omniture

Menyelami Digital daripada Amalan, Huawei Lancar 11 Penyelesaian berasaskan Senario

Huawei
2021-09-26 11:39 235

SHENZHEN, China, 26 September 2021 /PRNewswire/ -- Pada Hari ke-2 HUAWEI CONNECT 2021, En. Peng Zhongyang, Ahli Lembaga Huawei, Presiden Enterprise Business Group menyampaikan ucapan dasar mengenai subjek "Menyelami Digital demi Masa Depan Lebih Cerah" mencadangkan tiga bidang tumpuan melibatkan senario, model dan ekosistem berhubung dengan visi dan masa depan transformasi digital industri. Semasa berlangsungnya acara tersebut, Huawei melancarkan 11 penyelesaian berasaskan senario yang inovatif kepada pelanggan dalam sektor perkhidmatan awam, pengangkutan, kewangan, tenaga dan pembuatan. Dengan terus bekerjasama dengan rakan kongsi, Huawei bermatlamat untuk memenuhi keperluan pelanggan di tahap-tahap berbeza transformasi digital, menangani cabaran, merebut peluang baharu untuk transformasi dan mencipta nilai untuk industri.

En. Peng Zhongyang, Ahli Lembaga Huawei, Presiden Enterprise Business Group berkata: "Huawei akan terus menyelami digital — memfokuskan senario, model dan rakan kongsi — untuk membantu pelanggan berjaya dalam perjalanan transformasi digital mereka. Kami mengintegrasikan ICT dengan senario serta proses kehidupan sebenar dan membangunkan model perundingan, integrasi dan sokongan operasi yang baharu. Kami bermatlamat untuk memahami sepenuhnya keperluan dan visi pelanggan kami dan kemudian menukarkannya menjadi kenyataan. Kami menggalakkan rakan kongsi untuk beralih daripada bertindak sebagai saluran kepada menjadi rakan kongsi kecekapan, berusaha untuk membina sistem rakan kongsi yang berkembang, berinovasi dan menang bersama-sama Huawei."

En. Peng Zhongyang, Ahli Lembaga Huawei, Presiden Enterprise Business Group
En. Peng Zhongyang, Ahli Lembaga Huawei, Presiden Enterprise Business Group

Menyelami digital — fokus kepada senario, model dan rakan kongsi

Menyelami ke dalam dunia digital merupakan satu proses berulang. Ketika transformasi digital menjadi satu konsensus industri, tumpuan telah beralih daripada sama ada untuk beralih atau tidak kepada digital kepada bagaimana untuk beralih kepada digital. Bagi membantu pelanggan perusahaan menginovasi model, meningkatkan kualiti dan kecekapan, meningkatkan pengalaman dan mengukuhkan ketahanan, Huawei mengetengahkan tiga bidang tumpuan utama untuk menyelami digital.

Pendigitalan senario: Huawei percaya bahawa kunci untuk integrasi ICT dan proses perniagaan yang selanjutnya terletak dalam tiga aspek yang berikut: daripada sistem bantuan kepada sistem teras/pengeluaran, daripada kokpit kepimpinan kepada perincian senario operasi dan daripada pendigitalan domain tunggal kepada pendigitalan komprehensif terhadap semua senario. Huawei terus mengumpul pengalaman dengan senario yang berbeza, memperdalam pengetahuannya dalam setiap senario dan dengan itu, ia mampu menangani isu-isu perniagaan yang penting dalam industri ini.

Sejak tahun 2016, Huawei telah mempromosikan strategi transformasi digital yang menyeluruh, dengan menyuntik pendigitalan ke dalam Huawei sendiri. Tao Jingwen, Ahli Lembaga dan Ketua Pegawai Maklumat Huawei berkata: "Bagi mencapai transformasi digital, perusahaan perlu membangunkan platform digital sebagai asas dan memberi tumpuan pada penstrukturan semula perniagaan dengan tujuan untuk menyokong kejayaan perniagaan utama mereka. Huawei telah membina Horiz, platform pengupayaan digital, berdasarkan kepada pengalaman transformasinya sendiri. Platform terbuka ini akan membantu perusahaan daripada pelbagai industri mencapai pendigitalan dan mewujudkan daya saing global."

Tao Jingwen, Ahli Lembaga dan Ketua Pegawai Maklumat Huawei
Tao Jingwen, Ahli Lembaga dan Ketua Pegawai Maklumat Huawei

Transformasi model: Huawei mengguna pakai model perundingan, integrasi dan sokongan operasi yang baharu untuk membantu pelanggan berjaya dalam transformasi digital. Sepanjang lima tahun akan datang, Huawei merancang untuk melancarkan lebih daripada 300 penyelesaian perkhidmatan yang disesuaikan, mewujudkan lebih daripada 200 piawaian perkhidmatan dan membangunkan lebih 800 rakan penyelesaian perkhidmatan.

