omniture

Scaled Agile Menyaksikan Pertumbuhan yang Mencatatkan Rekod apabila ia Menjangkau Lebih Satu Juta Orang yang telah Dilatih dengan SAFe®, Rangka Kerja Terkemuka di Dunia untuk Ketangkasan Perniagaan

Scaled Agile, Inc.
2021-09-28 18:19 20

Para pelanggan SAFe—termasuk FedEx, Chevron, American Express, Lockheed Martin, Bosch, Intel, Pepsico, Deutsche Telekom dan Porsche—melaporkan peningkatan perniagaan yang besar dari segi masa ke pasaran, produktiviti, kualiti dan penglibatan pekerja

BOULDER, Colorado, 28 September 2021 /PRNewswire/ -- Scaled Agile, Inc., penyedia SAFe®, hari ini mengumumkan bahawa bilangan individu yang dilatih dengan SAFe telah melebihi satu juta orang apabila minat yang tinggi terhadap ketangkasan perniagaan telah mempercepat penerimagunaannya pada tahun lepas.

 

Bilangan individu yang mengamalkan SAFe telah meningkat dengan tinggi sejak Rangka Kerja tersebut dilancarkan pada tahun 2011. Ia mengambil masa selama tujuh tahun untuk mencapai bilangan individu yang dilatih berjumlah setengah juta orang, tetapi hanya mengambil masa dua tahun untuk menggandakan jumlah tersebut. SAFe diamalkan di seluruh dunia dalam semua industri daripada kerajaan dan penjagaan kesihatan kepada aeroangkasa, automotif dan kewangan. Lebih 20,000 perusahaan telah melatih pekerja dengan SAFe dan sejak tahun 2017, pelbagai sumber termasuk Gartner dan State of Agile daripada Digital AI, melaporkan bahawa SAFe menjadi peneraju yang mengatasi rangka kerja penskalaan yang lain.

"Pertumbuhan kami ini menjadi bukti tentang berapa banyak perusahaan yang serius dalam mencapai ketangkasan perniagaan dan mempercepat inisiatif transformasi digital mereka," kata Chris James, Ketua Pegawai Eksekutif Scaled Agile, Inc. "Setiap pekerja yang dilatih mewakili pelaburan kewangan untuk syarikat serta komitmen jangka panjang terhadap cara kerja yang berbeza. Kami amat berterima kasih kepada rangkaian kami yang kukuh dengan 500 Rakan Niaga atas peranan mereka dalam meraih pencapaian yang penting ini dan membantu para pelanggan mereka merealisasikan manfaat perniagaan yang dicapai melalui SAFe."

"Kelas SAFe kami yang pertama telah diadakan dengan kira-kira 15 orang di Boulder, Colorado pada tahun 2011," kata Dean Leffingwell, pencipta SAFe yang juga Ketua Pakar Metodologi. "Adalah amat mengharukan apabila memikirkan kumpulan yang kecil ini telah berkembang menjadi lebih satu juta orang. Kami telah menyaksikan komuniti ini menyampaikan beberapa inovasi yang paling mengubah kehidupan di dunia. Dan kami berbangga dapat terus menyokong mereka dalam amalan harian SAFe ketika mereka membina masa depan dan merealisasikan idea-idea luar biasa mereka ke dalam kehidupan."

Ketahui lebih lanjut tentang SAFe dan komunitinya di scaledagile.com.

Tentang Scaled Agile, Inc.:

Scaled Agile, Inc., ialah penyedia SAFe®, rangka kerja untuk ketangkasan perniagaan yang terkemuka di dunia. Melalui pembelajaran dan pensijilan, sebuah rangkaian rakan niaga global dan komuniti yang semakin berkembang dengan lebih satu juta profesional terlatih, Scaled Agile membantu perusahaan membina ketangkasan ke dalam budaya mereka supaya mereka dapat mengenal pasti dan menyampaikan nilai pelanggan, memanfaatkan peluang baharu dan meningkatkan hasil perniagaan dengan cepat. Ketahui lebih lanjut di scaledagile.com.

The number of people trained in SAFe has surpassed one million as strong interest in business agility has accelerated adoption of the framework
The number of people trained in SAFe has surpassed one million as strong interest in business agility has accelerated adoption of the framework

Video - https://mma.prnasia.com/media2/1636252/million_trained3.mp4

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1636128/One_Million_press_release.jpg?p=medium600

Source: Scaled Agile, Inc.
Keywords: Computer/Electronics Workforce Management/Human Resources