai hari ini.
  • SKYWORTH Q72 didatangkan dengan 75 inci pada harga CNY 29,999 (kira-kira USD 4,640), 86 inci pada harga CNY 49,999 (kira-kira USD 7,733) dan boleh didapati mulai hari ini.
  • SKYWORTH A20 Pro didatangkan dengan 55 inci pada harga CNY 4,399 (kira-kira USD 681), 65 inci pada harga CNY 5,599 (kira-kira USD 867), 75 inci pada harga CNY 7,999 (kira-kira USD 1,239) dan boleh didapati mulai 1 Oktober.
  • SKYWORTH G90 boleh didapati pada harga CNY 14,999 (kira-kira USD 2,320) dan harga diskaun CNY 7,499 (kira-kira USD 1,161) mulai hari ini hingga 19:30, 25 September (GTM +8) di JD dan Tmall.

Memandang ke hadapan, SKYWORTH akan terus melabur dengan banyak dalam penyelidikan dan pembangunan teknologi bagi menginovasi produk dan penyelesaian baharu yang dapat memenuhi keperluan pelanggannya yang semakin berkembang serta membawa pengalaman audio-visual yang canggih kepada pengguna di seluruh dunia.

Latar Belakang SKYWORTH TV 

SKYWORTH TV ialah pengeluar televisyen global yang terkemuka dan perintis bagi Kecerdasan Buatan Pelbagai Benda (AIoT) skrin besar. Ditubuhkan pada tahun 1988, SKYWORTH TV mempunyai pengalaman selama lebih daripada 30 tahun menyediakan penyelesaian hiburan rumah yang canggih dan merupakan salah satu daripada tiga penyedia global TV Android. Di bawah proposisi jenamanya, "Menerajui masa depan", SKYWORTH TV terus melabur dengan banyak dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta penyelesaian teknologi yang inovatif dan berdedikasi untuk menerajui transformasi industri televisyen demi merevolusikan pengalaman rumah pintar. SKYWORTH TV mempunyai lima siri televisyen terkenal (WSQGA) untuk menggembirakan semua kumpulan pengguna dan teknologi Swaiot™ proprietarinya menghubungkan secara lancar dengan seluruh ekosistem AIoT dan peranti IoT yang serasi, lalu membolehkan pengguna menonton, mengawal dan mengurus semua peranti rumah pintar mereka daripada televisyen mereka. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://www.skyworth.net/global


[1] △E0.86 adalah dari makmal SKYWORTH. Ketepatan warna sebenar mungkin berbeza ekoran perbezaan dari segi pengukuran dan produk. Sila semak produk sebenar untuk ketepatan warna.

[2] Data 3.9mm adalah dari makmal SKYWORTH. Ketebalan mungkin berbeza ekoran perbezaan dari segi pengukuran dan produk. Sila semak produk sebenar untuk ketebalan yang tepat.

[3] Skrin 86-inci melakukan pemalapan setempat dalam 2,304 zon dengan 20,736 MiniLED; skrin 75-inci melakukan pemalapan setempat dalam 2,048 zon dengan 18,432 MiniLED

 

Source: SKYWORTH TV
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Household/Consumer/Cosmetics Television New products/services