Ditubuhkan pada tahun 2019, China Oil & Gas Pipeline Network Corporation (PipeChina) telah bekerjasama dengan Huawei dalam perjalanan transformasi digitalnya sejak penubuhannya dan berusaha untuk meraih kecemerlangan melalui pendigitalan. Liu Zhongyun, Naib Pengurus Besar PipeChina, berkata: "Transformasi digital ialah proses yang rumit, sistematik dan jangka panjang. Platform digital dan data merupakan kunci untuk pendigitalan PipeChina dan juga asas bagi menyelami digital. PipeChina akan terus bekerjasama dengan Huawei dalam transformasi digital untuk mencapai kejayaan berdasarkan kepada sumber yang dikongsi bersama, seni bina terpiawai, data tertumpu, keupayaan sebagai satu perkhidmatan dan aplikasi yang disesuaikan."

Pembangunan sistem rakan kongsi: Huawei akan menaik taraf secara komprehensif sistem rakan kongsi bagi memastikan kejayaan bersama dan operasi berterusan sebagai asas yang bagus untuk pembangunan rakan kongsi kecekapan.

Digital China Group ialah salah satu rakan kongsi strategik Huawei di seluruh dunia. Guo Wei, Presiden, Pengerusi Digital China, berkongsi pengalaman dan hasil bekerjasama dengan Huawei dalam transformasi digital: "Dalam dunia digital hari ini, misi Digital China adalah untuk membina "MetaVerse" natif-awan menggunakan infrastruktur baharu, teknologi awan dan rangkaian. Ini akan menentukan masa depan baharu untuk masyarakat. Digital China berharap dapat berkolaborasi dengan Huawei dan rakan kongsi ekosistem yang lain untuk menyelami digital, mendayakan transformasi digital industri-industri, berinovasi bersama-sama dan berjaya pada masa akan datang."

11 penyelesaian berasaskan senario untuk menyelami digital 

Di acara tersebut, Huawei melancarkan 11 penyelesaian berasaskan senario inovatif yang meliputi lima industri — perkhidmatan awam, tenaga, kewangan, pengangkutan dan pembuatan — sebagai sebahagian daripada penerokaan inovasi transformasi digital.

Dalam sektor awam, tiga penyelesaian penting bagi Kembar Pintar Bandar telahpun diperkenalkan, iaitu Tadbir Urus Bandar Seragam dalam Satu Rangkaian, Perkhidmatan Operasi Terbantu dan Keselamatan Kepercayaan Sifar. Ia terus membantu kerajaan mentransformasikan proses pentadbiran mereka, mendayakan pembinaan jenis bandar pintar baharu yang lebih selesa, inovatif, humanistik, berdaya tahan dan mesra alam.

Dalam sektor tenaga, Penyelesaian Loji Janakuasa Pintar dan penyelesaian Stesen Gas Pintar membantu peserta-peserta industri tenaga mencapai pembangunan yang berkualiti tinggi dan membina sistem tenaga pintar karbon sifar yang mesra alam, rendah karbon, terjamin dan cekap.

Dalam sektor kewangan, Pembayaran Mudah Alih dan penyelesaian Digital CORE akan membantu mentransformasikan institusi-institusi kewangan kepada syarikat-syarikat digital berasaskan ekosistem yang lebih baik. Ia akan menyumbang kepada pembinaan sektor kewangan yang terhubung sepenuhnya, pintar dan berasaskan ekosistem.

Dalam sektor pengangkutan, Lapangan Terbang Pintar dinaik taraf, ATC Pintar dan penyelesaian Pengangkutan Komprehensif akan terus mendayakan perjalanan yang mudah dan logistik yang lancar, menyokong kejayaan pelanggan dalam transformasi digital.

Akhir sekali, dalam pembuatan, penyelesaian Pembuat Auto Pintar bertujuan untuk meningkatkan kecekapan dan pengalaman di samping turut memudahkan inovasi.

Dengan memanfaatkan keupayaan ICT yang canggih dan pengalaman industri selama bertahun-tahun, Huawei telah lama bekerjasama dengan rakan kongsi dan pelanggan di seluruh dunia di pelbagai peringkat evolusi digital untuk menyokong sepenuhnya transformasi digital mereka. Seperti biasa, Huawei akan membantu pelanggan meningkatkan nilai uniknya, menjadikan yang mantap semakin kukuh.

Huawei menganjurkan HUAWEI CONNECT 2021 secara dalam talian mulai 23 September hingga 31 Oktober. Tema bagi acara tahun ini ialah Menyelami Digital (Dive into Digital). Kami akan menyelami secara mendalam aplikasi teknologi yang praktikal seperti awan, AI dan 5G dalam semua industri dan bagaimana ia dapat menjadikan organisasi-organisasi daripada semua bentuk dan saiz lebih cekap, lebih serba boleh dan akhirnya lebih berdaya tahan ketika kami melangkah ke arah pemulihan ekonomi.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pasukan tempatan kami atau lihat https://www.huawei.com/en/events/huaweiconnect

Source: Huawei
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment New products/services