Hanya pengeluaran berkualiti
SHENZHEN, China, 25 September 2021 /PRNewswire/ -- Redroad, syarikat gergasi perkakas pintar yang popular, terkenal dengan produknya yang canggih dan berkualiti tinggi. Baru-baru ini, jenama ini telah menambah produk pengguna yang baharu ke dalam portfolionya yang semakin berkembang yang digelar Redroad V17, pembersih vakum tanpa wayar pegang tangan yang kelihatan mewah namun berpatutan harganya.
Seperti produk-produk terdahulu, pembersih vakum tanpa wayar Redroad V17 yang akan datang ini merupakan contoh piawaian tinggi Redroad terhadap pemilihan bahan, reka bentuk penampilan dan proses pembuatan.
Pengeluaran berkualiti sedemikian membolehkan Redroad V17 mencapai prestasi yang lebih mantap pada harga yang lebih berpatutan. Pembersih vakum tanpa wayar Redroad V17 membawakan dua penapis HEPA. Dengan reka bentuk saluran udara yang sofistikated, HEPA salur masuk dapat memerangkap partikel mikro agar ia tidak menyekat motor. HEPA karbon teraktif H13 di bahagian alur keluar reka bentuk saluran udara membulat memastikan agar aliran keluar adalah lebih bersih berbanding udara yang anda hirup.
Redroad V17 mempunyai prestasi anti-kebocoran yang sempurna pada cawan habuk.
Ia mempunyai roda pemutar, berus guling berganda, sedutan kuat 155AW, hayat bateri yang panjang, (maksimum 60min), bateri boleh tanggal klik-masuk dan kawalan kualiti udara yang hebat (penapis HEPA H13).
Hanya bahan berkualiti tinggi
Pemilihan bahan merupakan asas untuk pembuatan. Di bawah kawalan kualiti Redroad yang ketat, hanya bahan terbaik, biasanya dengan standard pengeluaran aeroangkasa atau perubatan digunakan.
Satu contoh untuk membuktikan perkara ini ialah ramai orang tertarik dengan penampilan seperti kristal pada produk Redroad. Ini disebabkan oleh bahan PC kepancaran cahaya tinggi, yang sering digunakan pada kanta optik, dipilih oleh jurutera Redroad. Ia juga digunakan dalam Redroad V17 unggulan untuk rupa seperti kristal dan menarik serta prestasi tanpa calar.
Hanya mesin dan juruteknik terbaik
Redroad mempunyai standard yang lebih tinggi untuk bahagian khas. Tangki air dan bahagian pengedap pada pembersih vakum, pelembap dan ion elektrik, umpamanya, dipasang oleh juruteknik yang berpengalaman demi kejituan yang tinggi. Susulan daripadanya ialah dua ujian kualiti pengedap bagi memastikan bahagian teras tidak rosak dalam tempoh sekurang-kurangnya 10 tahun. Tenaga kerja manual bererti peningkatan kos, namun kualiti yang lebih baik.
Produk yang baik adalah seperti seorang individu yang baik, menjadikan dunia sebagai tempat yang lebih baik dengan kualiti yang lebih baik, rupa dan keupayaan yang kuat untuk membantu orang lain. Inilah sebabnya mengapa Redroad hanya mengeluarkan perkakas rumah yang sangat halus buatannya, kelihatan menarik, tahan lama dan mesra pengguna.