omniture

Pertunjukan Fesyen Besar-besaran Balabala di salah satu daripada tujuh keajaiban dunia - Tembok Besar China -

Balabala International
2021-09-28 10:00 189

SHANGHAI, 28 September 2021 /PRNewswire/ -- Pada 25 September 2021, Balabala, sebagai jenama fesyen kanak-kanak yang terkemuka di Asia, bergabung dengan Tiktok China untuk mengadakan sebuah pertunjukan fesyen yang hebat di salah satu daripada tujuh keajaiban dunia - Tembok Besar China.

Balabala Big Fashion show at one of the seven wonders of the world
Balabala Big Fashion show at one of the seven wonders of the world

Semasa pertunjukan besar-besaran tersebut, Balabala bekerjasama dengan pereka terkenal Jason Wu dan pereka fesyen terkini generasi baharu CHENPENG bagi mempamerkan kombinasi inovatif antara reka bentuk bergaya, bahan berteknologi tinggi dan pemakaian yang selesa untuk mencipta pakaian luar bulu halus berfungsi bertaraf dunia untuk kanak-kanak Balabala di seluruh dunia.

Balabala telah mengumpul banyak pengalaman dan penghormatan pasaran dalam banyak musim dengan menyediakan pakaian luar bulu halus kepada Kanak-kanak, yang menjual lebih 50 juta helai kot bulu halus kanak-kanak sahaja. Tahun ini, Balabala mengintegrasikan tema rekaannya dengan 'Tamadun Cina', 'Alam semula jadi semasa musim sejuk' dan 'pertumbuhan dengan impian' dalam penawaran produknya. Balabala menggabungkan fesyen bersama alam semula jadi dengan unik, fesyen terbaharu dengan gaya klasik dan impian dengan kenyataan, mempersembahkan konsep baharu reka bentuk Cina dengan pesona unik budaya Cina kepada dunia.

Ditubuhkan pada tahun 2002, Balabala menyediakan fesyen, kasut, aksesori dan pakaian rumah yang mengikuti perkembangan untuk kanak-kanak berumur 0-14 tahun, menyampaikan produk yang berkualiti tinggi dalam persekitaran membeli belah yang mengujakan. Ketika ini, Balabala berurus niaga di lebih 4,800 kedai di seluruh tanah besar China dan pada tahun 2016 memulakan pengembangan antarabangsanya di seluruh Asia Tenggara dan Timur Tengah yang mana ketika ini ia mempunyai sekitar 40 tempat jualan.

Dalam dunia Balabala, setiap kanak-kanak adalah berbeza, lalu mendorong impian yang tidak terhingga dan zaman kanak-kanak yang indah buat kanak-kanak di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://global.balabala.com/pages/business-opportunities

Source: Balabala International
Related Stocks:
Shenzhen:002563
Keywords: Fashion Household/Consumer/Cosmetics Retail Children-related news