omniture

TCL Sambut Ulang Tahun ke-40 Di Serata Dunia

TCL Electronics
2021-09-28 22:40 99

Jenama Barangan Elektronik Global Terunggul Mengadakan Pelbagai Acara dan Melancarkan Kempen Pengiklanan dalam Pasaran-pasaran Utama 

HONG KONG, 28 September 2021 /PRNewswire/ -- TCL, salah satu pengusaha yang dominan dalam industri televisyen global dan sebuah syarikat barangan elektronik pengguna yang terkemuka menyambut ulang tahun ke-40nya dengan mengadakan perayaan di seluruh dunia dan dengan memulakan kempen pengiklanan global.

Dipacu oleh budaya kreativiti dan inovasi syarikatnya, empat dekad yang lalu telah menyaksikan pertumbuhan pesat TCL bagi menjadi salah satu pengusaha barangan elektronik pengguna yang terkemuka di peringkat global dengan portfolio produk yang pelbagai bermula daripada peralatan rumah TV dan audio yang memenangi anugerah hingga telefon pintar dan produk rumah pintar.


Sempena ulang tahun ke-40nya, syarikat ini menyajikan pelbagai acara untuk kakitangan, pelanggan, rakan kongsi dan komunitinya di seluruh dunia dan akan melancarkan kempen pengiklanan di Dubai, Los Angeles, Paris, Sao Paulo dan Sydney – lima buah bandar yang terletak di benua yang mana TCL telah mengalami pengembangan yang berterusan sejak empat dekad yang lalu.

"Saya amat berbangga dengan apa yang telah dicapai oleh TCL selama bertahun-tahun, menjadi sebuah syarikat yang terkemuka dengan pengaruh global," kata Shaoyong Zhang, Ketua Pegawai Eksekutif TCL Electronics.

Pada tahun 2020, TCL menduduki tempat ketiga* dalam bahagian pasaran TV global dan menduduki tempat kedua* dalam bahagian pasaran TV LCD global dalam jumlah jualan.

Hari ini, TCL mempunyai 42 pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D), 32 tapak pembuatan dan beroperasi di lebih 160 negara dah wilayah, menjadikannya salah satu jenama barangan elektronik pengguna paling berpengaruh yang beroperasi di seluruh dunia.

Selain daripada inovasi dan globalisasi, TCL membawa kegembiraan dan keseronokan kepada pengguna di seluruh dunia dengan berbagai-bagai gelaran penajaan, seperti dua kali rakan kongsi rasmi Copa America, rakan kongsi global lama FIBA dan Rakan Kongsi TV Rasmi untuk Call of Duty: Vanguard.

Pada masa akan datang, TCL akan terus memberi tumpuan untuk membangunkan produk pintar didayakan teknologi yang dapat meningkatkan gaya hidup pengguna dengan tujuan untuk menjadi kehidupan pintar.

* Data oleh OMDIA, 2020

Latar Belakang TCL Electronics 

TCL Electronics (1070.HK) ialah sebuah syarikat barangan elektronik pengguna yang berkembang pesat dan pengusaha yang terkemuka dalam industri televisyen global. Ditubuhkan pada tahun 1981, kini ia beroperasi dalam lebih 160 pasaran di seluruh dunia. Menurut OMDIA, TCL menduduki kedudukan No.2 global dalam bahagian pasaran TV LCD jenama TCL pada tahun 2020. TCL mengkhusus dalam penyelidikan, pembangunan dan pembuatan produk elektronik pengguna bermula daripada TV, audio dan perkakas rumah pintar.

Source: TCL Electronics
Related Stocks:
HongKong:1070
Keywords: Advertising Computer/Electronics Consumer Electronics