omniture

Kembara ke "Negara Penuh Makmur" China

Air China
2013-07-15 23:21 169

BEIJING, 15 Julai 2013 /PRNewswire/ -- Penerbangan tanpa henti Frankfurt-Chengdu Air China yang baru dilancarkan menjadikan Chengdu bandar pedalaman China paling hampir dengan Eropah. Pengembara Eropah mengambil masa hanya 10 jam menaiki penerbangan dari tengah-tengah Eropah ke "Negara Penuh Makmur" China yang dipenuhi daya tarikan ketimuran.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20080625/CNW017LOGO )

Sutera, Teh dan Panda Gergasi

Walaupun Beijing ialah tapak banyak kerajaan dinasti dan Shanghai ialah pusat perdagangan rancak China, Chengdu, yang terselit di barat daya China, mempunyai daya tarikan ketimuran yang unik. Ia merupakan tempat asal Shujin, atau Broked Sichuan, sejenis fabrik sutera dengan hasil kerja tangan halus unik yang mempunyai asal-usul dari zaman Negeri-negeri Berperang lebih 2,000 tahun lalu, dan sejarahnya sebagai pusat perdagangan teh memberikan pengunjung sedikit pengalaman budaya teh China yang tulen. Ia juga merupakan tempat asal Panda Gergasi yang terkenal; bandar itu adalah satu-satunya habitat di dunia untuk panda yang hidup dalam kurungan mahupun yang hidup di alam semula jadi.

Bandar Yang Sesuai Didiami

Chengdu, yang telah menjadi tuan rumah Pesta China-EU sebanyak tujuh kali, merupakan tapak pengilangan dan eksport China barat yang penting, dan juga bandar China barat dengan jumlah terbesar syarikat Fortune 500 yang sedang beroperasi.

Hab Mudah Akses di Barat Daya China

Laluan Frankfurt-Chengdu Air China dilancarkan buat kali pertama pada 19 Mei, laluan tanpa henti yang julung kali dibuka antara China barat dengan Eropah oleh sebuah syarikat penerbangan China. Dengan rangkaian Air China bersama Chengdu sebagai hab rantaunya, pengembara Eropah boleh menyambungkan perjalanan mereka dengan lebih pantas dan mudah ke bahagian-bahagian China yang lain.

Sebagai syarikat penerbangan terbesar di Chengdu, Air China kini mengendalikan lebih 60 laluan domestik, antarabangsa dan rantauan ke dalam dan keluar dari Chengdu. Selepas tiba di Chengdu, para pengembara boleh meneruskan perjalanan mereka ke bandar-bandar utama lain seperti Beijing menaiki "Beijing-Chengdu Express" yang mempunyai kekerapan tinggi, atau ke destinasi penara lain yang popular seperti Lhasa dan Lijiang.

Laluan Chengdu-Frankfurt dikendalikan dengan kapal terbang badan luas A330-200 Air China yang telah dinaik taraf. Bilangan tempat duduk kelas perniagaan telah dikurangkan daripada 36 kepada 30 tempat duduk, dengan keluasan tempat duduk seluas 203sm, dan kerusi itu boleh disandarkan sebanyak 180 darjah untuk menjadi katil yang mendatar sepenuhnya. Tambahan lagi, semua kelas perkhidmatan dibekalkan dengan sistem hiburan peribadi. Makanan kudapan Sichuan yang tersendiri seperti Ikan Jeruk, Ladu Daging, Mi Wantan Udang disajikan di atas kapal terbang, lalu memberikan pengembara Eropah rasa sejati Chengdu.

Source: Air China
Related Links:
Keywords: Airlines/Aviation Leisure/Travel/Hotels Passenger Aviation Travel New products/services