omniture

Mindray Lancar Alat Analisis Morfologi Sel Digital Automatik MC-80 Baharu, Bawa Analisis Morfologi ke Tahap Seterusnya

Mindray
2021-09-27 16:20 152

SHENZHEN, China, 27 September 2021 /PRNewswire/ -- Mindray (SZSE: 300760), penyedia penyelesaian perubatan global yang terkemuka, melancarkan Alat Analisis Morfologi Sel Digital Automatik MC-80 baharu, iaitu sistem morfologi sel revolusioner yang memberi lebih kejelasan, lebih kecerdasan dan lebih produktiviti untuk analisis morfologi. Menggabungkan MC-80, penyelesaian hematologi Mindray akan merevolusikan segmen hematologi yang canggih.

Mindray MC-80 Digital Cell Morphology Analyzer provides more for morphology analysis.
Mindray MC-80 Digital Cell Morphology Analyzer provides more for morphology analysis.

Pemeriksaan morfologi sel darah merupakan prosedur yang penting susulan analisis hematologi. Kebanyakan makmal perlu memeriksa semula lebih daripada 30% sampel darah mereka, namun mendapati pemeriksaan mikroskopik biasa memerlukan banyak tenaga kerja dan memakan masa. Alat analisis morfologi sel digital automatik kini boleh didapati dalam pasaran, namun menyediakan imej sel yang jelas dan tepat yang setanding dengan mikroskop tetap menjadi cabaran asas.

MC-80 baharu daripada Mindray membawa analisis morfologi digital ke tahap seterusnya, memberikan imej yang lebih jelas yang dapat mengambil gambar keabnormalan dengan lebih terperinci. Dengan algoritma yang canggih, alat analisis ini mendayakan pengenalpastian sel-sel berbeza yang lebih baik dengan daya pemprosesan tinggi, lalu menghasilkan produktiviti yang lebih tinggi.

"Kami telah meluangkan masa selama lapan tahun membangunkan dan mengoptimumkan produk ini dengan berkolaborasi bersama lebih 200 hospital terbaik di seluruh dunia. Sementara itu, kami telah memohon untuk lebih 100 paten dan menyelesaikan banyak masalah, sebilangannya dianggap tidak dapat diselesaikan dalam analisis morfologi sel digital automatik," ulas Huan Qi, Pengarah Kajian Klinikal, Hal Ehwal Perubatan; dan Pengarah Pemasaran Huluan, IVD, Mindray.

MC-80 menyediakan lebih lagi dalam morfologi

Lebih Kejelasan 

Dilengkapi dengan teknologi lakuran berbilang lapisan yang canggih, MC-80 menghasilkan semula ciri-ciri patologi sel dengan imej yang jelas dan tulen yang dapat membantu ahli patologi mengesan sel yang tidak normal dengan lebih mudah dan membuat diagnosis dengan lebih cepat.

Lebih Kecerdasan  

MC-80 memudahkan proses pintar dan kurang intervensi manual dengan menganalisis calitan dengan cara yang optimum mengikut keputusan daripada alat analisis hematologi. Algoritma canggihnya menawarkan pra-pengelasan dan pra-pencirian sel yang andal manakala FLY-MODE yang berkelajuan tinggi memastikan pengenalpastian gumpalan PLT yang pantas dan tepat.

Lebih Produktiviti 

Dengan fungsi pemeriksaan jarak jauh, ahli patologi berupaya memeriksa keputusan dari pelbagai lokasi. Daya pemprosesan tinggi iaitu 60 sampel sejam dapat membantu memendekkan masa pusing balik, terutamanya untuk makmal yang bersaiz besar. Ini dapat meningkatkan kecekapan diagnostik dengan ketara dan memastikan penyampaian keputusan yang lebih pantas kepada pesakit.

Mindray sentiasa menyediakan penyelesaian IVD yang berkualiti tinggi dan andal bagi memperkasa kepercayaan, menyampaikan keputusan yang tepat sekali gus memenuhi kehendak makmal terhadap kecekapan di seluruh dunia.

Ketahui lebih lanjut mengenai MC-80:
https://www.mindray.com/en/product/MC_80.html

Tonton acara pelancaran:
https://www.mindray.com/en/static/webinar?live=mc80launch

Source: Mindray
Related Stocks:
Shenzhen:300760
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals New products/services