omniture

DAMAC Properties bekerjasama dengan pereka fesyen Itali, Cavalli untuk melancarkan pencakar langit ikonik setinggi 70 tingkat di Dubai

DAMAC Properties
2021-09-29 15:16 1789

- Menara mewah yang direka oleh arkitek pemenang anugerah, Shaun Killa — pereka Muzium Masa Depan Dubai yang unik dan menakjubkan

- Menara itu akan menawarkan pemandangan laut Pulau Palm Jumeirah yang menakjubkan dan menawarkan pengalaman ultra mewah kepada para penghuni

- Keanggunan Cavalli menepati piawaian DAMAC dalam menyampaikan pengalaman kediaman dan gaya hidup mewah

MILAN dan DUBAI, UAE, 29 September 2021 /PRNewswire/ -- DAMAC Properties mengumumkan pelancaran sebuah menara kediaman baharu ultra mewah di Dubai, pada minggu lepas semasa suatu taklimat media di Itali yang berbetulan dengan minggu Fesyen Milan. 

 

Every unit in the super-luxury category will have either a private pool or a Jacuzzi.
Every unit in the super-luxury category will have either a private pool or a Jacuzzi.

 

Terletak di Dubai Marina, pencakar langit yang menghadap ke pantai ini menampilkan bangunan 70 tingkat dengan kemewahan sebenar, mempunyai pemandangan Pulau Palm Jumeirah yang indah dengan hiasan dalaman berjenama ultra mewah rekaan pereka fesyen Itali, Roberto Cavalli.

"Cavalli Tower dilancarkan pada masa yang menarik di Dubai, ketika bandar ini sedang membuat persiapan menjadi tuan rumah Dubai Expo 2020 dan sedang berusaha mengatasi kesukaran pandemik, hasil kendalian krisis yang cemerlang oleh para pemimpin UAE. Kami berasa gembira mengumumkan pelancaran Cavalli Tower yang hanya akan menambah sentimen positif yang dapat dirasai di seluruh bandar ini — terutamanya selepas pengumuman baru-baru ini oleh Sheikh Mohammed bin Rashid, Naib Presiden, Perdana Menteri yang juga Pemerintah Dubai yang menyatakan bahawa kesukaran yang dialami telah pun berlalu," kata Hussain Sajwani, Pengasas DAMAC Properties.

"Cavalli Tower ialah sebuah projek yang benar-benar unik yang bertujuan untuk menetapkan tahap piawaian tertinggi berkaitan tawaran hartanah mewah di Dubai. Populariti yang dikaitkan dengan pusat fesyen Itali yang ikonik ini bertepatan dengan piawaian DAMAC untuk menyampaikan pengalaman kediaman dan gaya hidup mewah," tambah beliau.

Pelancaran ini dilaksanakan ketika pasaran hartanah Dubai sedang pulih pada kadar yang lebih pantas daripada yang diramalkan oleh penganalisis, dengan jumlah jualan yang diperoleh sebanyak Dh100 bilion untuk tahun 2021. Jualan luar perancangan yang terjejas oleh situasi Covid-19 akibat kemerosotan dalam perjalanan dan pelancongan, turut menyaksikan pemulihan semula yang kukuh. DAMAC menjangkakan bahawa Cavalli Tower akan menarik minat yang kuat dalam kalangan para pelanggan Rusia dan Eropah, yang juga merupakan pelanggan setia Cavalli.

Pembangunan projek ini bernilai kira-kira $545 juta. Pembinaan menara ini dijangka akan bermula pada tahun 2022 dan menara tersebut dijangka siap dalam masa empat tahun.

Direka oleh arkitek yang memenangi anugerah, Shaun Killa — yang juga merupakan pencipta Muzium Masa Depan Dubai yang unik dan menakjubkan — menara yang menempatkan 485 buah unit ini terbahagi kepada 3 bahagian.

Tingkat pertama dianggap sebagai penginapan mewah, manakala bahagian tengah menara ini pula penginapan mewah atas sementara tingkat atas sekali menawarkan ciri-ciri dan kemasan penginapan super mewah.

Tanpa mengira kedudukan unit anda, setiap kediaman dijamin menawarkan pemandangan laut yang indah. 

Penginapan bagi kategori mewah dan mewah atas akan mempunyai akses ke kolam renang dan taman tingkat tinggi mereka sendiri, manakala kategori super mewah menampilkan kolam renang infiniti, ruang istirahat cerut dan pavilion persendirian yang membolehkan penghuni menganjurkan majlis makan malam peribadi dan menyewa cef mereka sendiri.

Setiap kediaman dalam kategori super mewah ini akan mempunyai kolam renang atau jakuzi peribadi sendiri, manakala semua unit — sama ada pangsapuri 2 bilik tidur atau pangsapuri dupleks dengan 5 bilik tidur — mempunyai balkoni dan siling tinggi yang memaparkan pemandangan laut yang menakjubkan. 

Satu lagi ciri unik ialah lobi empat tingkat menara ini yang berjenama Cavalli dan menyerlahkan penampilan jendela langit yang menakjubkan ini. Bahagian dalamnya menggunakan kemasan lantai marmar dan parket kayu yang menghasilkan suasana dan aura mewah. Air pancut di dinding yang curam dan ciri-ciri air yang lain, menawarkan bunyi titisan hujan yang menenangkan kepada para penghuni dan pelawat serta menimbulkan suasana santai dan mewah.

Cavalli Tower menawarkan kolam renang pantai di dalam taman seperti di Teluk Malibu, dengan meniru gaya pantai tersebut termasuk sekecil-kecil perincian seperti pasir buatan. Kolam renang seluas 900 meter persegi ini bakal dikelilingi oleh kedai makan dan suasana kehijauan yang subur serta menimbulkan aura oasis.

Menara ini turut menampilkan enam buah lif jet panoramik yang menelusuri belahan Cavalli Tower yang kreatif serta memberikan para penghuni kedudukan yang unik untuk menikmati pemandangan laut yang menakjubkan.

Dari segi perkhidmatan, penghuni bakal disediakan dengan pelbagai pilihan. Selain daripada perkhidmatan butler 24 jam dan perkhidmatan pembersihan mengikut permintaan, menara ini turut menawarkan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak, latihan peribadi, perkhidmatan dobi valet, perkhidmatan jurumasak di bilik, tatarias pangsapuri, perkebunan di bilik, perancangan acara dan penjagaan dalam rumah.

Bagi pihaknya, Ennio Fontana, Pengurus Besar Roberto Cavalli, mengatakan bahawa beliau teruja dapat bekerjasama dengan DAMAC — yang mempunyai rekod prestasi kerjasama yang mantap dengan jenama fesyen mewah terbaik — dalam projek yang unik ini. 

"Kami percaya bahawa tanda dagangan Cavalli disertai dengan jaminan kecemerlangannya terhadap kesempurnaan fesyen mewah," kata beliau.

"Dalam usaha gigih untuk mengembangkan visinya ke bidang selain peragaan, pakaian dan pertunjukan fesyen sensasi, Cavalli akan mendominasi dunia hiasan rumah yang menarik ini dengan gaya yang tiada tandingan."

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1629472/DAMAC_Properties.jpg?p=medium600

 

Source: DAMAC Properties
Keywords: Art Entertainment Fashion Household/Consumer/Cosmetics Overseas Real Estate (non-US) Real Estate Retail New products/services