SHENZHEN, China, 28 September 2021 /PRNewswire/ -- Huawei melancarkan penyelesaian rangkuman kewangan yang membawakan pembayaran mudah alih dan pembiayaan mikro di HUAWEI CONNECT 2021. Penyelesaian ini membantu institusi-institusi kewangan menyediakan perkhidmatan yang pantas dan berpatutan, membawa dunia selangkah lebih hampir kepada rangkuman kewangan. Huawei akan terus bekerjasama dengan rakan ekosistem dan menggunakan ICT baharu untuk memajukan pembayaran mudah alih dan membina ekosistem perniagaan yang maju.
Bank-bank menggunakan penyelesaian pembayaran mudah alih dan pembiayaan mikro, termasuk teknologi awan dan SaaS, untuk membina model perniagaan tersuai dan ekosistem yang berkembang maju melalui aplikasi super. Penyelesaian rangkuman kewangan Huawei meliputi dompet mudah alih, platform pembayaran mudah alih, kerangka terbuka aplikasi super dan platform produk kewangan. Dengan semua ini, bank-bank dapat memperkenalkan pelbagai perkhidmatan kewangan dengan cepat.
Di HUAWEI CONNECT 2021, Huawei menumpukan perhatian kepada masa depan transformasi digital dalam industri-industri dari tiga perspektif: senario, model dan ekosistem. Huawei melancarkan 11 penyelesaian industri yang baharu, salah satu daripadanya merupakan penyelesaian pembayaran mudah alih dan pembiayaan mikro. Penyelesaian yang kedua ini menggunakan teknologi baharu untuk membantu institusi-institusi kewangan di seluruh dunia memajukan pembayaran mudah alih; menghubungkan pengguna, peniaga, rakan saluran dan pembangun; serta membina ekosistem yang maju.
1. Aplikasi super menghubungkan pengguna dan peniaga. Huawei menyediakan pelbagai teknologi saluran (SuperAPP, HTML5, USSD pembawa, Agent dan API terbuka) untuk membantu bank-bank mendekati pelanggan mereka dengan lebih cepat dan dengan kos yang lebih rendah. Huawei turut menyokong peniaga kecil-kecilan untuk menaik taraf operasi digital melalui aplikasi yang disesuaikan; ini juga dapat membantu bank-bank di luar China membangunkan rangkaian ejen untuk mendekati pelanggan secara dalam talian dan luar talian. Dengan penyelesaian Huawei, institusi-institusi kewangan dapat merancang perjalanan pelanggan dalam talian yang lengkap dan menyampaikan pengalaman pelanggan yang lebih baik.
2. Platform produk kewangan menghubungkan pengguna dan pembiaya. Pembawa di luar China mempunyai sejumlah besar pengguna, maka mereka memiliki daya pendorong untuk pertumbuhan perniagaan dan prasyarat untuk menjana pengewangan. Walau bagaimanapun, mereka kekurangan platform untuk berhubung dengan bank-bank. Platform produk kewangan dapat membantu pembawa menyarankan pengguna kepada bank-bank yang seterusnya dapat menyediakan produk kewangan terbenam terus kepada pengguna.
3. Platform pembangun membantu membina ekosistem. Terdapat beberapa jenis pembangun termasuk pembangun dengan sistem perkhidmatan global yang terkemuka, perkhidmatan tempatan dan perkhidmatan perantaraan seperti pemalam kecil. Huawei menyediakan penyelesaian SaaS natif-awan yang dapat menyokong inovasi berulang dan API terbuka. Ini membolehkan rakan kongsi SaaS yang lain dan pengusaha ekosistem yang berbeza berhubung di platform HUAWEI CLOUD. Bank-bank dan rakan-rakan kongsi dapat meneroka perkhidmatan baharu dengan mudah dan mengumpul ekosistem yang pelbagai dengan cepat untuk melancarkan projek-projek bersama dengan jayanya.
Penyelesaian rangkuman kewangan Huawei telahpun dilaksanakan dengan jayanya di beberapa negara.
Sebagai contoh, Huawei bekerjasama dengan KBZ Bank di Myanmar — bank tempatan terbesar — untuk membangunkan dompet digital baharu yang dikenali sebagai KBZPay berdasarkan kepada awan awam. KBZPay mengintegrasikan pelbagai alat pemasaran untuk menyampaikan pengalaman digital sepenuhnya kepada pengguna dan membantu peniaga menarik minat pelangan. Hanya dalam tempoh dua setengah tahun, KBZPay menghimpunkan lebih 8 juta pengguna berdaftar, lalu menjadikannya jenama pembayaran kehidupan digital yang terkemuka di negara berkenaan.
Di Kenya, Huawei bekerjasama dengan Safaricom — pembawa tempatan yang terbesar — untuk membina jenama pembayaran yang dikenali sebagai M-Pesa. Platform ini bukan sahaja menyokong pemindahan bank, ia turut menawarkan beberapa perkhidmatan untuk kehidupan harian. Dalam masa yang sama, ia membantu KCB Bank, NCBA Bank dan Safaricom memberi pinjaman mikro dan kecil kepada individu dan juga peniaga. Berada dalam pasaran selama 14 tahun, M-Pesa menyumbang dengan banyaknya untuk meningkatkan rangkuman kewangan di Kenya, yang telah meningkat dari 23% kepada 85%.
Huawei komited untuk memajukan rangkuman kewangan. Setakat ini, ia telah menawarkan perkhidmatan di lebih 30 tempat merentas lebih daripada 20 negara, meliputi 300 juta pengguna di rantau seperti Afrika Selatan, Afrika Utara dan Asia Pasifik. Huawei bermatlamat untuk menyampaikan perkhidmatan kewangan yang mudah dan pelbagai kepada semua orang. Menggunakan sambungan canggih dan platformnya, Huawei membantu institusi-institusi kewangan membangunkan proses perniagaan digital, melaksanakan perkhidmatan rangkuman kewangan digital dan mencapai pembangunan kewangan yang mampan.