KUALA LUMPUR, Malaysia, 27 September 2021 /PRNewswire/ -- H3C, syarikat peneraju penyelesaian digital, menandatangani satu memorandum persefahaman (MoU) dengan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) untuk meningkatkan dan menaik taraf rangkaian kampus universiti tersebut. Melalui kolaborasi ini, H3C menyediakan penyelesaian rangkaian kampus, penyelesaian Wi-Fi 6 dan penyelesaian Cloudnet kepada UTAR menggunakan platform pengurusan awan awam yang terkini untuk memantau dan mengurus peranti-peranti rangkaian mereka. Di samping itu, salah satu rakan kongsi H3C, Extreme Broadband Sdn Bhd, syarikat penyedia perkhidmatan internet tempatan, akan menyediakan perkhidmatan internet jalur lebar kepada institusi pendidikan ini. MoU tersebut ditandatangani oleh Rockies Ma, Pengurus Besar Negara H3C Malaysia dan Profesor Ir. Dr. Ewe Hong Tat, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif UTAR.
Penyelesaian Cloudnet mampu menangani batasan dalam infrastruktur IT tradisional yang menjadi semakin tidak cekap sejak beberapa tahun ini. Perkhidmatan berasaskan awan menawarkan infrastruktur IT yang lebih boleh diskalakan dan andal yang direka khusus untuk menyelaraskan prestasi perniagaan dan menyokong pembangunan serta pertumbuhan sesebuah perusahaan. Produk dan penyelesaian ini akan memberikan kefleksibelan, ketangkasan dan ketahanan yang lebih hebat kepada UTAR bagi memenuhi permintaan ekonomi digital baharu.
Rockies Ma, Pengurus Besar Negara bagi H3C Malaysia, berkata kerjasama dengan UTAR menekankan matlamat syarikat untuk membina ekosistem rakan kongsi yang strategik bagi menyokong ekonomi digital Malaysia. "Kami bekerjasama erat dengan rakan kongsi dalam sektor-sektor penting seperti pendidikan, kerajaan, rawatan kesihatan, telekomunikasi dan pembuatan untuk menggalakkan transformasi digital dan membina masa depan pintar yang baharu buat mereka ketika Malaysia melaksanakan inisiatif Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL)."
Menegaskan peranan H3C dalam kerjasama ini, Dr. Ewe daripada UTAR berkata, "Dengan adanya H3C bersama kami, kami yakin bahawa kami akan dapat mendigitalisasikan operasi kampus kami untuk beradaptasi dengan ekonomi Malaysia yang pantas berubah."
Melalui pengumuman kerjasama ini, H3C akan menyediakan latihan dan memberi perakuan kepada ahli-ahli akademik di Fakulti Kejuruteraan dan Sains Lee Kong Chian serta Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi UTAR dengan kemahiran penyelesaian rangkaian kampus. Selain daripada menyumbang peranti kepada pelajar dan pensyarah untuk menjalankan eksperimen, H3C akan turut menawarkan peluang latihan amali kepada siswazah UTAR kerana syarikat ini percaya kaedah ini dapat membentuk masa depan bakat untuk memahami dunia ekonomi digital.
UTAR mula meminta bantuan H3C pada tahun lalu dalam usaha untuk meningkatkan dan menaik taraf rangkaian dan sistem tanpa wayar kampus memandangkan kampus ini berkembang dan kemasukan pelajar semakin meningkat. Sejak itu, H3C berusaha untuk merancang dengan teliti beberapa produk dan perkhidmatan untuk UTAR dan berjaya menggunakannya pada suku kedua tahun 2021. Kerjasama dengan UTAR merupakan satu pencapaian penting buat H3C dalam industri pendidikan ketika syarikat ini berusaha untuk mewujudkan ekosistem rakan kongsi yang mantap di Malaysia dan membantu lebih banyak perusahaan dalam perjalanan transformasi digital mereka.
Untuk maklumat lanjut mengenai H3C, sila kunjungi http://www.h3c.com/en/