omniture

GLT: Terokai inovasi dan integrasi tiga sektor untuk mudahkan penjagaan basuhan masa depan

Midea Laundry
2021-09-28 22:35 193

WUXI, China, 28 September 2021 /PRNewswire/ -- Persidangan Teknologi Dobi Global (GLT) kali ke-2 yang bertemakan "Mengejar Pembangunan, Menyokong Keadaan Saling Menguntungkan dan Mewujudkan Harapan", diperkenalkan di Wuxi, Wilayah Jiangsu pada 26 September 2021. Persidangan tersebut, dibimbing oleh institusi pemiawaian negara China dan Kerajaan Rakyat Daerah Xinwu, Bandar Wuxi, ditaja oleh CSISA-WES, China Textile Commerce Association, China Cleaning Industry Association (CCIA) dan China Household Electrical Appliances Association (CHEAA) dan dilaksanakan oleh Midea Laundry, ketua rakan strategik serta China Standard Certification Co., Ltd.

Beratus-ratus ahli akademik dan pakar industri bertukar-tukar pandangan dan berkongsi pengalaman dalam bidang tekstil, isi rumah dan penjagaan peribadi serta sektor dobi, mendedahkan cabaran dan peluang yang dihadapi oleh industri penjagaan basuhan dan menghuraikan mengenai topik "ekologi sihat" untuk berinovasi dan menaik taraf pembangunan penjagaan basuhan.


Zhou Haoming, Timbalan Ketua Setiausaha Kerajaan Rakyat Perbandaran Wuxi, berucap di persidangan tersebut, "Persidangan Teknologi Dobi Global ke-2 diadakan di Wuxi, menandakan Tasik Taihu pada peta ekosistem dobi global. Selain itu, Tapak Integrasi dan Inovasi Ekoteknologi Basuhan Global yang pertama akan ditubuhkan di Wuxi." Sebagai ketua rakan strategik bagi persidangan GLT tahun ini, Zhao Lei, presiden Bahagian Midea Laundry memberi ucapan di atas pentas bagi pihak syarikat-syarikat dobi, menyatakan bahawa, buat tempoh yang lama, Midea Laundry telah memfokuskan kepada masalah utama pengguna, membawa teknologi profesional, mempromosikan kaedah-kedah dobi yang "profesional dan sihat". Hal ini sejajar dengan falsafah GLT.

Majlis pelancaran bank mikrob keluarga Cina pertama diadakan secara sampingan. Penubuhan bank biologi dapat memudahkan kajian teknologi yang lebih sihat untuk meningkatkan pensterilan basuhan. "Kami membangunkan sistem penyelidikan kesihatan penjagaan basuhan dan menubuhkan makmal mikrobiologi sekunder pertama yang dipimpin oleh pelbagai doktor pakar dari Tsinghua, USTC, SEU dan HUST," kata Liu Qianjin, presiden Midea Corporate Research Center.

Untuk tempoh yang lama, Midea Laundry telah meneroka teknologi 'hitam' basuhan untuk menarik perhatian dunia, menerajui seluruh industri basuhan dan memperkasa perkhidmatan kehidupan yang indah pada masa depan.

Sebagai "persidangan rakan sejawat" bagi Persidangan Kedetergenan Antarabangsa (IDC), GLT merupakan acara teknikal silang industri dan global yang pertama dalam bidang penjagaan basuhan di China dan telah menjadi barometer untuk penyelidikan teknikal, perkhidmatan standard dan integrasi antara pengeluaran dan penyelidikan.

Kejayaan mengadakan GLT kali ke-2 akan mempercepatkan integrasi ketiga-tiga sektor di atas, memperkukuh kedudukan utama China di dunia dan memperkasa pengguna global untuk mencapai pengalaman penjagaan basuhan yang lebih baik dan lebih sihat. Pada masa akan datang, Midea Laundry akan terus mendukung strategi teknologi utama dan mencapai kejayaan dalam teknologi bersama dan teras dengan membina rangkaian pertukaran teknologi rentas disiplin.

Source: Midea Laundry
Keywords: Home Improvement Household/Consumer/Cosmetics Retail Textiles