LONDON, 17 Julai 2013 /PRNewswire/ -- YOTEL, konsep hotel revolusioner, hari ini mengumumkan ia bakal beroperasi di Singapura dengan hartanah 600 kabin di Orchard Road, di tengah-tengah Singapura. Hotel itu dijangka dibuka pada tahun 2018. Ia bakal bertindak sebagai batu loncatan ke Asia untuk YOTEL, berikutan pembukaan hotel 669 kabinnya di Times Square, New York.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130715/626930)
Pengasas YO!, Simon Woodroffe OBE, dan Ketua Pegawai Eksekutif YOTEL Gerard Greene memikirkan kabin-kabin YOTEL yang membawa pembaharuan bagi menyediakan pengalaman hotel 'kelas pertama' yang senang diubah suai dan memudahkan pada harga yang berpatutan. Diilhamkan daripada kabin syarikat penerbangan kelas pertama, YOTEL Singapura akan terletak di 360 Orchard Road, di tengah-tengah bandar raya bertenaga itu, sempurna untuk pengunjung perniagaan dan pengunjung santai ke Singapura. Perjanjian pengurusan telah dibuat dengan Yat Yuen Hong Company Limited, syarikat subsidiari milikan penuh Hong Fok Corporation Limited.
Gerard Greene, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif YOTEL, memberi komen: "Memandangkan YOTEL banyak diilhamkan daripada budaya Asia, melancarkan projek yang sebegitu ikonik iaitu projek pertama kami di Asia adalah sesuatu yang hebat. Lokasi itu adalah antara yang terbaik di Singapura dan kami juga mempunyai rakan-rakan kongsi yang hebat dalam Kumpulan Hong Fok, yang berkongsi wawasan kami. YOTEL akan membawa pengalaman hotel yang terbaik ke Singapura. Ini masa yang sempurna untuk bandar itu mengalu-alukan sebuah jenama baharu yang mengujakan, yang pertama kalinya berada di Singapura dan pelancaran kemewahan mampu milik untuk pengalaman hotel di Asia."
Kabin-kabin YOTEL direka mengikut kehendak pengunjung tanpa sebarang kompromi bagi memberi mereka pengalaman yang lebih hebat dalam ruang yang lebih kecil. Penggunaan ruang yang pintar bermakna pengunjung boleh menikmati kabin-kabin yang direka sempurna untuk bersantai, berehat, berhubung dan tidur – tempat tidur mewah, mandian pancuran hujan monsun yang menyegarkan, pencahayaan ungu malap yang merehatkan dan 'dinding tekno' YOTEL dengan sebuah TV skrin rata, punca kuasa berbilang dan keterhubungan iPod. Seperti dalam semua YOTEL lain, Wi-Fi kuat boleh didapati dalam seluruh kabin dan ruang awam secara percuma.
Hotel di Singapura itu akan mempunyai ciri-ciri yang menjadi tanda pengenalan YOTEL di hartanah 'bandar' pertamanya, termasuklah sebuah ruang Club Lounge dengan 'kabin-kabin Club' yang juga boleh dijadikan ruangan kerja atau mesyuarat pada siang harinya, dan bertukar menjadi ruangan restoran atau bar pada malamnya dan pada hujung minggu, serta ruangan teres luar yang luas, dengan sebuah kolam renang dan sebuah gim. Campuran keseronokan, keterujaan dan rekaan mengagumkan, semuanya pada harga yang berpatutan.
Sama ada YOTEL Singapura akan memilih untuk menyerupai 'YOBOT' – robot penyimpanan bagasi pertama di dunia yang kini sudah terkenal dan ia sendiri sudah menjadi tarikan ramai dan merupakan ciri kekal di YOTEL New York, masih belum ditentukan lagi.
"Kami sangat teruja dapat mengumumkan projek pertama kami di Asia untuk YOTEL, hotel Singapura itu bakal menjadi batu loncatan untuk jenama kami berkembang ke bandar-bandar dan lapangan-lapangan terbang utama seluruh Asia," kata Joe Sita, Presiden IFA Hotel Investment.
SUMBER YOTEL