omniture

Angel Yeast Tingkatkan Kesejahteraan Keseluruhan dan Prestasi Bersukan dengan Emping Yis Berkhasiat

Nutrisi sukan yang ideal dan tambahan diet vegetarian untuk memenuhi permintaan pasaran yang semakin meningkat
Angel Yeast
2021-09-26 16:00 248

YICHANG, China, 26 September 2021 /PRNewswire/ -- Selepas bertahun-tahun menjalankan penyelidikan dan pembangunan, Angel Yeast Co., Ltd ("Angel Yeast")(en.angelyeast.com), sebuah syarikat yis berteknologi tinggi yang tersenarai di China, melancarkan rangkaian baharu emping yis berkhasiat dan teknologi pengeluaran inovatif. Kaya dengan nutrisi dan mempunyai rasa yang unik, emping yis berkhasiat ini sangat sesuai untuk nutrisi sukan dan sebagai tambahan diet untuk vegetarian.

Angel Yeast lancarkan rangkaian baharu empingan yis berkhasiat, yang ideal untuk nutrisi sukan dan sebagai tambahan diet untuk vegetarian.
Angel Yeast lancarkan rangkaian baharu empingan yis berkhasiat, yang ideal untuk nutrisi sukan dan sebagai tambahan diet untuk vegetarian.

Pasaran untuk emping yis berkhasiat melonjak dalam beberapa tahun kebelakangan ini ekoran kajian yang berterusan terhadap faedah-faedah tambahan diet ini. Menurut Report Linker, segmen yis berkhasiat diunjurkan menjadi pasaran yang paling pantas berkembang antara tahun 2020 hingga 2025, dengan populariti yang semakin meningkat dari Amerika Utara, Eropah dan Asia.

"Ketika kami memperdalam pemahaman kami mengenai kelebihan yis berkhasiat, kami telah menyaksikan permintaan yang semakin meningkat untuk produk ini, terutamanya daripada kumpulan peminat sukan dan vegetarian. Angel Yeast menganggap emping yis berkhasiat sebagai tambahan yang berkhasiat serta tambahan diet dan produk terkini kami dan juga teknologi pengeluaran yang inovatif dirancang untuk memenuhi pasaran yang semakin berkembang ini," kata Jimmy Fu, Ketua perniagaan luar negara Angel Human Health.

Yis berkhasiat dihasilkan daripada strain tulen Saccharomyces cerevisiae yang dipilih khas dan diperoleh oleh proses berpaten daripada gula tebu atau molas bit. Ia kaya dengan vitamin-B kompleks dan bio-mineral serta merupakan sumber protein dan serat makanan yang sangat baik, dengan 40% hingga 50% protein dan 30% hingga 35% serat bagi setiap hidangan. Produk ini juga rendah dari segi lemak, kolesterol dan kalori; dan bukan-GMO, disahkan Kosher dan disahkan Halal. Di samping itu, yis berkhasiat ini mesra alam dan menggalakkan pembangunan lestari dengan emisi karbon, pendudukan ladang serta penggunaan air yang lebih rendah berbanding sumber protein haiwan yang lain.

Emping yis berkhasiat dan teknologi pengeluaran Angel Yeast terhasil susulan kajian selama bertahun-tahun oleh pasukan sains makanan dan pemakanan syarikat ini. Emping dihasilkan daripada yis berkhasiat pengeringan gelendong dengan polisakarida yis, yang mempunyai ketegaran dan kekuatan unggul. Hasilnya ialah produk yang mengekalkan nilai pemakanan penuh yis dan dalam masa yang sama mempunyai rasa seperti keju berkacang yang kuat serta rasa yang rangup.

Emping yis berkhasiat dapat menambah rasa kenyang dan memberi nutrisi yang berterusan untuk mendorong prestasi bersukan. Sementara itu, rasanya seperti keju menjadikannya emping kegemaran dalam kalangan vegetarian, vegan dan golongan fleksitarian, sama ada ditabur di atas bertih jagung dan kerepek kubis kerinting atau ditambah kepada sos, jus dan smoothie.

Angel Yeast mempunyai pengalaman selama lebih 30 tahun dalam pembangunan dan pengeluaran yis dan derivatif yis. Syarikat ini mempunyai 11 tapak pengeluaran canggih bertaraf antarabangsa di China, Mesir dan Rusia serta menyediakan produk dan perkhidmatan kepada 150 negara dan wilayah. Dengan rangkaian produk yang pelbagai, Angel Yeast dapat memenuhi keperluan pemakanan individu berbeza dan dalam masa yang sama menawarkan pelbagai pilihan kepada pengeluar makanan.

Latar Belakang Angel Yeast 

Ditubuhkan pada tahun 1986, Angel Yeast Co., Ltd mengkhusus dalam pengeluaran yis dan derivatif yis. Rangkaian produknya merangkumi yis roti dan ramuan, dim sum Cina dan perasa, ekstrak savouri yis, kesihatan manusia, pemakanan haiwan, pemakanan tumbuhan, minuman beralkohol suling dan biobahan api, pemakanan mikrob serta enzim.

Pautan Berkaitan:  https://en.angelyeast.com/products/human-health.html

 

 

Source: Angel Yeast
Keywords: Food/Beverages Health Care/Hospital New products/services