omniture

Menulis Semula Buku Peraturan Akses Internet: Mainline Lancarkan Soket Data Premium

Mainline Power
2013-07-12 16:00 104

BAGSHOT, England, 12 Julai 2013 /PRNewswire/ -- Sukakan kemudahan keterhubungan wayarles tetapi inginkan kelajuan pantas akses rangkaian tetap? Mainline mempersembahkan penyelesaian kepada dilema yang mengecewakan ini dengan pelancaran Soket Data Premium dalam suku ketiga tahun 2013. Buat pertama kalinya di dunia, produk ini menghubungkan jurang antara keanjalan teknologi Wi-Fi dengan keandalan dan kepantasan titik rangkaian tetap, lalu memberikan pengguna liputan terbaik di mana-mana sahaja sama ada di kediaman atau tempat kerja mereka.

(Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130703/626116)

Bagaimana ia berfungsi? Soket Data Premium dibina berdasarkan sistem Mainline Power yang sedia ada, sebuah trek tenaga inovatif yang membolehkan sesiapa sahaja mengubah soket tenaga dengan mudah dan selamat ke mana-mana sahaja yang diperlukan di sepanjang salurannya. Dengan kemajuan terbaharu ini, para pengguna kini boleh mengakses internet di mana-mana titik sepanjang trek itu juga. Menggunakan Powerline Technology, rekaan pintar Soket Data Premium menghantar data melalui trek Mainline Power, menyingkirkan keperluan pemasangan wayar baharu yang mahal dan menyusahkan.

Soket Data Premium bakal mengubah industri, kata Jonathan Clark, Pengarah Urusan Mainline Power: "Mainline mementingkan akses kepada tenaga yang selamat, anjal dan mudah bagi semua orang. Soket Data Premium direka dengan pendekatan yang sama; memberi orang ramai akses data yang mudah dan andal. Saya sangat teruja dengan pelancaran ini kerana ia adalah produk yang sudah lama diidamkan oleh orang ramai. Tenaga dan data tanpa batasan kini sudah tiba!"

Dipercayai seluruh dunia, semua produk Mainline mematuhi piawaian keselamatan kebangsaan dan, dengan bantuan rakan kongsi pengedaran global, sistem itu telah dipasang di semua tempat dari kediaman ke sekolah, kedai dan pejabat. Dengan spesifikasi mudah dan rekaan mesra pengguna, Soket Data Premium berjanji meneruskan arah aliran ini. Dan dengan perancangan pengeluaran besar-besaran soket China, AS dan Switzerland, Mainline benar-benar membawakan tenaga - dan data - kepada penduduk seluruh dunia.

Mengenai Mainline Power
Diperbadankan pada tahun 2003, Mainline adalah nama dagangan untuk Power and Data Corporation Pty Ltd serta pemilik tunggal hak global bagi trek kuasa Mainline yang dipatenkan. Diakreditasikan di peringkat antarabangsa oleh Kema, VDE dan Intertech, dan dengan rangkaian pengedaran seluruh dunia, misi Mainline adalah memberikan akses ringkas kepada tenaga dan data bagi orang ramai dengan menyediakan piawaian hubungan tenaga universal pertama di dunia. Syarikat itu telah memenangi banyak anugerah dari seluruh dunia, termasuk Anugerah Rekaan RedDot dan Anugerah Rekaan Australia. Ketahui lebih lanjut di http://www.mainlinepower.com

info@mainlinepower.com & info@mainlinepower.co.uk; +44(0)8450724754

SUMBER  Mainline Power

Source: Mainline Power
Keywords: Internet Technology Wireless Communications New products/services