omniture

Huawei Lancar Penyelesaian Rangkaian-Awan Lapangan Terbang Percepatkan Transformasi Digital Ke Arah Lapangan Terbang Pintar

Huawei
2021-09-26 11:41 148

SHANGHAI, China, 26 September 2021 /PRNewswire/ -- Di HUAWEI CONNECT 2021, Huawei melancarkan Penyelesaian Rangkaian-Awan Lapangan Terbang terkini yang menawarkan pelbagai jenis ciri yang menonjol seperti akses sehenti, satu rangkaian untuk semua perkhidmatan, satu awan merentas pelbagai kawasan dan keselamatan bersepadu sehenti. Penyelesaian beraneka ciri ini memperkasa transformasi digital lapangan terbang untuk meningkatkan kecekapan operasi, meningkatkan jaminan keselamatan dan meningkatkan pengalaman perjalanan, lalu membuka laluan ke arah lapangan terbang pintar.

Penerbangan awam global hari ini sedang menjalani transformasi digital yang pesat. Lapangan terbang — di mana perkhidmatan pengangkutan untuk syarikat penerbangan, penumpang dan pembawa kargo berlaku — mengalihkan fokus digital mereka daripada pertumbuhan berkelajuan tinggi kepada pertumbuhan berkualiti tinggi. Berlatarbelakangkan hal ini, lapangan terbang perlu menangani beberapa cabaran yang mendesak. Sebagai contoh, mereka harus menumpukan data rangkaian silo tradisional untuk menyokong perkhidmatan baharu seperti penguntukan tempat pintar. Mereka juga perlu meningkatkan pengalaman Wi-Fi penumpang di bangunan terminal untuk mendaki kedudukan dalam senarai kedudukan kepuasan penumpang Airports Council International (ACI). Di samping itu, memandangkan peralihan ke awan (cloudification) perkhidmatan menerobos sempadan fizikal tradisional, lapangan terbang perlu mengatasi kebimbangan pertahanan keselamatan yang baharu. Lantaran skala rangkaian yang semakin berkembang, lapangan terbang juga perlu meningkatkan kecekapan operasi dan penyelenggaraan (O&M) dengan segera.

Alex Sun berkata: "Dengan inovasi teknologi yang berterusan ke atas keselamatan, kecekapan dan pengalaman lapangan terbang, Huawei akan terus bekerjasama dengan lebih ramai pelanggan dan rakan kongsi di seluruh dunia untuk memajukan Penyelesaian Rangkaian-Awan Lapangan Terbang, yang seterusnya dapat meningkatkan transformasi digital untuk lapangan terbang pintar."

Penyelesaian Rangkaian-Awan Lapangan Terbang Huawei terdiri daripada rangkaian akses terminal lapangan terbang, rangkaian tulang belakang, rangkaian pusat data awan dan keselamatan rangkaian bersepadu. Penyelesaian ini mempunyai empat keupayaan unik yang berikut:

  • Akses sehenti dan perangkaian berterusan Wi-Fi: Penyelesaian Huawei memanfaatkan AirEngine Wi-Fi 6 untuk mencipta rangkaian akses tanpa wayar gigabit untuk liputan berterusan dengan ketumpatan tinggi dalam seluruh bangunan terminal lapangan terbang. Khususnya, antena pintar 4-elemen unik meningkatkan jarak liputan sebanyak 20%, mencapai liputan Wi-Fi penuh tanpa titik buta. Di samping itu, algoritma pintar digunakan untuk memandu perayauan pada waktu sebenar, memastikan serahan perayauan seluruh rangkaian tanpa kehilangan paket dan akhirnya mengelakkan gangguan kepada perkhidmatan penumpang seperti video dan permainan.
  • Satu rangkaian untuk semua perkhidmatan dan IPv6+ mendayakan lebih banyak inovasi: Penyelesaian Huawei memanfaatkan teknologi IPv6+ yang inovatif untuk membina rangkaian tulang belakang terpusat untuk pelbagai perkhidmatan. Faedah-faedah yang terhasil termasuk penghirisan keras tahap-Mbps yang unik dalam industri, pengasingan keras trafik daripada lebih 1000 aplikasi dan 100% jaminan lebar jalur untuk perkhidmatan penting. Ciri-ciri yang mengagumkan ini membolehkan rangkaian tulang belakang menampung sepenuhnya pelbagai perkhidmatan seperti pemeriksaan keselamatan, perlindungan keselamatan, peruncitan dan pengendalian darat.
  • Satu awan merentas pelbagai kawasan dan rangkaian sebagai satu perkhidmatan (NaaS): Selepas perkhidmatan lapangan terbang dipindahkan ke awan, pusat data awan diagihkan ke kawasan yang luas. Oleh itu, penyelesaian Huawei menyokong penggunaan rangkaian yang automatik untuk mempercepatkan penyediaan perkhidmatan dan menggunakan teknologi pintar untuk meramalkan kesalahan dengan pintar dan mengesannya dengan tepat dalam beberapa minit. Kadar ramalan kesalahan rangkaian yang proaktif dapat mencecah lebih 90%, lalu meningkatkan kecekapan operasi lapangan terbang dengan ketara.
  • Keselamatan bersepadu sehenti dan kolaborasi keselamatan-rangkaian-awan: Data perkhidmatan lapangan terbang menjadi semakin bernilai dan keselamatan data menjadi keutamaan tertinggi. Sebagai respons, penyelesaian Huawei memperkenalkan sistem kolaborasi keselamatan-rangkaian-awan yang memanfaatkan seni bina kepercayaan sifar untuk pengesanan yang dinamik dan analisis pintar. Ini memberikan pandangan waktu sebenar terhadap postur keselamatan seluruh rangkaian dan pengesanan ancaman yang cekap pada ketepatan melebihi 96%.

Huawei terus berinovasi untuk memenuhi jangkaan pelanggan lapangan terbang terhadap keselamatan, kecekapan dan pengalaman. Dengan keluasan kepakaran teknikal dan rekod prestasi yang mantap dalam transformasi digital, Huawei akan berganding bahu dengan lebih ramai pelanggan dan rakan kongsi lapangan terbang untuk meneroka dan melaksanakan penyelesaian lapangan terbang inovatif yang seterusnya dapat mempercepatkan transformasi digital ke arah lapangan terbang pintar.

Huawei menganjurkan HUAWEI CONNECT 2021 secara dalam talian mulai 23 September hingga 31 Oktober. Tema bagi acara tahun ini ialah Menyelami Digital (Dive into Digital). Kami akan menyelami secara mendalam aplikasi teknologi yang praktikal seperti awan, AI dan 5G dalam semua industri dan bagaimana ia dapat menjadikan organisasi-organisasi daripada semua bentuk dan saiz lebih cekap, lebih serba boleh dan akhirnya lebih berdaya tahan ketika kami melangkah ke arah pemulihan ekonomi.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pasukan tempatan kami atau lihat https://www.huawei.com/en/events/huaweiconnect

Source: Huawei
Related Links:
Keywords: Airlines/Aviation Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Transportation Travel New products/services