omniture

Air China Hubung Houston dan Beijing dengan Perkhidmatan Tanpa Henti Baharu

Air China
2013-07-15 09:39 135

HOUSTON, 15 Julai 2013 /PRNewswire/ -- Air China, syarikat pengangkutan kebangsaan eksklusif untuk Republik Rakyat China, memulakan empat perkhidmatan tanpa henti mingguannya antara Lapangan Terbang Antarabangsa Ibu Negara Beijing (PEK) di Beijing, China dengan Lapangan Terbang Antara Benua George Bush di Houston, Texas hari ini.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20080625/CNW017LOGO )
(Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130712/CN46497 )

Penerbangan sulung dari Beijing, CA 995, tiba pada pukul 3:40 pada 11 Julai dengan disambut secara besar-besaran gaya Texas yang termasuklah sebuah tabik hormat meriam air tradisional. Datuk Bandar Houston Annise Parker berada di sana untuk mengalu-alukan ketibaan delegasi dari China yang diketuai oleh Cik Yinxiang Wang, Pengerusi Bersama Air China Limited; Konsul Besar China ke Texas dan tujuh negeri selatan AS serta Puerto Rico, Cik Erwen Xu; dan, bekas bintang Houston Rockets dan kini Duta Muhibah Kehormat Houston, Yao Ming.

"Houston terus mempertingkatkan kedudukannya sebagai gerbang global penting dan ketibaan Air China benar-benar membuktikan potensi pertumbuhan lebih pesat pada masa hadapan," kata Datuk Bandar Annise Parker. "Budaya dan ekonomi Beijing dan Houston terus berkait rapat dengan lebih lagi dan perkhidmatan udara tanpa henti antara kedua-dua bandar ini akan membantu kedua-dua pihak memaksimumkan faedah yang berkaitan dengan hubungan perkongsian baharu dan keterhubungan lebih kuat."

Dengan pelancaran perkhidmatan tanpa henti ini, Houston menjadi gerbang Air China kelima di Amerika Utara, bersama gerbang Air China di Los Angeles, New York, San Francisco dan Vancouver. Air China akan beroperasi di dalam Terminal D di Lapangan Terbang Antara Benua George Bush, gerbang Houston untuk semua syarikat penerbangan asing.

"Sebagai satu-satunya syarikat penerbangan yang menyediakan hubungan terus antara Houston dan wilayah tengah selatan Amerika Syarikat dengan China melalui Beijing, kami berbesar hati untuk menjadi jejambat budaya, sosial dan ekonomi antara dua destinasi hebat kami. Perkhidmatan baharu ini menunjukkan komitmen Air China untuk memperluaskan keterhubungan untuk faedah bersama negara dan rakyat kita," kata Cik Wang.

Houston dan Beijing telah menikmati perhubungan yang kukuh selama beberapa dekad. Pemimpin agung China, mendiang Deng Xiaoping, melawat Houston semasa perjalanan bersejarah beliau ke Amerika Syarikat pada tahun 1979.

"Seluruh wilayah Houston akan mendapat manfaat daripada penerbangan Air China baharu ini, daripada segi ekonomi dan budaya," kata Pengarah Penerbangan Houston Mario Diaz. "Empat penerbangan tanpa henti mingguan antara dua destinasi ini bukan sahaja akan menguatkan perhubungan perniagaan antara Houston dengan Beijing tetapi juga akan mempertingkatkan tahap pemerkayaan dan pertukaran budaya yang sudah sedia ada antara kedua-dua bandar dinamik ini."

Air China akan mengendalikan penerbangan tanpa henti, CA 996, dari Houston ke Beijing pada hari Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad, bertolak pada pukul 1:00 pagi waktu tempatan dan tiba di Beijing pada pukul 4:50 pagi waktu tempatan pada hari berikutnya. Carta di bawah menunjukkan jadual perkhidmatan baharu ini.

Nombor

penerbangan

Nombor penerbangan

Berkongsi Kod

Hala

Pelepasan

Ketibaan

Jadual

Kapal terbang

CA 996

UA7602*

Houston-Beijing

01:00

04:50+1

Isnin, Rabu, Jumaat, Ahad

B777-300ER

CA 995

UA7601*

Beijing-Houston

15:00

15:40

Selasa, Khamis, Sabtu, Ahad

B777-300ER

NOTA: Semua masa adalah dalam waktu tempatan. "+1" bermaksud ketibaan hari berikutnya.

* Penerbangan yang berkongsi kod

Mengenai Air China

Air China ialah syarikat penerbangan terbesar di dunia berdasarkan permodalan pasaran, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA). Ia mengendalikan rangkaian kapal terbang 461 Airbus dan Boeing. Rangkaian kukuhnya yang terdiri daripada 284 hala tersebar di seluruh Asia, Timur Tengah, Eropah, Amerika Utara dan Selatan dari hab utamanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Ibu Negara Beijing di mana ia menawarkan hubungan yang tiada tolok bandingnya ke bandar-bandar dalam China dan melangkauinya. Sebagai ahli Star Alliance, Air China mampu sampai ke 1,329 destinasi dalam 194 negara. Lawati www.airchina.us atau hubungi Pusat Panggilan Amerika Utara Air China di nombor 800-882-8122 untuk maklumat lanjut.

Mengenai Lapangan-lapangan Terbang Houston

Sistem Lapangan Terbang Houston berkhidmat untuk lebih 50 juta penumpang pada tahun 2012. Tiga lapangan terbang Houston, Lapangan Terbang Antara Benua George Bush, Lapangan Terbang William P. Hobby (HOU) dan Lapangan Terbang Ellington (EFD) menyumbang $27.5 bilion kepada ekonomi wilayah itu. Lawati fly2houston.com untuk maklumat lanjut dan ikuti kami melalui @HobbyAirport dan @IAH.

Sistem Lapangan Terbang Houston
Talian Media +1-281-233-1234

Gambar Pegun dan Video
Gambar untuk acara Memotong Reben akan sedia untuk dimuat turun kira-kira pada pukul 7:00 malam CST pada 11 Julai 2013, menggunakan laman serta maklumat log masuk berikut:

www.drive.google.com
ID Pengguna: houstonairportsystem@gmail.com
Kata Laluan: fly2houston

(Video acara Memotong Reben akan sedia di laman yang sama kira-kira pada pukul 9:00 malam CST)

Source: Air China
Related Links:
Keywords: Airlines/Aviation Leisure/Travel/Hotels Passenger Aviation Travel New products/services