omniture

Forum Keusahawanan Dunia Luar Bandar Pertama Berlangsung di India (4-6 Julai)

EM Lyon
2013-07-12 09:00 125

BARAMATI, India, 12 Julai 2013 /PRNewswire/ --

Matlamatnya: menonjolkan potensi signifikan perusahaan luar bandar dan menggalakkan pembangunan mampan untuk kawasan luar bandar

Hari ini, 47% daripada populasi dunia masih tinggal di kawasan luar bandar tetapi penghijrahan luar bandar sudah menjadi sebuah isu antarabangsa yang penting. Pada tahun 2007, buat kali pertama dalam sejarah ketamadunan manusia, populasi bandar telah melebihi populasi luar bandar, lalu ini menimbulkan cabaran-cabaran serius seperti yang kita semua sudah ketahui.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130712/626827-a )
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130712/626827-b )

Satu cara untuk meredakan arah aliran ini adalah dengan menggalakkan keusahawanan luar bandar, yang penting untuk mengekalkan sara hidup di kawasan luar bandar. Dengan menerokai dan berkongsi pengetahuan mengenai amalan dan penyelesaian keusahawanan terbaik, Forum Keusahawanan Dunia Luar Bandar berniat untuk memupuk pembaharuan luar bandar dengan tumpuan jelas terhadap memperkasakan kawasan luar bandar.

Dianjurkan bersama oleh Forum Keusahawanan Dunia dan Forum Alam Sekitar India (EFOI), Forum Keusahawanan Dunia Luar Bandar Pertama telah dirasmikan oleh Menteri Pertanian India, Yang Berhormat Sharadchandraji Pawar, di hadapan 3,500 orang.

Pencetus Forum itu, Cik Sunetra Pawar, Pengasas dan Presiden EFOI, membentangkannya sebagai "sebuah platform untuk para usahawan mempamerkan idea mereka, wawasan mereka, dan bagaimana itu semua boleh memberi kesan terhadap ekosistem keusahawanan luar bandar".

Perbincangan mendalam selama dua hari itu mengetengahkan daya usaha membawa pembaharuan yang mungkin dapat mewujudkan peluang pekerjaan dan membangunkan masyarakat luar bandar yang berdikari.

Antara syarikat yang membuat pembentangan ialah:

  • Gadhia Solar Energy Systems: ketuhar suria
  • ARTI: penukaran bahan buangan pertanian menjadi arang batu
  • MittiCool: peralatan dapur tembikar
  • IKP Pusat Kemajuan Amalan Pertanian dan Institut Pemasaran Pertanian Negara

Diasaskan pada tahun 2008 oleh EM LYON Business School dan KPMG France, kemudian disertai oleh institusi-institusi Singapura Action Community for Entrepreneurship dan Nanyang Technological University, Grand Lyon, Lyon Chamber of Commerce and Industry dan Zhejiang University di China.

Kenyataan misinya adalah untuk menyelesaikan masalah-masalah dunia melalui usahawan sebagai pencetus kemewahan dan keadilan sosial. Sejak tahun 2008, 600 peserta dari 75 buah negara telah bertemu untuk cuba menyelesaikan isu-isu yang paling mendesak pada zaman ini dengan penyelesaian keusahawanan.

Untuk maklumat lanjut: http://www.world-entrepreneurship-forum.com

Forum Alam Sekitar India (EFOI), yang berpusat di Baramati, adalah salah sebuah pertubuhan alam sekitar bukan kerajaan perintis di India yang bekerja dalam bidang Pendidikan Alam Sekitar dan Pembangunan Mampan. Sejak tahun 2010, EFOI telah mendahului pergerakan alam sekitar negara itu, menyediakan platform unik untuk perbincangan serta idea.

Untuk maklumat lanjut: http://www.evfindia.org

Hubungan Media: Stephanie Kergall
Timbalan Pengarah - Forum Keusahawanan Dunia
kergall@em-lyon.com
+33(0)4-78-33-77-12

Sumber: EM Lyon

Source: EM Lyon
Keywords: Agriculture Alternative Energies Environmental Products & Services Utilities Trade show news